Tamadun Awal Dunia Bab 5 Tingkatan 1 KSSM 5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia Perkembangan Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia Terdapat 4 tamadun awal dunia, yaitu yang pertama tamadun Mesopotamia, yang kedua tamadun Mesir Purba, yang ketiga tamadun Indus, yang keempat tamadun Huanghe. Keempat-empat tamadun ini bermula dan berkembang di kawasan lembah sungai yang memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun awal dunia. Tamadun Misopotamia Tamadun Misopotamia merupakan tamadun terawal dunia yang terletak di barat daya Asia. Misopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, yaitu sungai Tigris dan sungai Eupretis yang mengalir dari kawasan pergunungan Turki sehingga tanah pamah di Irak.
Tamadun ini telah berkembang dari pertempatan awal zaman Neolitik antara tahun 5000 sebelum Masihi hingga 700 sebelum Masihi. Pada sekitar tahun 3500 sebelum Masihi, wilayah Mesopotamia telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Terdapat beberapa kerajaan dalam tamadun ini, antaranya termasuklah Sumeria, Babylon, Akkad, Chaldia, dan Assyria. Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 sebelum Masihi dan Kerajaan yang terakhir ialah Chaldia yang runtuh pada tahun 539 sebelum Masihi. Tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan yaitu Sumer.
Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina pertempatan. serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menembus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai. Mereka juga berjaya membina sistem perbandaran.
Antara ciri-ciri utama Kerajaan Sumer ialah bandar maju, peningkatan teknologi, pengurusan simpan kira. institut yang kompleks dan pengkhususan pekerjaan. Lembah Sungai Tigris dan Sungai Ipritis, terdapat kawasan subur yang luas dalam oasis di tengah-tengah gurun dan gunung.
Kawasan ini dipanggil Bulan Sabit Subur, yaitu terletak di antara Laut Mediterenian dan Teluk Parsi. Kawasan ini telah berkembang menjadi sebuah bandar yang besar. Struktur bandar ini dibina daripada tanah liat yang dijadikan baka.
Tempat ibadat dibina di setiap pusat bandar. Binaannya berbentuk piramid yang dipanggil ziguret. Bagi tujuan pertahanan, dinding besar dibina mengelilingi setiap bandar.
Pertempatan awal yang berbentuk perkampungan ini berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota. Gambar menunjukkan pembentukan sebuah negara kota dalam tamadu Mesopotamia yaitu negara kota Ur. Negara kota ini berperanan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan.
Penduduknya berjumlah 30 ribu orang. Terletak di sungai Ibratis, berhampiran Teluk Parsi, pun menjadi tempat pertemuan pedagang dari jauh seperti India. Pada hari ini, kawasan Mesopotamia melibatkan Irak, Syria, Turki, dan Iran, termasuk kawasan sempadan Turki-Syria dan sempadan Iran-Irak.
Tamadun Mesir Perubah Negara Kota Ur Tamadun Mesir Perubah Tamadun Mesir Perubah terletak di kawasan lembah Sungai Nil. Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia dengan kepanjangan sejauh 6,650 km. Piramid dan Fir'aun merupakan tinggalan terkenal Tamadun ini.
Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan dalam Tamadun Mesir Purba, yaitu Kerajaan Purba, Kerajaan Pertengahan, dan Kerajaan Baru. Mengapakah Mesir dikatakan hadiah Sungai Nil? Menurut Herodotus, 484 hingga 432 Masihi, Mesir dikatakan hadiah Sungai Nil atau The Gift of the Nil.
Kerana sungai Nil yang membanjiri kawasan sekitarnya, setiap tahun membawa lumpur berwarna hitam dan subur untuk pertanian. Kawasannya subur ini terletak di Lembah Nil, yang merupakan kawasan lembah yang terbesar di dunia. Sungai Nil juga membekalkan sumber makanan terutamanya ikan kepada penduduk selain menjadi sumber perhubungan dan pengangkutan terpenting. Kepentingan sungai Nil mempengaruhi pertempatan di kawasan ini.
yang kemudian berkembang menjadi negara kota. Kerajaan Purba Sungai pertempatan terawal di Mesir Purba bermula dengan perkampungan petani pada tahun 5000 sebelum Masihi. Perkampungan ini membentuk dua buah kerajaan. Kerajaan utara terletak di hilir Sungai Nil melibatkan kawasan lembah sungai. Suhu kawasan ini lebih sejuk.
berbanding dengan di selatan. Kerajaan di selatan terletak di hulu Sungai Nil. Kawasan ini merupakan kawasan yang terbentang luas berhampiran dengan padang pasir.
Kedua-dua kerajaan Mesir Purba telah disatukan sekitar tahun 3100 sebelum Masihi oleh Raja Menis yang menawan Kerajaan Utara. Raja Minis telah membuka Bandar Memphis yang kemudian menjadi ibu kota kerajaannya. Perkembangan kerajaan perubah mencapai kemuncak pada tahun 2650 sebelum Masihi.
Kerajaan yang kedua ialah Kerajaan Pertengahan. Kawasan kerajaan kedua dikenali sebagai Kerajaan Pertengahan yang bermula sekitar tahun 2100 hingga 1650 sebelum Masihi. Pada zaman ini berlaku perkembangan bidang kesusasteraan dan ukiran.
Kerajaan pertengahan meluas hingga selatan Sungai Nil. Kekuatan raja telah membawa kestabilan dan kemakmuran ekonomi. Ibu kota kerajaan ini ialah Tibis. Pemerintahnya telah menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan jalan sungai.
Kerajaan Pertengahan telah mengadakan hubungan perdagangan dengan Nubia yang terletak di bahagian selatan Mesir. Para pedagang yang melalui jalan perdagangan Mesir menghadapi ancaman serangan penjahat. Raja Mesir bertindak menghantar tentera bagi melindungi pedagang, manakala penduduk Mesir membina kubu di sepanjang Sungai Nir. Mereka juga mengambil alih kuasa kota Nubia. Kerajaan yang ketiga ialah Kerajaan Baru.
Kerajaan Baru muncul apabila golongan bangsawan memerintah Mesir. Pemerintahnya digelar Fir'aun yang telah membentuk pasukan tentera yang kuat bagi mematahkan serangan orang luar. Raja yang terkenal semasa zaman Kerajaan Baru Mesir ialah Ramses. Ramses telah membina banyak monumen terkenal berupa berhala. Zaman kejatuhan Kerajaan Baharu Mesir bermula apabila Ramses II memerintah dari tahun 1279 hingga 1213 sebelum Masihi.
Jangan lupa like, share dan juga subscribe. Terima kasih.