Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam modul ini kita akan bincangkan mengenai pengenalan kepada UAV dan drone. Dan saya adalah Jay Sumat.
Saya percaya perkataan drone tidak lagi asing kepada anda. Namun, tahukah anda bahawa perkataan ini drone sebenarnya adalah sebuah singkatan kepada Dynamic, Remotely Operated Navigation Equipment D-R-O-N-E Maka singkatan ini kita panggil sebagai drone Drone boleh dianggap sebagai sebuah pesawat terbang yang dikawal secara jarak jauh ataupun disebut fly remotely dan dia tidak semestinya boleh terbang secara autonom ataupun bahasa Inggeris kita panggil autonomous Mari kita lihat istilah UAV. UAV adalah singkatan kepada Unmanned Aerial Vehicle.
UAV. Dan seperti drone, UAV boleh dikawal secara jarak jauh ataupun fly remotely. Tetapi ia mesti dilengkapi dengan kebolehan penerbangan secara otonomi. Maka, UAV mesti boleh dikawal secara jarak jauh dan otonomi.
Maka di sini ini bermaksud semua jenis UAV adalah drone. Semua jenis UAV adalah drone tapi tak semua drone adalah UAV kerana terdapat drone yang tak ada ciri-ciri penerbangan otonomi. Secara ringkasnya kita boleh kategorikan drone kepada 4 jenis berdasarkan sayap. dan pemutar pada drone itu.
Jenis yang pertama, apa yang kita panggil sebagai multi rotor seperti dalam gambar raja ini. Yang ini kita lihat terdapat tiga rotor. Rotor ataupun pemutar merujuk kepada motor yang ada pada lengan drone ini. Seperti yang ini.
Ini mempunyai tiga rotor. Jadi kalau tiga rotor, kita panggil tricopter. Dan kalau kita ada empat rotor, kalau drone ini ada empat rotor, kita panggil quad. Dan sekiranya kalau ada 6 roto seperti drone ini, kita panggil sebagai hexacopter. Manakala sekiranya ada 8 roto, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, kita panggil octocopter.
Maka dalam perbincangan ini, kita akan banyak fokus kepada quadcopter. Sebab quadcopter ini adalah drone yang jenis yang paling lazim digunakan dalam pasaran dan juga di kalangan masyarakat. Seterusnya, jenis yang kedua yang kita panggil sebagai single rotor.
Single rotor ni adalah sebalik daripada multi rotor. Multi rotor mempunyai banyak rotor, lebih daripada satu. Tetapi single rotor hanya mempunyai satu rotor sahaja di sini, di atas.
Dan ini bentuknya seperti yang selalu kita lihat ada pada helikopter. Namun, ini adalah drone kerana ia dapat dikawal secara jarak jauh dan Dia boleh juga mempunyai ciri-ciri penerbangan secara otonomi atau autonomous. Maka ini adalah jenis single rotor. Jenis seterusnya adalah sebagian yang kita panggil fixed wing.
Fixed wing. Yang mana kita lihat di sini dia ada sayap tetap. Maka drone jenis ini pula hanya ada satu rotor pula di sini. Dia hanya ada satu rotor. Namun bentuknya adalah bentuk sayap.
Seperti kapal terbang. Yang ini pula jenis macam kapal terbang. Dia mempunyai sayap yang tetap.
Dan dia hanya ada satu rotor di hadapan ataupun di belakang. Tetapi ciri utama dia adalah dia mempunyai sayap yang tetap. Seterusnya adalah jenis yang kita panggil fixed wing hybrid. Hybrid ni maksudnya adalah gabungan teknologi daripada fixed wing dan juga multi rotor. Gambungan daripada dua jenis drone ini dapatlah hasilnya adalah Fixed Wing Hybrid.
Maka ciri utama Fixed Wing Hybrid ni adalah dia mempunyai kelebihan dia mampu Vertical Takeoff dan Landing. Vertical Takeoff and Landing. Singkatan VTOL. Maka Fixed Wing Hybrid ni adalah lebih special sebab dia mempunyai ciri-ciri Multi Rotor dan dia juga mempunyai ciri-ciri Fixed Wing. Dan kita panggil dia sebagai Fixed Wing Hybrid.
Mari kita lihat. kelebihan dan kelemahan setiap jenis drone yang dibincangkan Yang pertama kita lihat dahulu kepada multi-rotor drone. Apakah kelebihan dan kelemahan dia?
Sebelum itu mari kita menonton video ini. Ini adalah salah satu video yang dipetik dari YouTube menunjukkan multi-rotor yang digunakan dalam seharian untuk pelbagai tujuan. Namun apa yang dilihat di sini adalah kelebihan multi-rotor adalah dia mudah dikawal ataupun mudah diterbang.
Dan dia boleh berlepas secara menegak. Dia terus menegak saja berlepas. Dia boleh take off.
Take off vertically. Dan kemudian selepas dia take off, dia boleh saja terapung di udara atau kita panggil sebagai hover. Dia boleh hover di udara dengan stabil. Sebab dia ada empat roto, dia boleh kawal dengan stabil dan dia boleh melawan perintangan udara. Dan kalau kita lihat pula kelemahan dia adalah disebabkan bila dia banyak pakai rotor, kalau dia banyak rotor maknanya dia banyaklah pergerakan mekanikal ataupun banyak putaran yang berlaku.
Maka ini menyebabkan dia menggunakan lebih banyak tenaga. Apabila guna banyak tenaga maka bateri cepat habis. Sebab itu penerbangan dia, jangka masa untuk penerbangan hanyalah sekadar 15 hingga 30 minit sahaja. Dan, dia tidak boleh terbang sangat jauh. Dia sekadar di bawah 10 km.
Itu adalah multi-rotor. Mari kita lihat pula tentang single rotor. Single rotor pula, kelebihan dia adalah dia boleh hover seperti multi-rotor.
Dia boleh hover di udara. Dia boleh terapung di udara. Ini adalah disebabkan dia mempunyai satu rotor dan menggunakan berbilah ataupun propeller yang sangat besar berbanding dengan multi rotor. Jadi, dia mempunyai kekuatan dan tahan lasak dan dia boleh terbang dengan lama sebab dia boleh guna gas berbanding multi rotor. Kebanyakan dia menggunakan bateri.
Dan disebabkan kekuatan dia dan kelasakan dia dan propeller yang begitu besar, dia boleh membawa barang ataupun pemberat yang lebih berat. Tetapi kelemahan dia pula adalah bukan mudah untuk mengawal ataupun menerbangkan single rotor disebabkan hanya satu rotor sahaja yang dia ada. Dan pembinaan dia agak kompleks dan mahal. Dan penerbangan ini boleh menjadi sangat bahaya disebabkan propeller dia yang sangat berat dan sangat besar dan panjang.
Fixed Wing Hybrid VTOL Vertical Takeoff and Landing iaitu gambungan teknologi Fixed Wing dengan Multi Roto dia mempunyai kelebihan seperti berikut mari kita lihat dulu video ini ini adalah salah satu video daripada YouTube juga yang dimana ini kita lihat dia ada Multi Roto 4 Multi Roto di sini dan kemudian dia ada Wing dan 1 Roto untuk dia berputar untuk dia terbang ke hadapan Maka kelebihan fixed wing hybrid adalah dia boleh berlepas dan mendarat secara menegak. Lihat di sini. Dia hanya terus menegak saja terbang ke atas, berlepas.
Dan kemudian dia boleh hover. Dia boleh terapung di udara seperti Mount Roto. Maka dia tidak memerlukan satu landasan yang panjang untuk dia nak take off. Seperti kapal terbang, dia perlu berlepas, dia perlukan jalan yang panjang. Runway, dia panggil runway.
Tetapi untuk fixed wing, hybrid, dia tidak memerlukan yang itu. Dan kemudian dia boleh mengangkat barang yang lebih berat kerana dia mempunyai multi rotor. Dan penembangannya lebih stabil berbanding fixed wing.
Tetapi kelemahan dia pula adalah pembinaan dia adalah lebih kompleks, lebih rumit berbanding dengan fixed wing. Dan Dia memerlukan lebih banyak tenaga. Kenapa?
Sebab dia mempunyai lebih roto. Dia ada 4 campur 1. Multi roto. Dan kemudian dia, penembangan dia, jarak ataupun durasi penembangan dia adalah lebih pendek berbanding dengan fixed wing.
Sebab dia mempunyai lebih banyak roto dan menggunakan lebih banyak tenaga. Baik, seterusnya kita lihat fixed wing. Fixed wing pula. Dia punya pembinaannya jauh lebih mudah dan lebih simple daripada fixed wing hybrid.
Dan maintenance dia untuk nak menjaga keadaan baik fixed wing ini tidaklah serumit berbanding fixed wing hybrid. Dan penembangan dia lebih lama, boleh terbang lebih dari satu jam, malah ada rekod juga sampai berbelas jam. Dan dia boleh terbang dengan sangat jauh, lebih dari 10km. Malah boleh cecah ratusan kilometer bergantung pada jenis fixed wing.
Dia menggunakan tenaga yang lebih rendah sebab dia hanya ada satu rotor sahaja di belakang sayapnya itu. Dan kemudian kelemahan dia adalah dia memerlukan runway ataupun launcher kalau anda lihat tadi videonya. Dia perlu berlepas, dia perlukan satu landasan yang panjang untuk dia berlepas.
Ini dipanggil launcher pada video. Maka sekiranya perlu perkara macam ini, dia tidak sesuai digunakan dalam tempat-tempat. Dia tidak sesuai digunakan pada tempat yang sempit.
Seperti hutan, malah tempat bandar yang sesat dan sebagainya. dan apabila dia tak ada multirow tu dia tidak mempunyai kelebihan atau kemampuan untuk hover. Hover ni, mania terapung di udara. Begitulah tentang kelebihan dan kelemahan empat jenis drone yang dibincangkan. Secara ringkas mari kita lihat aplikasi UAV ataupun drone dalam pelbagai bidang.
Dan di sini kita meletakkan 8 sebenarnya terlebih, dia sebenarnya mempunyai lebih daripada apa yang disenaraikan di sini. Namun ini yang kita boleh bincangkan, yang pertama kita lihat drone selalu sinonim dan sangat digemari oleh orang untuk membuat filming ataupun penggambaran termasuklah rakam video ataupun mengambil gambar yang cantik-cantik. Maka itu salah satu penggunaan atau aplikasi yang sangat bagus pada drone. Kemudian dia juga boleh digunakan untuk keselamatan, untuk menyelamatkan manusia dan sebagainya. Dia juga boleh digunakan dalam bidang perubatan seperti menghantar barangan perubatan.
Malah juga boleh digunakan sebagai delivery. Delivery seperti pos laju, domino pizza dan sebagainya sudah mula untuk ke arah delivery pakai drone. Tapi di sini dia juga boleh digunakan sebagai perubatan. Maknanya delivery, dia boleh deliver ubat juga kepada tempat-tempat yang tidak boleh ataupun tidak sesuai manusia pergi ke sana. Contohnya seperti dalam hutan yang tebal.
Kita nak hantar sesuatu. Jadi kita boleh guna saja drone. Dan drone juga banyak digunakan dalam bidang pertanyaan.
Untuk menyeram ataupun semburan baja. Semboran baja cecair. dalam pertanyaan.
Drone juga boleh diguna untuk surveying ataupun pengawasan. Seperti di taman perumahan, kita ada unit keselamatan yang sentiasa meronda dekat taman, menjaga keselamatan penduduk dan sebagainya. Kita boleh guna drone sebenarnya untuk terbang dan mengawas daripada udara.
Melihat taman perumahan kita, mengawas perumahan kita daripada pandangan sudut udara. Jadi surveying. Dan surveying juga bermaksud di sini kita boleh juga membuat pemetaan.
Pemetaan terbang untuk membuat pemetaan dipanggil mapping. Seterusnya untuk emergency rescue, emergency cases. Seperti kita mungkin ada sesiapa yang mungkin tersesat di hutan ataupun mungkin di laut.
Maka kita boleh hanya menghantarkan drone untuk misi menyelamatkan. mangsa-mangsa tersebut. Seperti penikis banjir dan sebagainya, kita boleh juga menghantarkan drone untuk melihat dan juga menyampaikan, delivery, menyampaikan apa yang patut kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.
Pada masa yang sama, drone juga boleh digunakan untuk inspection, kerja-kerja engineering. Inspection ini maksudnya kita melihat keadaan pipe dalam kes ini. Pipe ini bukan merujuk kepada pipe rumah.
Pipe ini merujukkan pada pipe saluran air daripada bandar ke bandar, taman ke taman, malah negara ke negara yang berada di tepi jalan ataupun di bawah dan di dalam tanah. Dia tertanam di dalam tanah. Kita boleh guna saja drone untuk terbang dari jarak jauh untuk melihat keadaan pipe tersebut untuk membuat pemeriksaan.
Dan seterusnya, drone ini juga boleh digunakan untuk Untuk kita nak memantau ataupun melihat pembangunan sebuah struktur bangunan. Contohnya sekiranya ada bangunan yang sedang dibina, bangunan yang tinggi. Jadi kita boleh hantar drone untuk terbang melihat keadaan bangunan dari sudut udara. Jadi ini antara yang kita boleh senaraikan aplikasi UAV atau drone dalam pelbagai bidang.
Namun ia tidak terhad kepada perbincangan ini sebab Penggunaan drone sangatlah luas dan sangatlah mempunyai potensi yang mungkin manusia pun belum lagi menerokai. Tetapi di sini disebutkan drone sebenarnya membuka ruang kepada banyak aplikasi untuk memudahkan kehidupan manusia. Tetapi harus diingatkan penembangan drone sentiasa perlulah mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang atau peraturan negara.
Teknologi drone banyak membawa manfaat dan kebaikan kepada kehidupan seharian manusia. Jadi bagaimana kita nak menceburi bidang drone ini? Yang pertama sekali, kita boleh cuba untuk menembangkan drone menggunakan perisian simulator ataupun secara latihan simulasi.
Kerana penembangan drone bukanlah semudah seperti yang kita jangkakan. Dan pergerakan drone tidaklah seperti pergerakan kenderaan darat. Jadi kawalannya perlulah menjalani beberapa latihan dahulu.
Dan keduanya adalah menduduki kursus drone bagi lebih mengenali apa itu drone. Dan untuk permulaan, selepas anda sudah boleh mengawal drone dalam simulasi ataupun simulator dan anda ingin mencuba drone yang sebenar. Gunalah drone yang kecil dahulu seperti pada gambar rajah ini. Drone seperti ini tidak membawa bahaya.
Seperti ini dalam satu tapak tangan. Saiznya daripada satu roto ke satu roto, saiznya kurang daripada 110mm. Maka lebih kurang 11cm sahaja.
Dan beratnya kurang daripada 250g termasuk bateri. Jadi jangan memakai ataupun terbang drone yang sangat berat kerana yang berat sudah pastinya menggunakan tenaga yang tinggi dan boleh membawa kecederaan yang berat dan bahaya kepada orang lain. Dan apabila menerbangkan drone, sentiasalah perlu berteman supaya seorang yang sedang terbang, seorang lagi membantu memantau sekeliling kita.
Dan juga sentiasalah menjaga keselamatan dan mematuhi undang-undang. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.