Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera semua. Hari ni kita akan buat revisi pantas apa yang kita perlu tahu dalam bab 1, tingkatan 2, Kerajaan Alam Melayu. Baik, dalam tingkatan 2, bab 1 ini terdapat 4 subtopik iaitu konsep alam melayu. Yang kedua ialah kewujudan kerajaan di alam melayu. Ketiga, kerajaan alam melayu yang masyur.
empat kerajaan alam Melayu dan dua yang sezaman. Pertama sekali kita lihat konsep alam Melayu. Apa yang kita perlu tahu konsep alam Melayu ini mempunyai daripada tiga konsep.
Konsep pertama yang kita perlu tahu ialah geografi. Di sini anda perlu tahu di mana definisi geografi antara beberapa tokoh ataupun sejarawan. Contohnya seperti Prof. Firds.
Profesor Emeritus Datuk Nik Hassan Suhaimi Yang mengatakan bahawa geografi ataupun Alam Melayu itu daripada Madagaskar Sampailah ke Taiwan Jadi perlu tahu setiap satu Definisi geografi ini Yang kedua daripada segi konsep bahasa pula Apa yang kita perlu faham daripada konsep bahasa ini Ialah di alam Melayu mereka menggunakan bahasa yang serumpun Apa maksud serumpun? Serumpun ialah yang sama Dan yang ketiga konsep budaya di mana kita perlu tahu bahawa penduduk alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang merangkumi sehingga bahasa, tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian dan kepercayaan serta adat. Jadi tiga perkara ini iaitu geografi, yang kedua tadi daripada segi bahasa dan budaya.
merupakan konsep untuk kita terangkan tentang alam Melayu. Baik, yang kedua kita lihat pula dari segi kewujudan kerajaan di alam Melayu. Kita perlu tahu terdapat tujuh buah kerajaan alam Melayu yang kita belajar dalam tingkatan dua. Yang pertama kerajaan Funan, kedua Champa, ketiga Sriwijaya, keempat Angkor, kelima Kedah. Ketua, keenam ganggan negara dan ketujuh majapahit.
Okay kat sini apa yang kita perlu tahu ialah lokasi kewujudan kerajaan tersebut, abad keberapa dan paling penting ialah pusat kerajaan. Baik seterusnya dalam satu topik yang ketiga kita perlu tahu tentang kemasyuran. Tapi kita perlu tahu apa itu maksud kemasyuran. Okay kemasyuran ini kita boleh anggap seperti kegemilangan ataupun apabila kerajaan Alam Melayu itu menjadi sebuah kerajaan yang terkenal.
Dan selain daripada kemasyuran, kita juga perlu tahu tentang pengasas serta bagaimana kerajaan tersebut merosot ataupun runtuh. Jadi dalam setiap topik ini, anda perlu tahu pengasas. Yang kedua, anda perlu tahu tentang kemasyuran di mana aspek-aspek yang menyebabkan kerajaan itu menjadi hebat. Dan ketiga ialah kemenorsotan terutamanya mereka diserang oleh kerajaan apa yang membuatkan mereka jatuh. Jadi untuk ketujuh-tujuh buah kerajaan itu anda perlu tahu tentang perkara tersebut.
Dan lain sekali dalam kerajaan alam Melayu dan kerajaan luar sezaman yang kita perlu tahu ialah kerajaan yang wujud satu zaman dengan kerajaan alam Melayu. Seperti abad pertama, kerajaan Funan pada masa tersebut wujud juga empayar Rom, empayar Parsi, empayar Kushan dan dinasti Han. Begitu juga kita perlu tahu pada abad ke-9, kerajaan Champas, Sriwijaya dan Angkor wujud bersama-sama dengan kerajaan seperti Abasyah, dinasti Tan dan kerajaan Chola.
Dan begitu juga pada abad ke-14. Kita juga perlu tahu ada tiga perkara yang menjadi hubungan luar di antara kerajaan-kerajaan ini iaitu yang pertama dari segi perdagangan, yang kedua dari segi keagamaan, dan yang ketiga dari segi hubungan diplomatik. Jadi perlu tahu bagaimana, kenapa kerajaan-kerajaan ini mengadakan aktiviti perdagangan kerana kedudukan strategik, kekayaan hasil bumi serta sikap keterbukaan. Okey.
Yang kedua keagamaan di mana ada tiga agama utama dalam kerajaan-kerajaan ini iaitu agama Hindu Yang disebarkan melalui peranan pedagang, tentera, golongan rahmin. Yang kedua agama Buddha yang melalui peranan asoka dan yang menghantar samibuddha. Dan yang ketiga agama Islam melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah. Dan yang lain sekali tidak lupa melalui hubungan diplomatik. Apa maksud hubungan diplomatik?
Ialah hubungan politik antara dua kerajaan. Sebagai contoh, adanya bantuan ketenteraan, hubungan persahabatan, perdagangan dan keagamaan. Baik, jadi itu saja revisi pantas kita untuk bab satu.
Untuk keterangan yang info lebih mendalam, boleh subscribe serta cari dalam playlist yang disiarkan. Terima kasih.