Transcript for:
Overview of BRICS and Its Impact

Hai semua, hari ini I nak cakap pasal BRICS. Which is satu pakatan antarabangsa yang terdiri daripada Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan. And here's what some called the alternatives from the developing world. The BRICS. The BRICS is trying to position itself as the voice for emerging economies, and challenge western dominance of global affairs. Korang pernah dengarkan Malaysia baru-baru ni dia kata dia nak join BRICS ni. Tapi apa sebenarnya BRICS? Dan kenapa penting sangat? Jom kita check asal-usul, kesan ekonomi, pengaruh geo-politik, dan apa manfaat untuk Malaysia. Let's Jom! BRICS ni bermula dengan 4 negara je tahu. Brazil, Russia, India dan China. BRIC, tak ada S ya. So kumpulan ni dibentuk untuk eratkan lagi kerjasama antara ekonomi baru yang besar. So idea ni jadi popular dan diorang semua pun mula berjumpa secara berkala lah. So pada tahun 2009 diorang mengadakan sidang kemuncak pertama di Russia yang menandakan penubuhan rasmi BRIC. Now staying with overseas events, the first ever BRIC summit is getting underway in Russia. The US Dollar status as a reserved currency is sure to be one hot item under debate but stealing the headlines right now. Tahun 2010 pula Afrika Selatan ataupun South Africa, dia pula masuk. Dia jadilah BRICS. S for South Africa. Dengan masuknya South Africa ni tambahlah pengaruh BRICS dekat benua Afrika. So kalau you tengok ya setiap ahli BRICS ni ada kekuatan dan cabaran masing-masing. Jadi, gabungan ni memang cantiklah. Dia pelbagai, ada diversity. And bukan diversity dari segi skin colour je ya, diversity dari segi ekonomi. And then pada 1 Januari 2024 pula BRICS diumumkan kemasukan 4 lagi ahli baru which is Mesir, Ethiopia. Iran dan UAE. United Arab Emirates. Dan decision untuk diorang join adalah dilakukan semasa sidang kemuncak di Johannesburg pada Ogos 2023. So nama diorang pun dah tukarlah, BRICS jadi BRICS+. Macam +1, tapi dia +4 lah. So organisasi BRICS+ ni dia mewakili 37.3% daripada KDNK ataupun GDP satu dunia. 1/3 bro. So walaupun ahli-ahli baru yang empat ni cuma menambah 4% daripada GDP kumpulan BRICS+ ni, tapi dia tunjukkan yang BRICS+ ni makin lama makin meningkat pengaruh dia di kacamata antarabangsa seperti PBB dan WTO. Korang pernah dengarkan yang Malaysians kata maybe kita nak masuk juga, cuma masalah dia adalah pada 25 Jun 2024 which is recent ya. Menteri luar Russia, Sergey Lavrov dia umumkan yang BRICS akan pause sekejap dalam menerima ahli baharu untuk bagi ahli-ahli yang sekarang ni untuk get used to each other lah. Tak naklah perkembangan keahlian dia tu meningkat cepat sangat. Keputusan ni dibuat selepas mesyuarat dekat Nizhny Novgorod, dan merupakan satu pertemuan pertama selepas BRICS+ pada 2023. Pada waktu tu lebih daripada 30 negara menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan BRICS dalam pelbagai cara. You see BRICS ni ditubuhkan untuk promote kerjasama ekonomi. So fokus utama dia adalah perdagangan dan juga pelaburan. Which is very important ya untuk ekonomi-ekonomi setiap negara tu. And macam I cakap tadi negara-negara ni dia punya pertumbuhan ekonomi ini adalah amat tinggi. Dia sumbang lebih daripada 34% daripada GDP dunia. So of courselah diorang akan bekerjasama dalam sektor-sektor penting. Contohnya dalam pembinaan infrastructure, teknologi dan sumber tenaga. And kerjasama ni bukannya untuk fokus kepada perdagangan antara ahli dia sahaja, tapi termasuklah pelaburan dalam projek-projek pembangunan yang besar. Contohnya projek infrastukur mega yang menghubungkan semua negara-negara ni supaya dia kuatkan dia punya kedudukan ekonomi berbanding dengan pasaran global. Terutama sekali EU dan United States lah. Cakap pasal EU dan United States. BRICS ni selalu dibandingkan dengan Group of 7, G7. G7 ni dia ada Canada, France, German, Itali, Jepun, United Kingdom, dan of courselah United States. And based on negara-negara yang I sebut tadi tu, you dah boleh nampaklah G7 ni dia mewakili ekonomi negara-negara maju. ataupun negara westernlah, western align. Tapi BRICS ni pula dia punya pasaran adalah pasaran yang tengah pesat untuk membangun. BRICS memang tengah nak cabar dominasi negara maju dalam ekonomi global. Dia punya advantage dia adalah kadar pertumbuhan BRICS yang lebih tinggi berbanding dengan G7. You bayangkanlah kalau you nak beli sahamlah eh. Contoh contoh. You nak beli saham yang mahal ke ataupun saham yang ada potential untuk naik? So potential tu lah yang selalu orang akan invest in. This comparison I cakap tadi G7 versus BRICS, ataupun BRICS+ ini adalah penting sebab ia tunjukkan ada sedikit peralihan kuasa ekonomi dari negara-negara yang maju kepada pasaran yang sedang membangun. So, apa yang BRICS boleh offer yang G7 tak boleh offer untuk golongan-golongan atau negara-negara yang luar daripada G7. Macam I cakap awal-awal tadi, diversity, kepelbagaian dalam ekonomi dia. So setiap negara yang dalam BRICS ni memang ada kekuatan masing-masing. Contohnya China dengan teknologi dan dia punya industri. India pula dengan dia punya IT services. Russia pula dengan dia punya minyak dan gas. You see Russia ni dia punya natural resources tu memang banyak. In fact ya sebelum perang dekat Ukraine tu, memang Russia lah supplier gas yang banyak ya untuk negara-negara dalam EU. Brazil dengan pertanian dan juga biofuel. Brazil ni dia special sebab kalau kita tengok climate dia similar to Malaysia dan Indonesia. Apa yang kita boleh tanam dekat Malaysia, dia boleh tanam dekat sebahagian kawasan di Brazil. Brazil tu besarlah kan. Contohnya macam kelapa sawit, getah, tebu. Dia boleh tanam dekat situ. Dan Afrika Selatan pula dengan dia punya perlombongan. Dia punya rare earth minerals. Dia punya diamonds and whatnot. Boleh dapat daripada sana. So kalau you tengok ya gabungan BRICS ni dia cipta satu synergy yang menguntungkan semua ahli. Sebab kita tak boleh expect kita boleh buat semua benda. Ada benda kalau kita nak buat, tak efficient. So this diversity ataupun kepelbagaian pun membolehkan BRICS dia tangani cabaran global dengan lebih berkesan. Contohnya knowledge sharinglah. You mahir dalam satu benda, you boleh share that knowledge kepada negara-negara lain. You see, BRICS ni memang ada peranan penting dalam geopolitik. Sebab diorang meliputi 30% daripada wilayah dunia. Benda ni memberikan kelebihan strategik dari segi sumber laluan perdagangan dan juga pengaruh serantau. Kalau you tengok eh setiap negara ni dia ada di kawasan dia tersendiri. Contohnya macam Russia berada di Eurasia. Dekat dengan Europe dan juga dekat dengan Asia. China pula di Asia dan dia at the doorstep of the Southeast Asia, Asia Tenggaralah. Brazil pula di Amerika Selatan. Dan of courselah South Africa dekat benua Afrika. So benda ni menjadikan BRICS sebagai satu pemain utama dalam hal ehwal global. And then pengaruh geopolitik bukan saja terhad kepada aspek ekonomi. Tapi ia melibatkan juga isu-isu keselamatan politik dan juga sosial. Dengan kedudukan BRICS ni di hampir semua benua, BRICS boleh bertindak sebagai jambatan antara timur, barat, utara dan juga selatan. On top of that, BRICS memang ada tubuhkan bank pembangunan baru ataupun the NDB, New Development Bank pada tahun 2015. NDB ni dia sokong projek-projek infrastructure dan juga pembangunan yang hebat. Tambahan pula diorang pun ada contingency punya reserve, CRA which is boleh bantu mangsa-mangsa krisis untuk pastikan ada kestabilan ekonomi antara negara-negara dalam BRICS. NDB ni dia boleh bagi pinjaman dan juga sokongan kewangan untuk projek-projek yang tingkatkan our infrastructure. Kalau you perasan ya you boleh nampak dia nak counter sikit kita punya reliance kepada institusi kewangan tradisional contohnya macam IMF ataupun World Bank. So inisiatif BRICS ni dia nak tunjukkan komitmen untuk bina sistem kewangan yang lebih adil. Adil kepada dialah dan juga seimbang. Sebab sekarang ini we rely a lot on US dan US Dollar for a lot of our trade. So dia memberikan alternatif kepada negara yang membangun ya untuk mendapatkan bantuan kewangan selain daripada negara-negara maju. So, kenapa Malaysia nak join BRICS? Pertama, akses kepada pasaran dan peluang perniagaan yang lebih luas. Kedua, kita nak kurangkan kita punya reliance kepada US Dollar. Kita tak nak berada di situasi di mana diorang boleh pegang ekonomi kita. Sebab kalau kita tengok isu-isu macam Blackrock ya, kan dia invest a lot in our economy. Ada isu sikit je kita nak buat perubahan, YBM Tengku Zafrul our MITI punya Minister terpaksa cakap yang Blackrock ni pegang banyak aspek dalam kita punya ekonomi. “Kalau ada pengguguran pelaburan Blackrock dari Malaysia sekiranya lah berlaku Jelas sekali akan mendatangkan implikasi dan kesan negatif kepada usaha untuk merealisasikan agenda pelaburan negara” So kita tak naklah benda tu berterusan. Ketiga pula, kita boleh dapat manfaat daripada NDB dan juga CRA untuk projek-projek infrastructure dan sokongan kewangan. Benda ni pun boleh bantu Malaysia untuk diversify kan kita punya trade partners dan juga tingkatkan kita punya competitiveness dalam pasaran global. So, kesimpulannya BRICS bukanlah setakat pakatan ekonomi. Benda ni adalah satu kuasa besar di pentas global. Diorang ada pelbagai ahli, kekuatan ekonomi, dan pengaruh geopolitik. So BRICS memang terus nak cabar dominasi negara-negara maju. Untuk Malaysia pula, kalau kita join BRICS, kita boleh buka banyak peluang baru. Thank you very much, you guys are awesome. Korang perasan tak, topik kali ni lain sikit daripada yang biasa. I buat topik ni sebab I rasa beyond kewangan is definitely ekonomi. Dan it is very important untuk all of you guys tahu yang keadaan ekonomi sedunia boleh affect kewangan kita secara peribadi, dan assalamualaikum. India..B-R..India, China, South Africa Takkanlah kau nak tanam kelapa sawit dekat Russia? Tak boleh. So kita supply kelapa sawit ataupun minyak kelapa sawit tu kepada Russia dan Russia akan supply kita weapons Okey kot weapons dia