Transcript for:
Telekomunikasi dan Kesan di Malaysia

Selamat sejahtera dan selamat kembali ke channel Cikgu Tan. Hari ini, malilah kita belajar Geografi Tingkatan 2, Bab 6, Telekomunikasi di Malaysia. Baik, telekomunikasi, dia adalah berasal daripada perkataan Greek. Perkataan tele itu adalah membawa maksud sangat jauh.

Manakala komunikasi, dia adalah membawa maksud proses untuk menhantar informasi yang melibatkan masyarakat. Jadi, jika kita lihat perkataan telekomunikasi, maksudnya dia ialah satu interaksi yang melibatkan masyarakat. Jarak yang jauh antara penyampai dengan penerima Maksudnya terdapatnya seorang penyampai dan seorang penerima Yang dalam jarak yang jauh cuba berinteraksi Jadi ini adalah maksudnya telekomunikasi Baik kita lihat 6.1 Alat telekomunikasi di Malaysia. Ini semua melupakan alat telekomunikasi di Malaysia yang mengikut kronologi.

Okey jadi kita akan lihat satu demi satu. Yang paling awal di Malaysia adalah telegraph. Telegraph ini diperkenalkan oleh pihak British untuk ulusan pentadbiran di tanah Melayu.

iaitu semasa pihak British menjajah negara kita. Telegraph ini, semasa kita nak menhantar pesanan, dia adalah menggunakan kod mos. Dia bukan gunakan teks. Cikgu tunjukkan, ini adalah contoh kod mos, iaitu mos kod. Contohnya jika A dia adalah satu titik dan satu garisan.

B ialah satu garisan, tiga titik. Dia tidak akan menghantarkan huruf. Dia semua gunakan kod.

Contohnya jika kita nak menghantarkan tulisan ini ataupun perkataan ini. Jadi jika kita guna kod mos, pesanan yang kita hantar kepada penerima adalah macam bentuk ini. Dia adalah dalam bentuk kot mus. Ini adalah telegraf.

Melupakan alat telekomunikasi yang paling awal di Malaysia. Bagian kedua adalah telefon. Telefon talian tetap mula digunakan di tanah Melayu adalah pada tahun 1891. Cikgu cuba tunjukkan macam mana nak dial telefon ini. Kamu mesti dialkan setiap nombor telefon penerima. Jadi inilah caranya dialkan telefon pada masa dulu.

Bahagian ketiga adalah mesin telex. Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon yang berfungsi mengirim pesanan dalam bentuk teks. Dia sudah maju sedikit berbanding dengan telegraph.

Sekarang kita sudah boleh menhantar pesanan dalam bentuk teks. Kamu lihat ini pesanannya. Sudah boleh dalam teks kan iaitu dalam huruf. Bahagian keempat adalah mesin fax. Mesin fax adalah digunakan untuk memindah salinan dokumen menggunakan mesin fax yang disambungkan dengan rangkaian telefon jadi mesin fax tu dia juga ada satu nombor nombor yang macam nombor telefon kita.

Jika kita nak menghantarkan dokumen ini kepada penerima, katakan kita ialah penyampai ok, kamu masukkan dokumen di sini dan tekan nombor fax at penerima anda dan dokumen itu akan masuk ke dalam. Okey dia akan keluar di sini sebenarnya dan di sebelah penerima sana dia akan keluarkan dokumen anda. Maksudnya dia akan menerima dokumen anda. Yang kelima adalah telefon bimbit.

Telefon bimbit juga dikenali sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar. Dia mula diperkenalkan di Malaysia adalah pada tahun 1980-an. Kita lihat di sini. Ini adalah merupakan telefon bimbit yang paling awal. Pada tahun 1983. Alat telekomunikasi yang terkini adalah telefon pintar.

Pelajar tentu lebih mahir daripada cikgu tentang telefon pintar ini. Telefon pintar ini didalamnya merangkumi perisian komputer seperti ada GPS, kamera digital, bluetooth. Youtube, internet. Okey, dan juga terdapat banyak aplikasi-aplikasi media sosial. Contohnya ada Facebook, ada Instagram, Twitter, WeChat, WhatsApp, Telegram, permainan maya dan banyak lagi yang cikgu tidak dapat senaraikan semua.

Okey, jadi inilah pelajar mesti tahu alat telekomunikasi di negara kita. Okey, mula dengan telegraph, lepas itu telefon. Mesin telex, mesin fax, telefon bimbit dan telefon pintar.

Baik, 6.2 Kemajuan Alat Telekomunikasi di Malaysia Sejak manakah kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia? Penerokaan dalam sistem telekomunikasi negara kita telah memasuki satu dimensi baharu dengan pembinaannya stesen satelit. Ok, ini adalah satelit.

Baik, kita cuba lihat stesen satelit bumi Malaysia. Soalan ini suka ditanya di bahagian A, iaitu soalan objektif. Jadi pelajar mesti tahu kan di mananya stesen satelit bumi kita. Baik, stesen satelit bumi yang pertama.

Yang pertama di mana? Di Kuantan. Ok, di Kuantan, Pahang.

Ini penting ya. Stesen satelit bumi yang pertama di Kuantan Pahang Lepas tu diikuti di mana? Alogajah, Melaka Sematan, Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan dan Cyberjaya, Selangor Ini merupakan stesen satelit bumi Malaysia Baik, kita lihat pelancaran satelit Asia Timur Malaysia iaitu Miasat. Dia telah melancarkan 5 satelit Asia Timur Malaysia.

Dia ada, namanya adalah Miasat 1, Miasat 2, Miasat 3, Miasat 3A, Miasat 3B. Baik, dengan pelancaran Miasat ini, dia telah mewujudkan sistem televisyen satelit yang pertama. Iaitu All Asia Satellite Television and Radio Operator.

Ini panjangnya lebih senang pelajar ingat Astro. Okey. Dengan pelancaran meset kita sudah ada Astro.

Okey. Dan perkhidmatan televisyen bersatellite dan radio berbayar yang pertama di Malaysia. Maksudnya yang perlu bayar.

Okey. Astro kita perlu bayar kan. Sialan. TV1, TV2 dan TV3 disiarkan melalui teknologi digital yang berdefinisi tinggi iaitu HD.

Memantapkan lagi penerimaan maklumat dan informasi rakyat Malaysia dengan adanya Miersat. Baik, selain daripada Miersat, kita ada lagi Tiong Sat. Okey, Tiong Sat 1. Okey, ini adalah Tiong Sat 1. Dia dilancarkan pada 26 September tahun 2000. Terdapat tiga misi utama iaitu untuk pencerapan bumi, membuat uji kaji saintifik SIDEX dan aplikasi komunikasi iaitu adanya transmisi penyaran radio, televisyen, telefon.

Baik, satu lagi adalah Rajasat. Rajasat ini dilancarkan pada 14 Julai tahun 2009. Rajasat ini merupakan satelit mikro kedua yang berupaya membekalkan image data yang lebih spesifik. Mengapa?

Kerana Rajasat ini dia menggunakan kamera yang beresolusi tinggi. Jadi kita cuba lihat ini adalah image yang ditangkap dengan gunakan Rajasat. Dan Tiong Satt 1 dan Rajasat ini Dua-dua ini merupakan satelit mikro ataupun satelit yang kecil.

Satelit mikro. Baik, sekarang kita lihat kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia selain daripada satelit, apa lagi? Adanya kabel fiber optik.

Kabel fiber optik ini merupakan kabel yang berkapasiti tinggi. Kerana dia diperbuat daripada serat kaca atau plastik yang sangat halus. Dan dia digunakan untuk buat apa? Untuk menyalurkan informasi dan juga memindahkan arus data dalam dunia jaringan komputer. Ini adalah kabel fiber optik.

Okey, yang ketiga telefon. pintar. Di dalam telefon pintar mempunyai banyak kemudahan seperti kamera berlesurusi tinggi. Jadi kita boleh ambil gambar dengan yang cantik.

Capaian internet. Boleh menerima dan membalas email, perkhidmatan pesanan ringkas, perbualan video, dari sidang dan pelbagai aplikasi yang Pelajar tahu ialah apps, pelbagai apps yang boleh dimuat turun. Dan dia mempunyai ciri-ciri rekaan luaran dan dalaman yang menggunakan teknologi tinggi. Jadi telefon pintar itu memanglah menepati kehedak dan cita rasa generasi alaf baharu.

Terutamanya untuk generasi muda seperti pelajar-pelajar semua ini. Baiklah, seterusnya ialah syarikat telekomunikasi. Syarikat telekomunikasi di negara kita adalah Telekom Malaysia. Ataupun lebih dikenali sebagai TM. Dia menyediakan telefon talian tetap.

Yang ada talian. Seperti yang kamu digunakan di rumah ataupun di pejabat. Kita biasa guna telefon talian tetap.

Dan TM ini juga memajukan industri telekomunikasi negara. Usaha ini juga dirancatkan lagi oleh syarikat telekomunikasi swasta. Di dalam negara kita terdapatnya banyak juga syarikat telekomunikasi swasta. Baik, seterusnya kita lihat ialah komputer. Okey.

Computer dia dilengkapi dengan perisian, iaitu software. Untuk kerja-kerja seperti mengubah, iaitu edit. Edit, menyimpan, macam save.

Melindungi, memproses, memindah, melihat. Dan juga untuk mendapatkan maklumat tanpa menyira tempat dan waktu. Di mana-mana sahaja ataupun bila-bila sahaja kita nak carikan maklumat, kita bolehlah melayari.

Internet dengan komputer. Okey, ataupun juga sekarang kita gunakan telefon pintar pun boleh. Selain daripada itu, kewujudan jaringan internet dan perisian komputer.

Seperti pelayar laman web. Ini semua. Okey, pelayar laman web banyaknya sebenarnya. Contohnya ada Google Chrome, ada Mozilla, ada Internet Explorer.

Semua ini telah berperanan besar dalam teknologi, maklumat dan komunikasi negara kita iaitu ICT. Seterusnya kita lihat koridor raya multimedia ataupun lebih dikenali sebagai MSC. Perkembangan ICT di negara kita telah mendorong penubuhan MSC.

yang berpusat di Cyberjaya. Dan tujuannya mengapa nak mendubuhkan MSC ini ialah untuk menarik syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Dengan menawarkan pengecualian cukai. Maksudnya sekiranya syarikat-syarikat berteknologi tinggi, dia telah mendirikan syarikatnya di sana, kita bagikan dia boleh dikecualikan cukai. Maksudnya tidak perlu bayar cukai.

Serta kemudahan-kemudahan lain untuk memajukan industri ICT tempatan iaitu ICT negara kita. Akhir sekali adalah rangkaian Jalur Lebar Berterajuan Tinggi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM, ini adalah logonya, adalah bertanggungjawab untuk meluaskan Jalur Lebar ke serata pelosok negara, iaitu ke seluruh negara kita. Jalur Lebar mungkin pelajar tak tahu. Tapi jika cikgu kata broadband mungkin pelajar tahu.

Jalur lebar adalah broadband. Dengan hasratnya ialah meliarisasikan sekurang-kurangnya 95% rakyat Malaysia mempunyai capaian kepada internet. Ini adalah hasrat SKMM. Seterusnya kita lihat 6.3 Kepentingan Telekomunikasi di Malaysia.

Mengapa perlunya telekomunikasi? Yang pertama, kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan mudah. Dengan menggunakan sama ada komputer atau menggunakan telefon pintar.

Jadi kita boleh gunalah pelbagai apps atau pelbagai aplikasi untuk berhubung dengan kawan-kawan ataupun saudara mara yang di seluruh dunia. Baik yang kedua adalah untuk meningkatkan integrasi dan perpaduan negara. Contohnya, kita gunakan Google Meet kan?

Kita boleh berhubung dengan kawan-kawan. Bukan sahaja daripada kaum sendiri tetapi juga dengan pelbagai kaum. Jadi dapat meningkatkan integrasi. Bahaya yang ketiga, pengurusan dan pentadbiran negara lebih sistematik dan teratur. Terutamanya jika kita gunakan e-kerajaan.

Peluang pendidikan lebih luas dan menjimatkan kawasan. course melalui e-pembelajaran ataupun e-learning. Okey, kita boleh belajar di rumah dengan hanya mungkin kamu bolehlah pergi melayari ke YouTube ke ataupun ke mana-mana apps.

Okey, yang bolehkan kamu belajar walaupun di rumah. Ini dia e-learning. Kita boleh belajar dengan e-teacher. Pelajar yang lain ataupun buatkan assignment, buatkan nota, buatkan ujian.

Banyak dan jika kita nak carikan buku pun boleh. Okey, melalui e-learning. Baik, data dapat disimpan dengan segera dan selamat. Banyak perisian yang boleh digunakan supaya data ini dapat disimpan dalam komputer dengan selamat. Seterusnya, kepentingan telekomunikasi ialah membolehkan urusan kewangan dan perkhidmatan perbankan atas talian, membolehkan kita menguruskan wang di seluruh dunia dengan mudah dan lancar.

Maksudnya, kita sekarang boleh gunakan online banking. Sangat senang sahaja dan sangat efisien. Perbagai maklumat dari seluruh dunia dapat diperoleh dengan melayari internet.

Jadi kita boleh melayari internet untuk mendapatkan semua maklumat yang kita nak ataupun jika kita gunakan telefon pintar juga boleh. Siaran langsung melalui aplikasi satelit membolehkan penonton menyaksikan siaran secara langsung di televisyen. Maksudnya melalui satelit kita juga boleh menonton siaran langsung.

Contohnya Olimpik ke World Cup ke banyak lagi siaran langsung yang kita boleh menonton. Satelit cuaca juga dapat memberi data ramaran cuaca dan fenomena alam dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca, kita juga boleh dapatkan ramaran cuaca. Segala urusan kerajaan dan swasta menjadi cepat dan efisien. Jika urusan kerajaan, kita boleh gunakan I-kerajaan.

Urusan swasta juga banyak yang menggunakan kemudahan telekomunikasi. Jadi sekarang sudah tak perlulah pergi beratur panjang lagi untuk berurusan dengan sama ada kerajaan ke ataupun swasta. Baik, kemudahan telekomunikasi ini juga dapat meneratkan silaturahim. Jadi, semasa tempoh PKP, walaupun kita tidak dapat balik ke kampung ataupun ada yang tak dapat balik ke rumah untuk bertemu dengan ahli keluarga ataupun saudara mara. Jadi, nasib baiklah sekarang kita adanya kemudahan telekomunikasi yang agak maju.

Jadi, kita dapat berhubung dengan mereka juga. Okey, inilah kepentingannya dapat meneratkan silaturahim. Bala 6.4 Kesan Telekomunikasi Terhadap Pembangunan Negara Kesan telekomunikasi boleh dibahagi kepada kesan positif dan juga kesan negatif.

Kesan positif merupakan kesan yang baik. Telekomunikasi terhadap pembangunan negara kita. Baik kita lihat yang pertama iaitu I Perbankan.

Melalui e-perbankan ini, urusan perbankan dapat dijalankan di mana-mana sahaja. Contohnya kita boleh gunakan online banking itu di mana-mana sahaja dan di bila-bila. Walaupun bukan waktu bekerja. Contohnya pada waktu malam juga kita boleh menggunakan e-perbankan.

Baik dan yang kedua adalah multimedia interaktif. Jadi kita bolehlah belajar walaupun tidak hadir ke sekolah. Baik yang ketiga adalah telesidang ataupun interaksi maya. Contohnya yang ini. Telesidang maksudnya adalah pertukaran dan penyampaian maklumat sesama beberapa orang yang saling berjauhan namun dapat dihubungkan.

suatu sistem telekomunikasi setelah langsung. Walaupun beberapa orang ini berada di tempat yang berjauhan ataupun tempat yang berlainan, tetapi mereka masih boleh menukarkan ataupun menyampaikan maklumat mereka. Itu dipanggil telesidang. Baik, seterusnya perkhidmatan telekesihatan.

Kita cuba lihat. Telekesehatan maksudnya pesakit ini boleh diperiksa oleh doktor pakar secara jarak jauh menggunakan teknologi komunikasi. Jadi contohnya mungkin doktor itu dia berada di luar negara ke dia boleh gunakan telekesehatan.

Kita juga boleh mendapatkan rawatan ataupun dapat diperiksa oleh doktor tersebut melalui telekesehatan. Baik, seterusnya kita lihat I Kerajaan. Baik, melalui I Kerajaan, rakyat dapat berurusan dengan agensi kerajaan secara lebih mudah dan cepat.

Sekarang kita lihat sebenarnya banyak jabatan kerajaan telah menggunakan I Kerajaan. Kita tak perlu pergi lagi jabatan tersebut. Kita bolehlah melalui atas talian sahaja.

Baik, kesan positif yang seterusnya adalah idagang. Okey, idagang maksudnya adalah perkhidmatan dan jual-beli atas talian. Ini mungkin pelajar pun pernah membeli belah atas talian, betul tak? Jadi, ini adalah maksud idagang.

Baik, telekomunikasi ini juga telah membujukkan banyak peluang pekerjaan. Okey, kita lihat ya. Perkembangan pesat dalam pelbagai sektor akibat daripada kemajuan telekomunikasi ini juga telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Sama ada dalam bidang IT ataupun perkembangan sektor yang lain, sektor perdagangan, telah wujudkan banyak peluang pekerjaan. Baik, akhir sekali, kemajuan telekomunikasi ini telah mewujudkan dunia tanpa sempadan.

Maksudnya, maklumat ini dapat diperoleh dengan mudah dan cepat melalui internet. Kita bukan hanya boleh mendapatkan maklumat yang terdapat di Malaysia sahaja. Kita boleh dapatkan juga maklumat yang daripada seluruh dunia.

Jadi ini semua merupakan kesan positif telekomunikasi. Sekarang kita lihat kesan negatif. Kesan negatif telekomunikasi ialah maklumat yang berunsur negatif.

Seperti keganasan, hasutan dan kabar angin. Memang sukar ditapis. Dia jika sekiranya orang yang berniat jahat ini, dia jika nak menyebarkan maklumat ini, dia hanya perlu sebarkan di media sosial. Contohnya di Facebook ke, di Youtube ke, di Instagram ke, di mana-mana sahaja.

Jadi kita agak susah nak tapiskan maklumat tersebut. Ok, dan isu pencerobohan dan pencurian maklumat. Dalam sistem pangkalan data secara atas talian juga akan wujud.

Juga ada orang yang berniat jahat itu dia cuba menceroboh atau mencurikan maklumat yang dalam data kita. Ataupun mungkin dalam data syarikat yang sulit. Jadi mereka bolehlah mencuri maklumat.

Okey, terdapat maklumat yang tersebar di laman sesawang yang tidak tepat. Banyak tau pelajar. Apa yang kamu baca dari media sosial ini tidak semestinya betul. Di sana terdapat banyak maklumat yang palsu.

Jadi ini adalah kesan negatif telekomunikasi. Baiklah, kita lihat 6.5 penggunaan alat telekomunikasi secara beretika. Baik, yang pertama, semasa pelajar menggunakan alat telekomunikasi, Pelajar haruslah hargai hasil kaya orang lain dan tidak melakukan pelagiat.

Pelagiat maksudnya ialah kita cuba meniru ataupun menambilkan kaya ataupun hasil orang lain itu dan kita siarkan kembali sebagai kaya sendiri. Itu maksudnya pelagiat. Ini tidak patut kita lakukan.

Yang kedua adalah bersopan santun dan berhemah sewaktu berkomunikasi. Jadi, semasa kamu berkomunikasi dengan kawan ke ataupun dengan cikgu ke ataupun dengan saudara mara, kita pun mesti bersopan santun. Gunalah bahasa yang bersopan santun.

Baik, tidak mendedakan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umum. Jangan memberitahukan hal-hal peribadi anda di dalam media sosial. Dan juga password, kata laluan ini juga yang sangat-sangat penting.

Jangan beritahukan di media sosial. Baik, yang keempat adalah kena pasti kebenaran dan kesahian sesuatu berita dalam internet. Tadi cikgu suruh kata dalam internet ini beritanya banyak ada yang pausu. Bukan semuanya ialah yang benar.

Jadi pelajar mesti kenal pasti dulu. Jangan mudah percaya apa-apa saja maklumat yang dalam internet. Elakkan daripada mengganggu dan merosakkan sistem komunikasi orang lain.

Kita jangan cuba mengganggu atau masuk ke sistem pangkalan data orang lain. Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Baik, kita cuba lihat ni akta-nya. Dia kata, seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, pausu, menancam atau jelek sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menaniayai, menugut dan juga mengganggu orang lain, maka kamu telah melanggari atas ini dan hukumannya denda tidak melebihi RM50,000 Malaysia atau akan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Jadi semasa pelajar menggunakan alat telekomunikasi, mesti ingat, mesti mematuhi atas tersebut. Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif yang melanggar undang-undang dan norma.

Jadi terdapatlah tiga isu sensitif yang kita mesti elakkan. Jangan menyentuhnya di dalam media sosial, iaitu yang berkaitan dengan keagamaan, perkawaman. Institusi diraja.

Akhir sekali adalah menggunakan kemudahan telekomunikasi untuk hal-hal yang bermanfaat. Jadi kita boleh menggunakan kemudahan telekomunikasi ini untuk belajar, untuk mencarikan maklumat, untuk berhubung dengan saudara-saudara kita. Baik, terima kasih kerana menonton video cikgu. Cikgu telah sediakan kuis. kuih di dalam description video jadi pelajar boleh cuba menjawab dan jika anda belum menyokong cikgu mohon tekanlah subscribe dan juga aktifkan loceng notification supaya tidak terlepas video-video yang seterusnya baiklah kita jumpa lagi bye-bye semua