Transcript for:
Kisah Semut dan Nabi Sulaiman

Assalamualaikum kawan Saya Uya Dan saya Isha Hari ini kita nak dengar kisah haiwan dalam Al-Quran Wah Masya Allah Semut dengan semut Haa, itukan rumah semut Kalau korang nak tahu Semut ada disebutkan dalam Al-Quran Surah An-Namal ayat 18 Wah, Masya Allah Mari kita dengar pula Kisah di sebalik surah ini Alhamdulillah, Yeay! Kisah Semut dengan Nabi Sulaiman Pada satu peristiwa, Nabi Sulaiman dan para tenteranya dalam perjalanan menuju ke suatu tempat. Tiba-tiba, Nabi Sulaiman tersenyum apabila melewati satu lembah, serta merta baginda memerintahkan.

bala tenteranya agar berhenti melangkah dan berdiri di tempat masing-masing. Baginda memerhati setiap sudut lembah tersebut. Tidak lama kemudian, Baginda mengarahkan para tenteranya agar berjalan di dengah yang jauh.

jauh sedikit dari laluan asal yang mereka lalui sebentar tadi. Hal ini telah menimbulkan tanda tanya di hati para tenteranya. Menyedari tanda tanya di hati para tenteranya, Nabi Sulaiman pun berkata, di lembah ini terdapat sarang semut.

Aku terdengar perbualan mereka yang bimbang kalau-kalau kalian akan memijak sarang mereka. Sebab itu aku mahu kalian berhati-hati ketika berjalan agar tidak memijak sarang tersebut. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak terpijak oleh Sulaiman dan tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari. Maka Nabi Sulaiman tersenyum kerana mendengar kata-kata semut itu.

Dan dia berdoa, Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk mensyukuri nikmatmu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orangtuaku. dan untuk mengejarkan amal soleh yang engkau redai. Dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Demikianlah kisah semut yang disebut di dalam Al-Quran. Istimewanya mereka hingga Allah menurunkan sebuah surah yang bersempena dengan mereka itu. Surah Al-Namal. Wah, Masya Allah! Bye-bye kawan-kawan!

Jumpa lagi!