Transcript for:
Pencemaran Kimia di Kampung Asli

Seramai 38 mangsa pencemaran bahan kimia di Kampung Orang Asli Pasir Intan dipindahkan ke Balai Raya Kampung Orang Asli Kampung Sayung Pinang, Kota Tinggi pada 6 September lalu. Ia melibatkan 10 keluarga dilakukan selepas mangsa mengalami sakit tekak, loya, pening kepala, pedih mata, muntah, sesak nafas dan demam. Tok Batin Kampung Orang Asli Pasir Intan Hamdan Yusof berkata, penduduk terutama warga emas dan kanak-kanak dipindahkan ke Balai Raya berkenaan kerana bimbang keadaan bertambah buruk. Menurutnya, pencemaran dikesan pada 4 September lalu dan usaha berkenaan dilakukan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri Dunpanti, H.H.H.Hashim selepas mangsa mendapat rawatan di Klinik Kesihatan. Jelas beliau bau yang kuat berpunca daripada pembuangan bahan kimia di Sungai Linggi dengan jarak 1.5 meter. 1km dari kampung mereka. Tambahnya pada hari kejadian, penduduk kampung menahan sebuah lori tangki yang membuang cecai hitam dipercayai bahan kimia di sungai dan itu merupakan kali ketiga pihak berkenaan berbuat demikian. Pemandu Dan Kelendan turut mengaku mengambil upah dari sebuah kilang di Sekudai untuk membuang bahan kimia di sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis. Beliau berharap Jabatan Alam Sekitar JAS dan pihak berkaitan segera mengambil tindakan sewajarnya. bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.