Transcript for:
Majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang

Nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri Selangor. Tuh ribuan buah bahasa Ramadhan Tuh ribuan buah bahasa Ramadhan Para hadirin dipersilakan duduk Terima kasih diucapkan kepada kumpulan kuaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas nyanyian iringan sebentar tadi. Tumbuh menyerlah di hujung muara, bunga kemboja dibuat jualan. Lafaz bismillah, pembuka bicara, ucapan alu-aluan saya mulakan. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam kita Selangor. Yang amat berhormat, Datuk Seri Amiruddin bin Syari, Datuk Menteri Besar Selangor. Yang berhormat, Tuan Lau Weng Dan, Speaker Kewangan Negeri Selangor. Yang berhormat, Datuk Dr. Ahmad Fazli bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Yang berhormat, Alamin Masri Mucuarat Kerajaan Negeri Selangor. Yang berusaha, Ketua-Ketua Jabatan dan Wakil Agensi. Yang berbahagia, Datuk dan Dan Paduka. Seterusnya, Wakil-Wakil Media, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Penjawat Awam Negeri Selangor yang dihormati sekalian. Bersyukur kehadir Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya. Kita diberikan kesihatan dan kesempatan untuk bersama-sama di auditorium ini bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor tahun 2024. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran yang amat berhormat Datuk Menteri Besar Selangor di dalam majlis ini. Mudah-mudahan dengan rahmatnya jua, majlis ini berjalan lancar hingga ke penghujungnya. Kepada Allah kita rafakkan, redalah insan kepada Tuhan. Berkatlah majlis kita aminkan, biarlah lancar kita usahakan. Hadirin yang dihormati sekalian, agar majlis kita mendapat keberkatan Allah SWT. Majlis dengan penuh takzim mempersilahkan Al-Fadhil Ustadz Abdul Wahid bin Ishaq. Penerangan Mufti Kewangan dari Pejabat Mufti Negeri Selangor bagi memimpin bacaan doa. Falyatafatthal Masri, dipersilakan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim Walhamdulillahirrabbilalamin Wassalatu wassalamu ala ashrafil anbiya wal mursalin wa ala alihi wa sahbihi ajma'in Allahumma ya tawabah, Allahumma ya ghaffar, ya Allah ya Tuhan kami, di pagi yang mulia ini kami menerah tangan dengan penuh rasa kehambaan dan keinsafan, memohon keampunan dan mağfirah daripadamu atas segala kesilapan dan kelelayan yang pernah kami lakukan. Demikian jua kepada kedua orang tua kami yang kami kasihi, guru-guru kami serta seluruh muslimin dan muslimat. Allahumma ya mudabbir al-akwan, ya Allah, ya arhamar rahimin. Bersempena Majelis Pimpunan Penjawab Awam dan pelancaran kempen Kibar Jalo Gemilang Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2024 yang akan disempurnakan oleh Yang Mabuhumat, Datuk Seri Amiruddin bin Syari, Datuk Masri Besar Selangor. Kami merafak tangan memohon agar dikuniakan kepada kami akal yang cerdas, tubuh badan yang sihat, serta keazaman yang tinggi. demi mencapai kejayaan dan kecemalangan seperti yang disasarkan dalam menyempurnakan tugas sebagai penjawat awam dan selaku khalifah di atas muka bumi ini. Allahumma Rabbana wa la tuhammilna ma la taqatala nabih Ya Allah, tetapkanlah belas kasih-Mu ke atas kami. Janganlah Engkau uji kami dengan cobaan berat yang tidak tertanggung seperti wabak penyakit yang merbahaya, bala bencana dan... musnahkan jiwa serta perpecahan yang akan menghacurkan negara Allahumma alih bayna qulubina wahdina subul ar-rashad Ya Allah kuniakanlah perpaduan dalam kalangan kami peliharlah kemerdekaan yang kami kecapi suburkanlah semangat cintakan negara dalam hati sanubari kami mampu menyambung mata rantai pejuang negara hancurkanlah perancangan musuh yang sentiasa ingin menggugat keamanan serta kurniakanlah keselamatan kepada kami, para pemimpin kami, dan seluruh rakyat di mana jua mereka berada. Rabbana alaika tawakkalna wa ilaika anabna wa ilaika almasir. Rabbana atina fi dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina azaban nar. Wa salallahu ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sahbihi wa baraka wasalam. Walhamdulillahi rabbil alamin. Alamin, amin ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustadz Abdul Wahid bin Ishaq atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Hadirin sekalian, seterusnya majlis menjemput Encik Rudian Syah bin Mahtar Hams, Pegawai Penerangan Daerah Petaling, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor bagi mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara. Untuk itu, para hadirin dimohon untuk berdiri. bagi sama-sama melafazkan ikrar rukun negara. Bawasannya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. Memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat adil, di mana kemakmuran negara akan dinikmati. bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak, membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi modern. Maka kami, rakyat Malaysia, beriklan! akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut. Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan. Hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih diucapkan kepada Encik Rudian bin Mahtar Hams atas mengutuai bacaan ikrar Rukun Negara sebentar tadi. Untuk makluman yang berhormat dan hadirin sekalian, majlis pada pagi ini juga turut disertai oleh penjawat awam Negeri Selangor secara atas talian. Dimohon kepada rakan-rakan di atas talian untuk melambaikan tangan Anda buat kami di sini. Terima kasih diucapkan. Dan sampan dulu-duluan, singgah berlabuh di Tanjung Jati. Ucapan sebagai satu pesanan, mari Tuan, sama-sama kita amati. Majlis kini dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilahkan yang amat berhormat Datuk Seri Amiruddin bin Syari, Datuk Menteri Besar Selangor, untuk menyampaikan ucapan kepada penjawat awam negeri Selangor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilahkan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia Medani dan salam kita Selangor Terima kasih pengacara majlis Bismillahirrahmanirrahim. Walhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ala asrafil anbiya wal mursalin. Wa ala alihi wa ashabihi rasulillahi ajmain. Rabbisrahli sadri. Yang berhormat Datuk Dr. Ahmad Fazli bin Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Yang berhormat-yang berhormat alih-alih Majelis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang berusaha barisan pimpinan agensi di kalangan pegawai-pegawai daerah Datuk Bandar yang dipertua pihak berkuasa tempatan, Ketua-Ketua Jabatan di peringkat Negeri Daerah, Ketua-Ketua Jabatan di peringkat Persekutuan, Bandar beruniform. Penjawat awam, tuan-tuan dan perempuan yang saya kasih sekalian Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat berkumpul pagi ini Untuk kita sama-sama berkumpul selaku penjawat awam Dalam amanat penjawat awam Negeri Selangor secara bulanan Dan pada hari ini sekaligus kita akan menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang tahun 2024 Peringkat Negeri Selangor Dikala kita sedang meniti beberapa hari menuju kepada tarikh keramat 31 Ogos yang menandakan sebagai hari kebangsaan ataupun hari kemerdekaan Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita rakam masa syukur. Kehadapan Allah SWT Yang terus menanugerahkan keamanan, kestabilan dan kemaamuran Di negeri dan juga negara kita Malaysia Walaupun kita berdepan dengan pelbagai cabaran-cabaran yang datang tanpa henti dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya. Namun begitu cabaran-cabaran tersebut telah berjaya kita hadapi dan lalui dengan berkesan. Selain daripada kita berdepan dengan cabaran ekonomi, kita berdepan dengan ketidaktentuan geopolitik yang memberikan kesan kepada harga barangan, kepada kedudukan inflasi, tentang bekalan dan juga supply chain. dan kedudukan ekonomi dalam negara dan rantau kita. Dalam pada masa yang sama kita turut berdepan dengan cabaran-cabaran alam semula jadi. Isu-isu yang melibatkan climate change ataupun isu-isu yang melibatkan tentang peningkatan kadar dan juga taraf dan juga tingkat air di sungai-sungai dan di laut kita telah mengakibatkan kitaran-kitaran cuaca yang ekstrim yang sekaligus memberikan cabaran-cabaran bahasa. yang bukan hanya akan berlaku pada masa depan, tapi telah pun kita hadapi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam pada masa yang sama, dengan pengembangan komunikasi dan alat komunikasi. Dalam negara dan dunia, kita dapat melihat bagaimana getaran dan perubahan yang berlaku dalam minat fikiran masyarakat dan rakyat di dunia dan juga di Malaysia, termasuk di negeri Selangor, berlaku dalam satu tempoh frekuensi yang sangat pantas. Kalau kita melihat pengalaman-pengalaman terdahulu, mereka dan rakyat di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara dan negeri kita, sentiasa berdepan. Ataupun sentiasa mengharapkan pandangan, penjelasan, serta pendirian daripada otoriti. Otoriti boleh ditarifkan sebagai kerajaan. Otoriti juga pernah ditarifkan sebagai penyelamat awam yang memegang tugasan selaku pegawai daerah. Ataupun orang-orang yang mempunyai tanggung jawab di peringkat daerah dan jabatan-jabatan. Namun begitu, Dengan perkembangan yang ada di sekiling kita pada hari ini, yang bukan berlaku satu hari, ia telah berlaku selama 5, 6, ataupun 7 tahun yang lepas. Dengan kepantasan komunikasi tersebut, telah menyediakan peluang-peluang dan alternatif-alternatif pandangan kepada mereka. Jadi pandangan otoriti tidak lagi dilihat sebagai pandangan muktamad, mereka selalu mempertikaikan dan kadangkala akan menimbulkan... huru hara ataupun keadaan yang kelam kabut kalau tidak diuruskan dengan cara berkemah ataupun diuruskan dengan cara yang betul. Dalam pada masa yang sama, kita turut berdepan dengan beberapa isu ketidakstabilan politik dalam tempoh beberapa tahun. Hanya selepas tahun 2022 lah, kita dapat melihat suasana politik dalam negara kita, terutama di peringkat persekutuan, dapat berlangsung dengan keadaan lebih lancar dan tanpa keadaan huru-hara ataupun keadaan tidak tentu sebagaimana yang dapat kita lihat di sepanjang tahun 2020 sampailah di tahun 2022. Sedara-sedari, tuan-tuan dan perempuan sekalian, walaupun dengan pelbagai cabaran-cabaran yang kita hadapi seperti itu, beberapa berita baik telah kita terima di peringkat negeri. Pada tahun ini ataupun pada tahun lepas, Selangor sebagai contoh telah mencatatkan Jumlah pelaburan domestik, jumlah pelancongan domestik yang paling tinggi di Malaysia dengan hampir atau hampir 6 juta pelancong-pelancong domestik yang datang di negeri Selangor dan berkunjung di negeri Selangor menunjukkan bahwa negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang tetap menjadi tarikan walau berdepan dengan cabaran-cabaran tertentu dengan jumlah populasi yang besar dan sebagainya. Dalam masa yang sama kita turut bergembira Karena dalam satu suku pertama saja tahun 2024, selangor telah mencatatkan jumlah pelaburan 12 bilion ringgit Malaysia dan ini merupakan sebahagian daripada sasaran besar yang kita letakkan yaitu sekitar 45 bilion sepanjang tahun 2024 ini dan dengan pipeline serta sasaran yang telah kita tetapkan, kita percaya kita boleh mencapai sasaran tersebut pada akhir tahun. 2024. Baru-baru ini Department of Statistics telah mengeluarkan beberapa kenyataan dan diantara kenyataan tersebut juga mencatatkan bahwa Selangor mencatatkan jumlah populasi yang besar. Dengan jumlah populasi kita telah mencecah 7.4 juta orang. Daripada itu beberapa penitilan dan perincian yang jelas mengambarkan kepada kemampuan dan keupayaan negeri. Antaranya kadar hayat rakyat. Kadar hayat rakyat telah meningkat lagi kepada 78 tahun. Saya masih ingat pada tahun 2008, kadar hayat rakyat dan warga Negeri Selangor pada ketika itu adalah pada berumur sekitar 65 hingga 68 tahun. Dengan beberapa langkah yang telah kita laksanakan, program ISS, program kesehatan, dan juga fasiliti kesehatan yang banyak di Negeri Selangor, Kita berjaya meningkatkan kadar hayat itu menunjukkan bahwa Selangor sebuah negeri yang bermampu beradaptasi dengan pertumbuhan dan juga perkembangan rakyat dan masyarakat pelubingan kaum dan agama. Dan paling penting, Department of Statistics juga telah mencatatkan satu angka yang sangat membanggakan. Apabila Selangor sekali lagi dianggap ataupun dinobatkan selaku johan dan juara. Apabila kita menyumbang ataupun sebagai penyumbang terbesar KDNK Nasri kepada 25.9% dengan nilaian dengan nilaian ekonomi melebihi 400 bilion ringgit Malaysia Lebih tepat, 406 bilion ringgit Malaysia. Dan kita merupakan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai kitaran ekonomi lebih daripada 400 bilion ringgit Malaysia. Sesedara-sedari, tuan-tuan dan perempuan yang saya kasih sekalian, sudah pasti berita-berita baik ini memberikan rasa gembira dan rasa selesa kepada kita. Dikala proses pemulihan Yang berlangsung di peringkat persekutuan telah menunjukkan angka-angka dan kadar-kadar yang meyakinkan. Selama lebih daripada 3 minggu saya kira, Bursa Kuala Lumpur ataupun BSKL telah mencatatkan jumlah mata lebih daripada 1.600 mata. Dan kadar 1.600 ini merupakan di antara kadar-kadar tertinggi. Malahan bursa kita dianggap di antara kadar bursa yang terbaik di rantau Asia Tenggara, di tempat kedudukan kedua, tidak silap saya, walaupun kita berdepan dengan suasana dan situasi politik yang tajam, dan juga bantahan-bantahan tertentu yang melibatkan dasar-dasar dan pendirian kerajaan. Berapa hari ini? Dan hari ini bila kita semak, sekali lagi kita lihat kadar tukaran ringgit dengan dolar. Orang selalu membandingkan... Ringgit dengan dolar, namun sebenarnya ringgit mempunyai kadar tukaran dan dibandingkan dengan uang-uang yang lain. Kalau dibandingkan dengan uang-uang yang lain, saya kira ringgit berada dalam kedudukan yang lebih kukuh di rantau ini. Kadar tukaran kita dengan Indonesia sebagai contoh, dua hari lepas untuk 1 juta rupiah, kadarnya ialah pada kadar 280 ringgit. Berbanding 300 ringgit pada tahun-tahun ataupun pada bulan-bulan sebelum ini. Ini bukan arahan untuk segera pergi ke Bandung atau Jakarta. Tapi nak beritahu bahwa uang kita makin kukuh. Dan kalau dapat lihat dengan kadarannya Amerika Syari pada hari ini. Kurang daripada 4 ringgit 50 sen. Ada 4 ringgit 49, 4 ringgit 42 sen. Dan ini sekaligus menggambarkan beberapa inisiatif. Yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan persekutuan dengan tema apa yang dipanggil sebagai kestabilan, sebagai asas untuk pentadbiran yang berkesan dan juga pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang kukuh dan ampuh telah menjalankan dan telah menampakkan hasil-hasil yang baik dan juga berkualitas. Sesuai dengan perkara tersebut, saya percaya inilah yang diputuskan oleh pihak kerajaan apabila telah mengumumkan bahwa tema hari kebangsaan pada tahun ini adalah Malaysia Madani ataupun Jiwa Merdeka. Malaysia Madani dan Jiwa Merdeka sebagai salah satu daripada asas untuk kita memperingati liku-liku perjalanan kerajaan, liku-liku perjalanan Malaysia sebagai sebuah pentadbiran, atau sebagai sebuah masyarakat dan juga sebagai Sebuah bangsa yang berkembang daripada situasi yang dianggap remeh dan kecil dengan size geografi dan populasi yang dianggap agak kecil berbanding dengan negara-negara besar yang mempunyai ratusan juta rakyat dalam negara dan tempat mereka. Yang dianggap mempunyai kerencaman yang sangat-sangat. Besar dan rencam di antara masyarakatnya yang berbilang kaum, yang dianggap tidak mempunyai pengalaman seawal kemerdekaan. Berdepan dengan cabaran isu kaum yang tajam beberapa tahun kemudian. Berdepan dengan cabaran kemelesetan ekonomi. Berdepan dengan krisis politik yang berpanjangan. Sampailah timbul keadaan hang parlimen dan sebagainya. Berdepan dengan situasi seperti pandemik, bencana, dan pelbagai perkara-perkara lain. Selain daripada efek dan juga kesan serantau dan juga isu-isu geopolitik yang telah memberikan kesan kepada kita, Alhamdulillah kita telah berada dalam track dan juga landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara yang makmur dan sebuah negara yang memayungi rakyatnya dengan pendekatan-pendekatan yang berkemah ataupun rahmah dalam pendirian dan pendekatan kerajaan. Namun begitu, kerajaan... Harus melaksanakan tindakan yang betul. Ia bukan hanya melaksanakan tindakan yang disukai. Tapi kadangkala kita terpaksa melaksanakan dan juga melakukan tindakan yang betul. Demi menjamin apa yang dipanggil kelestarian. ataupun situasi yang sustainable dalam pentadbiran, kedudukan, keuangan, maupun polisi-polisi yang kita laksanakan. Untuk menjadi populis adalah satu tindakan yang mudah. Untuk menjadi populis adalah satu pertindakan yang agak mudah dengan menjanjikan dan melaksanakan program-program yang memberikan ruang yang selesa dan juga kedudukan yang yang gembira bagi semua rakyat. Namun begitu, sebagai sebuah kerajaan dan petakbiran yang bertanggung jawab, kita harus menjanjikan dan kita harus menjamin apa yang dikatakan sebagai sustainability financial ataupun fiscal demi memastikan kita akan mampu berdepan ataupun menggunakan simpanan-simpanan kita pada hari ini dan juga pada masa lepas untuk berdepan dengan situasi yang tidak dijangkakan. Paling terbaru pengalaman kita di tahun 2020 sampai tahun 2022 ketika kita berdepan dengan pandemi COVID-19. Kita antara negeri di luar Sabah dan Sarawak. Saya kira kita adalah negeri di Malaysia dan juga di Semenanjung terutamanya yang berbelanja lebih daripada 1 bilion ringgit Malaysia. Selain daripada kita melaksanakan program-program stimulus package. Melaksanakan moratorium-moratorium tertentu, pemberian bakul makanan, pemberian sumbangan, memperkasa institusi dan juga fasiliti kesehatan pada ketika itu. Membiayai program-program dan juga pelaksanaan dasar kerajaan seperti PKP dan sebagainya. Membeli vaksin, kita berbelanja 1.1 bilion ringgit secara keseluruhan. Kalau pada ketika tersebut kita tidak mempunyai simpanan yang kukuh, apa yang dikatakan sebagai jaminan fiskal yang kukuh, dan sustainability fiscal planning yang tepat dan jitu, kita tidak akan mampu berdepan dengan situasi tersebut. Kebetulan di tahun 2021, kita berbelanja saja untuk pemberian dan sumbangan ketika banjir. Pemberian isi rumah, 1 ribu bagi setiap isi rumah yang terkesan. Berjumlah lebih 136 juta ringgit Malaysia. Dan sekali lagi kalau kita tidak mempunyai simpanan yang kukuh dengan perbelanjaan yang berhemah. Dan menumpukan perbelanjaan dengan cara yang betul. Atau yang dipanggil sebagai subsidi bersasar di peringkat federal pada hari ini. Kita tidak akan mencapai sasaran dan keupayaan melaksanakan hal-hal tersebut. Saudara-saudari, tuan-tuan dan perempuan yang saya kasih sekalian. Walaupun kita berdepan dengan berita-berita baik yang saya sebutkan satu persatu ataupun secara rambang di waktu ucapan awal ataupun di awal ucapan saya sebentar tadi namun begitu saya ingin ingatkan sekali lagi bahwa cabaran tidak akan berhenti datang malahan cabaran-cabaran itu kadang-kadang cabaran-cabaran unprecedented malahan cara cabaran yang kita hadapi itu mungkin cabaran dengan frekuensi dan gelombang yang lebih besar berbanding dengan cabaran-cabaran yang kita hadapi sebelum ini. Selepas dalam pada masa yang sama, kita juga telah menerima berita yang sangat baik dalam beberapa hari yang lepas apabila Selangor telah memasuki 5 buah negeri di Malaysia yang telah mencatatkan sebagai negeri pendapatan tinggi oleh World Bandar Malaysia. Kadar kita yang melebihi 14 ribu dolar Amerika Syari ataupun pada kadar 66 sehingga 67 bilion ataupun 67 ribu ringgit merupakan kadar yang dianggap sebagai kadar melepasi angka ambang ataupun melepasi merit untuk sebuah negeri yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Sudah pasti ini merupakan satu berita yang baik dan sasaran yang saya tawarkan khususnya dalam lima tawaran ketika pilihan raya umum yang lalu ataupun pilihan raya umum negeri yang lepas untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang berpendapatan tinggi menawarkan peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi telah mencapai satu sasaran yang lengkap daripada segi kadar purata Namun begitu, selepas ini, selepas kita dapat kadar purata tersebut, sudah pasti apa yang perlu kita cari dan perlu kita perkukuhkan. Ialah mengurangkan kesenjangan ataupun mengurangkan jarak diantara the lowest dengan the highest. Dua pendekatan yang kita boleh ambil sama ada meratakan, sebagaimana pendekatan-pendekatan untuk meratakan, ataupun pendekatan untuk meningkatkan. Saya lebih percaya pendekatan untuk memperkasakan. Sebab itu apabila kita laksanakan program-program kebajikan satu ketika dahulu. Yang orang kata Selangor ini makinlah lemah dah. Sebab apa? Sebab makin kuranglah kita beri. Sebenarnya orang tersebut dan cara pandang tersebut adalah cara pandangan kolot. Yang terperangkap dengan cara yang dahulu. Yang menganggap hanya pemberianlah yang menjadikan orang menjadi makmur dan bahagia. Sebaliknya di negeri ini, kita akan hanya memberi, pemberian itu harus tepat kepada mereka yang betul-betul lemah. Mereka yang betul-betul tidak berkeupayaan. Mereka yang betul-betul tidak mampu. Tapi bagi mereka yang mampu, sebagai kerajaan yang bertanggung jawab. Sekali lagi kalau popular yang dicari. Sekali lagi kalau kerja mudah yang nak dibuat sebagai pentadbir dan kerajaan, kita boleh beri. Kita boleh bagi. Tapi sebagai pentadbir dan pimpinan yang bertanggung jawab, tugas kita ialah memperkasakan. Ataupun memberdayakan rakyat. Pemberdayaan ini bukan satu langkah yang mudah. Sebab ia melibatkan perubahan sikap. Sebab ia melibatkan perubahan-perubahan tertentu yang harus dilakukan. Dan disinilah peran. Pentadbiran sama ada di peringkat penjawat awam dan juga di peringkat anak-anak buah kita di pelbagai peringkat dan lantikan-lantikan kita. Seperti ketua kampung dan ahli majlis, PEBS, wanita berdaya dan sebagainya. Berkeupayaan dan mampu untuk melakukan perubahan ini bersama-sama. Dan ini satu perkara yang besar yang kita dapat lakukan. Karena untuk terus menjadi sebuah negeri yang berpendapatan tinggi. Terus mampu berdepan dengan cabaran terkini, terus mampu menjadi penyumbang kepada KDNK terbesar. Perubahan sikap yang besar di kalangan cara dan pentadbiran itu harus digerakkan, di samping menggerakkan pemberdayaan dan pemberkasaan rakyat dalam erti kata mengubah pendekatan-pendekatan lama yang kolot ke arah pendekatan-pendekatan baru yang lebih adil, yang lebih saksama di samping. Kita juga mampu untuk memberdayakan rakyat kita, mengeluarkan mereka daripada ketidaktentuan, mengeluarkan mereka daripada kemiskinan, menjadikan mereka sebagai manusia yang boleh berfikiran dengan sehat dan waras dan memilih dengan cara berfikir yang waras, bukan ditentukan dengan propaganda dan ditentukan dengan sentimen kemarahan dan sebagainya. Inilah makna jiwa merdeka yang harus kita tanamkan. Jiwa merdeka bukan lagi dikongkong, dikawal, diikat dengan penjajah. Penjajah telah lama keluar daripada negara kita, lebih 60 tahun keluar. Malahan kita boleh menyaingi mereka dalam beberapa tahap dan waktu-waktu. Kita boleh menyaingi mereka dalam beberapa pencapaian. Tetapi jiwa merdeka yang harus ditanamkan demi memastikan negara kita terus berdaulat. Tanah air kita ini kembali menjadi sebuah tanah air yang makmur. Untuk semua, ialah dengan menanamkan rasa percaya kepada rakyatnya. Percaya bukan dengan hanya ikut orang. Bukan hanya melulu karena benci dan sentimen yang tidak pasti. Tapi percaya dengan akal yang sehat. Dengan jiwa yang murni. Dan asasnya apa? Asasnya ialah pendidikan. Asasnya apa? Asasnya ialah beri percerahan kepada rakyat. Sebab itu sebagai kerajaan, ramai orang tertanya kenapa Selangor......ada program-program seperti... Penterjemahan buku Kenapa kita menggali kitab-kitab lama Dalam festival turaf Kenapa kita anjurkan festival-festival Ataupun program-program Wacana yang agak kerap Karena kita faham Nak bangunkan negeri ini Nak bangunkan negara ini Nak jadikan kita sebagai sebuah negeri yang kukuh Dan bertamadun Bukan hanya dengan menjemput investor datang Bukan cari investor yang datang berbilion ringgit Bukan bagi peluang ekonomi kepada semua rakyat, tapi juga memperkasakan rakyat. Daripada aktiviti kebajikan kita, sampailah pendidikan kita, hinggalah aktiviti dan program rakyat kita. Niatnya, ataupun hasratnya, motifnya, ialah memperkasakan rakyat. Supaya mereka menjadi orang yang berfikiran mandiri dan bebas. Bukan bebas melulu dan liar. Tetapi dipandu dengan akal dan ilmu pengetahuan. Yang mampu untuk menjadikan kita sebagai bangsa negeri yang kuat. Asas-asas ini ada. Facility-nya ada, kemudahannya ada. Niat dan will ataupun iltizam kerajaan ada. Ia perlu harus disambut oleh rakyat. Nak disambut oleh rakyat. Penjawat awam, jentera kita di peringkat akar umbi, ketua kampung, ahli majlis, penggerak belia, wanita berdaya, dan segala yang kita ada, harus mempunyai kesatuan fikrah ini. Atau mempunyai kemampuan bersama-sama dengan kerajaan. Untuk menggalas tanggung jawab ini, dan apa yang kita lakukan yang kadangkala tidak populer, itu perlu. Macam kita kembali selaraskan air percuma suatu ketika dahulu. Hari ini ramai sebut. Tentang cukai pintu. Kenapa kita tarik balik semua. Ya, sebab kita nak bagi pada mereka yang perlu. Sebab kita nak perkasakan tivet kita. Sebab kita nak angkat program-program dan membangunkan kawasan-kawasan baru. Kalau kita hanya ikut dan kekalkan sedia ada. Di saat yang lain sedang berlumba untuk mengejar. Dan memastikan mereka mencatatkan keputusan yang lebih baik. Kita akan stagnan. Untuk mendapat satu lompatan kuantum. Ataupun kuantum lead. Padahal kita perlu membuat sesuatu yang daripada luar nalah. Sesuatu yang daripada luar kerangka dan luar kebiasaan. Dan hari ini sekali lagi saya menyuruh kepada semua. Untuk bersama-sama dengan apa yang dihasratkan oleh pihak kerajaan. Dan insyaAllah kita akan sentiasa bekerja dengan baik. Memberikan saranan-saranan kepada kita pentadbiran. Kaedah dan cara untuk mencapai sasaran yang telah dibuat. Sama ada sasaran itu daripada visi dan rangka seperti rancangan Selangor pertama ataupun program-program seperti program saringan kesehatan, rumpun Selangor, program di masjid, program di kuil, program di tempat, di lapangan, program kebajikan. Semuanya daripada perkara kecil sampai lah kerangka besar dengan hasrat ingin meneruskan kecemerlangan kita. Kecemerlangan ini akan jamin apa? Akan jamin kita tanamkan rakyat kita, warga kita, orang Selangor. Sebagai orang yang merdeka. Bukan merdeka daripada segi fisikal saja. Tapi fikirannya, jiwanya juga merdeka. Daripada kongkongan. Daripada kebodohan. Daripada kejahilan. Yang merosakkan dan membawa kemunduran. Kepada negara dan juga bangsa kita. Justru tanda kita mengibarkan bendera pada hari ini. Menyambut dengan rasa gembira hari kemerdekaan. Menyambut dengan rasa bangga. Karena kita telah. Tidak lagi dijajah dan mampu untuk berdiri dengan kaki sendiri. Ialah untuk memastikan tanah air kita, bumi kita, negara kita, bangsa kita, rakyat kita. Mampu, bangga dan boleh mencapai 100 tahun lagi ke depan. Sebagai bangsa yang merdeka dan sebagai bangsa yang merdeka ini tidak lain dan tidak bukan. Bendera yang kita kebarkan itu melambangkan jiwa merdeka yang harus kita tanamkan. Dalam hati, sanubari, rakyat. anak-anak kita, generasi pelapis masa depan dengan mencerahkan fikiran mereka, menjauhkan mereka daripada kejumudan ataupun taklit yang merosakkan dan membawa kemunduran kepada negara kita marilah kita kibarkan jalur gemilang, saya minta selepas ini semua pihak dapat bersama-sama kita nak jadikan sambutan sambutan hari kemerdekaan tahun ini sebagai sambutan yang jauh lebih baik Dari pada tahun-tahun sebelum ini, kita dengan angka-angka yang baik itu, saya rasa sangat baik untuk kita ajak rakyat dan dengan kibaran tersebut akan menandakan mereka bersama dengan kita dan menyambut sambutan itu bersama dengan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Saya minta pihak-pihak berkuasa tempatan terutamanya, keluarkan sedikit dana bagi pada alih-alih majelis untuk bagi bendera, 1 MPP 200 ke 300 keping, semua adun. Kita akan buat keputusan, keluarkan peruntukan bagi pada setiap kampung, bendera-bendera. Kita mahu setiap rumah, setiap tempat di Negeri Selangor ini dikibarkan dengan dua bendera kebanggaan kita. Bendera Jalur Gemilang, bendera Malaysia dan bendera Negeri Selangor sebagai tanda kita ada tekat dan ertizam menyemai jiwa merdeka. Terima kasih, selamat menyambut hari kemerdekaan dan bulan kemerdekaan. Selamat menyampai ataupun mengibarkan jalur gemilang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berhormat Datuk Media Besar Selangor atas ucapan yang telah disampaikan dan dimohon untuk kekal di atas pentas bagi acara seterusnya. Dijemput yang memperhormat Datuk Mendi Selangor bersama-sama yang berhormat Speaker Kewangan Negeri Selangor dan Pegawai Kewangan Negeri Selangor Bagi merasmikan Gimik Pelancaran Hari Integriti Tahun 2024 Yang amat berhormat Datuk Menteri Besar Selangor dimohon untuk meletakkan tangan di atas tab bagi menyempurnakan Gimik Pelancaran Dengan kiraan 3, 2, 1 Ayan Malaysia Ayan Malaysia Berikrar Untuk makluman hadirin sekalian, penganjuran sambutan Hari Integriti tahun 2024 ini adalah kerjasama dengan Unit Integriti Perbendaharaan Negeri Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Hadirin sekalian, seterusnya mari sama-sama kita tumpukan perhatian ke pentas utama bagi menyaksikan persembahan khas Pantun Merdeka yang akan disampaikan oleh Encik Muhammad Nazri bin Amiruddin dari Pejabat Tanah Galian Selangor. dan Puan Idayu Amimah binti Ibrahim dari unit perancang ekonomi negeri. Sama-sama kita saksikan. Assalamualaikum, selamat pagi. Yang amat menghormat Dato'Sri dan Diff-Diff kehormat. Apa kabar, Encik Nazri? Alhamdulillah, kabar baik, Puan Idayu. Oke, mari kita mulakan. Silakan. Baiklah. Bismillahirrahmanirrahim. Duduk bersimbang si anak dara, pemanis mulut makan halua, salam sembah pembuka bicara, selamat datang untuk semua. Terbang petang burung cemara, terbang sampai bukit mahkota. Izinkan kami mulakan acara, acara berpantun sempena merdeka. Menangkap ikan di Tanjung Sepat, cuaca panas terbakar muka. 31 Ogos, tarikh keramat, kita menyambut hari merdeka. Usai bertani, mandi di sumur, terus pulang membawa jerami. Negara merdeka, aman makmur, selangor teguh, stabil ekonomi. Pergi mendaki di Bukit Lanjan, tidak sedar terpijak lipan. Selangor terus memacu kemajuan, pacu ekonomi, tingkat kehidupan. Encik Nazri jaga-jaga ya, saya nak tanya soalan dani. Silakan. Bandar Syah Alam Ibu Negeri, Selangor terkenal negeri kaya. Andai Tuhan bijak bistari, apakah tema hari merdeka? Saya jawab ya. Silakan. Nampaknya kita jadi perhatian. MP dah sebut dah tadi, kita punya tema Hari Merdeka. Oleh karena saya bagi perhatian yang sepenuhnya tadi, saya jawab dengan cermat. Kelang di nobat bandaraya, terkenal juga bandar diraja. Tema Hari Merdeka Malaysia, Malaysia madani jiwa merdeka. Betul tepat sekali, kita teruskan Pergi memancing di bukit rotan, singgah jeram, beli kepah Malaysia madani, apa gerangan Puas difikir, puas ditingkah Saya jawab lagi ya Silahkan Hajat bertemu penghulu labu, buah tangan bawa rambutan, madani gabungan asal dan baru, tunjang kemajuan dan kemakmuran. Kita pergi ke gombak pula ya. Gombak daerah sempadan di timur masih terpelihara flora dan fauna. Malaysia berdaulat, kekal makmur. Berapa tahun gerangan merdeka? Ada yang keluarkan keleta? Sama-sama kita kira. Bandar terawal Petaling Jaya terkenal dengan perindustrian. 67 tahun Malaysia Merdeka, negara maju jadi impian. Ingat tuh kawan-kawan, 67 tahun. Membeli udang di Pekan Meru, dibawa sampai ke Kota Raja. Wahai Tuhan, saya keliru. Malaysia Merdeka, Jiwa Merdeka. Mencari pepahat di Pekan Tongkah, lalu dibeli oleh Paduka Latif. Malaysia Merdeka dari penjajah, Jiwa Merdeka elemen negatif. Saya teruskan soalan susah sikit ya Tuan Singgah di pekan asam jawa Singgah mencari tempat makan Penting pretrotrisma dan cinta negara Apa pula kata Tuan? Gembira bersiar ke api-api, terus menuju ke Tanjung Karang. Jika patriotisme kurang disemadi, bimbang sejarah kembali berulang. Sawah padi di panjang bedena, subur menghijau sumber rezeki. Ada apa dengan bendera dikibar sampai serata negeri? Makam diraja di Bukit Jugera, Masjid diraja di Pekan Rabah. Jalur gemilang semangat negara, dikibar bangga tanda merdeka. Dingkir terletak di balik tabir, kemajuan pesat di putrajaya. Jangan berkata, hanya di bibir, cintakan negara, apa buktinya? Kembara sampai ke Bukit Besar, sayang persalinan lupa dibawa. Perpustakaan budaya... Warisan bangsa bertahan hingga hujung nyawa. Bersama-sama kita ya. Pesat membangun daman sara jadi pemangkin ekonomi utara. Kata berpaduan teras utama. Adakah benar bagai dikata? Banyak lagi nih Encik Nasri, silahkan. Tak apa, saya jawab. Naik kereta ke Pandamaran, Di sungai Kandis, adik menanti. Jiwa merdeka, lambang kesepaduan, Negara maju, progresif, sudah pasti. Ini yang terakhir, Encik Nazri. Tak nak deram lama-lama. Tempat rekreasi jadi tumpuan, sungai jernih di hulu langan. Andai benar, kata Tuan, apakah harapan, apakah hasrat? Dengan harapan semua rakyat, saya wakilkan. Singgah sebentar di Batangkali, niat bermalam serta berehat. Malaysia maju aman harmoni, pemimpin hebat, adil berdaulat. Ikan merah dimasak kari, masak bersama di ulu tinggi. Selesai sudah, tugas diberi di lain masa bersua lagi. Sarat muatan atas bahasa. Pelabuhan kelang arah menghala Kalau tersilap tutur bicara Jemari disusun maaf dipinta Cantik sungguh bunga selase Tumbuh melata di mukim pasangan Kalungan budi, junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman Setia menanti tanpa jemur Nantikan Tuhan di seri putra Baliklah Tuhan membawa ilmu Binalah bangsa, bangunkan negara Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-67 Terima kasih Hadirin sekalian, seterusnya mari sama-sama kita saksikan taingan montaj khas Jiwa Merdeka. Video ini memaparkan makna Jiwa Merdeka yang dizahirkan oleh penjawat awam dan warga kerja di Negeri Selangor seiring dengan tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2024 yaitu Melisi Madani, Jiwa Merdeka. Sama-sama kita saksikan. Jiwa Merdeka membawa maksud yang mendalam bagi semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Selangor. Jiwa Merdeka bukan sekadar sambutan hari kemerdekaan. Ia adalah tanggung jawab kita untuk memastikan setiap individu merasa bertanggung jawab terhadap negara yang kita cintai ini. Masa kita nak mencapai kemerdekaan ke-67 ini, macam-macam pengorbanan yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita yang masih. Sebagai warga negara, sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang petrol. Kita seharusnya mempunyai satu keinginan untuk membawa perubahan kepada negara ke arah yang lebih baik. dilahirkan di sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Pada saya, Eritim Merdeka ini adalah supaya kita mempunyai semangat patriotisme dan kita memang akan mencintai negara kita dan kita mau melakukan segala yang terbaik dalam peranan dan tanggung jawab kita. Jua yang merdeka akan mempunyai sifat jati diri yang berani, setia dan berkeakinan diri agar hidup tenang dan damai. Mereka memang membanggakan kita orang Malaysia, kerja pun senang. apa kita buat semua bebas Saya bangga sebagai anak Malaysia Saya rasa jiwa Merdeka ialah saling menghormati tentang satu sama lain Jiwa Merdeka itu adalah menghargai kemerdekaan negara jiwa petrosimal dalam diri semangat cinta negara yang tersemak dalam diri kita sendiri Jiwa Merdeka bebas dari pemikiran negatif Saya sebagai rakyat Malaysia Saya berasa bangga hidup dalam negara ini yang berbilang kaum yang aman damai. Kita terus membina semangat jiwa merdeka di kalangan penjawat awam agar kita sama-sama dapat mendukung semangat cintakan negara demi kemerdekaan yang kita junjung selama ini. Kita raikan kemerdekaan dengan menyemai dan meningkatkan semangat jiwa merdeka kita demi kejayaan negara dan bangsa kita bersama. Merdeka, merdeka, merdeka. Hadirin sekalian, montaj hasil merdeka itu tadi disediakan dengan kerjasama tiga bahagian yaitu bahagian pengurusan maklumat, bahagian hikmat pengurusan dan bahagian koprat. Hadirin sekalian pada tanggal 31 Ogos 2024, negara kita akan menyambut hari kemerdekaan untuk kali ke-67. Untuk itu, dengan segala hormatnya, dijemput yang amat berhormat Dato'Menteri Besar Selangor, bersama-sama yang berhormat Seri Kewangan Negeri Selangor dan Pegawai Kewangan Negeri Selangor bagi menyempurnakan pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang. Peringkat Negeri Selangor tahun 2024. Yang amat berhormat Datuk Menteri Besar Selangor dimohon untuk meletakkan tangan di atas baza bagi pelancaran gimmick perasmian. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Dengan kiraan 3, 2, 1. Terima kasih. Hadirin sekalian untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme Majlis akan diteruskan dengan penyerahan jalur gemilang yang akan diserahkan oleh yang amat berhormat Datuk Menteri Besar Selangor Untuk itu dipersilakan Yang berbahagia Datuk Muhammad Yazid bin Hadirin Timbalan Sitius Kerajaan Pengurusan Seterusnya dipersilakan Majlis Bandaraya Syah Alam Seterusnya dipersilakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya Seterusnya dipersilakan Majlis Bandaraya Subang Jaya Seterusnya dipersilakan Majlis Bandaraya Diraja Kelang Seterusnya dipersilakan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. Seterusnya dipersilakan Pejabat Daerah dan Tanah Kelang. Seterusnya dipersilakan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Seterusnya dipersilakan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Yang. Seterusnya dipersilakan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang Seterusnya dipersilakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Yang Seterusnya dipersilakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor Seterusnya dipersilakan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor Seterusnya dipersilakan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam Seterusnya dipersilakan Majlis Perpandaran Kajang Seterusnya dipersilakan Majlis Perbandaran Selayang Seterusnya dipersilakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya Seterusnya dipersilakan Majlis Perbandaran Sepang Seterusnya dipersilakan Majlis Perbandaran Kuala Langat Seterusnya dipersilakan Majlis Perbandaran Kuala Selangor Seterusnya dipersilakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor Dan dipersilakan Majlis Daerah Sabak Bernam Malaysia, saya anak Malaysia, saya anak Malaysia Dipersilakan kepada semua Datuk Bandar, Pegawai Daerah dan yang diputuh pihak berkuasa tempatan untuk bergambar bersama-sama yang amat berhormat Datuk Menteri Besar Selangor 19.57, bulan kita menang Hadirin sekalian, ayuh bangun dan sama-sama kita nyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat diiringi oleh kumpulan kuaya pejabat setiusnya Kerajaan Negeri Selangor dan pembawa bendera dari perbadanan adat dan warisan Negeri Selangor. Semangat wajah, sepulih pertiah, telah selanjut, jiwa berdekat Indonesia itu suatu warga menjaga kebersamaan Indonesia Semangat wajar, putihmu bersebut di pekerti, Budi berdaulat, ayung negara, Dirupa paduan kami semua, Musa dunia dan... Di persilakan yang amat berhormat Datuk Menteri Besar Selangor dan Div Div Kehormat ke bawah bagi sesi fotografi bersama penjawat awam Negeri Selangor. Dan dimohon kepada semua untuk bangun dan bergerak ke ruangan tengah bagi sesi bergambar. Kepada rakan-rakan media boleh mengambil tempat di atas pentas bagi sesi bergambar. Di persilakan. Kepada semua penjawab awam negeri Selangor untuk bergerak ke ruangan tengah bagi sesi bergambar bersama-sama Yang amat berhormat Datuk Menteri Besar Selangor Dimohon kepada rakan-rakan media boleh mengambil tempat di atas pentas bagi sesi bergambar, dipersilakan Kepada penjawab negeri Selangor dimohon untuk bergerak ke ruangan tengah di sebelah atas dan juga bawah Tuan-tuan dan Puan, kibarkan bendera Tuan-tuan dan Puan Kibarkan bendera Tuan-tuan dan Puan Apabila saya sebut kita, Tuan-tuan sebut Selangor, boleh? Kita, kita, kita Kau menemukanlah airku Ku Malaysia Malaysia, ku bertahan dan sepanjang Malaysia Selamat datang semua, ini masyarakat Selamat datang semua, ini masyarakat Dari mana asalnya usaha diusul Boleh budinya menambat hati Dua tiga bicara salah tersasuk Jangan dibawa ke dalam hati Akhir kata pagi-pagi merauh diri Insya Allah di lain masa kita bersua lagi Saya Muhammad Wahid bin Masri Mohon mengundurkan diri Sekian wa bilahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh