Transcript for:
Penghayatan Etika dan Peradaban di Malaysia

Intro Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Selamat datang ke kursus Penghayatan Etika dan Peradaban Etika mulia tunjang budaya, peradaban dijaga setiap masa Dalam acuan Malaysia tercinta, harmoni tercapai, bangsa sejahtera Jadi topik pada hari ini adalah pengenalan perhayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Berikut adalah isi kandungan bagi topik satu iaitu merangkumi enam bahagian. Ini pula merupakan hasil pembelajaran kuliah. Ianya merangkumi, menjelaskan kerangka pemikiran perhayatan etika dan peradaban dan yang kedua adalah menganalisis etika dan peradaban dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara. Para pelajar, sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, saya akan terangkan sinopsis bagi bab ini. Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap perhayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah. Struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut acuan Malaysia, iaitu berdasarkan susun masa evolusi sejarahnya, termasuklah prakolonia, kolonia dan pasca kolonia. Kedua-dua bentuk seperti etika tradisional dan modern telah tergarap dalam era pasca kolonia yang pula tersulam dalam acuan Malaysia, berdengkanan kepada penghayatan Mengundang kita untuk mengupas secara terfokus terhadap idea, proses dan praktis etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia dulu dan sekarang. Jadi inilah kekuatan kursus penghayatan etika dan peradaban. Para pelajar sekalian, pada bahagian 1, kita akan kupas berkenaan pengenalan penghayatan etika dan peradaban. Sebagai pengenalan, topik ini penting untuk kita sama-sama memahami etika iaitu pembentukan berasaskan susul masa. Ini merangkumi prakolonial iaitu tradisional, kolonial iaitu modern dan pasca kolonial iaitu gabungan antara tradisional dan modern. Selain itu, kita juga sama-sama menghayati etika dan peradaban acuan Malaysia. Di bahagian dua pula, para pelajar akan meneliti definisi dan kepentingan penghayatan etika dan peradaban. Jom kita lihat definisi-definisi yang perlu difahami. Pertama ialah adab. Apa itu adab? Adab ialah budi peketi yang halus, lingkah laku yang baik dan berbudi bahasa. Kemudian kita pergi kepada beradab. Beradab ialah merujuk kepada baik budi bahasanya seperti sopan. Orang yang beradab tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata. Kemudian kita pergi kepada adab resam iaitu merujuk kebiasaan kepada sesuatu kaum dan diwarisi secara turun-temurun. Kemudian kita pergi kepada adab istiadat iaitu peraturan yang tertib diamalkan dalam majlis rasmi yang melibatkan susun atur protokol yang tinggi. Dan yang terakhir adalah apakah itu peradaban? Peradaban adalah sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa. Kemudian kita sambung bahagian definisi dengan merungkai maksud etika. Etika berasal daripada perkataan ethics dalam bahasa Inggeris ataupun ethos dalam bahasa Yunani. Etika merujuk kepada prinsip moral atau nilai-nilai akhlak iaitu adat sompas hantun yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Etika juga merupakan satu standar menyeluruh mengenai benar ataupun salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik. Kemudian kita pergi kepada etos. Etos merupakan satu sistem nilai sesebuah masyarakat, sifat ciri sesuatu masyarakat. ataupun komuniti, bangsa, budaya ataupun era. Ethos merupakan usaha untuk membangunkan bangsa berdasarkan latar individu. Keluarga dan komuniti pelbagai serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa. Secara rumusnya, ethos merujuk kepada ciri sesuatu bangsa yang merangkumi identiti dan jati diri seseorang. Kemudian yang terakhir adalah etiket iaitu merujuk kepada peraturan dan tingkah laku. dan sopan dalam kehidupan sosial atau profesyen tertentu. Etiket adalah istilah modern seumpama adat istiadat. Etika dan peradaban di Malaysia ini merangkumi pertama persekitaran geofisikal iaitu melibatkan laut, daratan serta gunung. Kemudian yang kedua adalah masyarakat dan demografinya. Ketiga adalah ekonomi dan pasaran. Ini melibatkan sara diri, tukar barang dan perdagangan. Dan yang terakhir adalah falsafah dan pemikiran iaitu sama ada tradisional atau moderniti. Kenapa etika dan peradaban penting? Ini penting adalah untuk menjadikan masyarakat kita lebih mengenali dan memahami tentang asal-usul, adab, adat-istiadat, Adat resam masyarakat multi-etnik di Malaysia yang telah diwarisi secara turun-temurun. Yang kedua, untuk kita sama-sama menghayati etika dan peradaban yang telah kita sulam dan adaptasi dari wilayah alam Melayu yang lain dan juga zaman penjajahan yang dilalui oleh negara kita. Selain itu, ini adalah penting untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang berkeperibadian tinggi, saling menghormati, hidup harmoni dan juga membina negara bangsa.