Transcript for:
Sejarah Malayan Union dan Bantahan Rakyat

Hello everyone, welcome back to Sejarah Tingkatan 4, Bab 4. Dalam Bab 3, kita belajar tentang Perang Dunia Pertama dan Kedua. Di Tanah Melayu, Jepun dikalahkan tapi sebelum British balik ke Tanah Melayu, Parti Komunis Melayu cuba mengambil alih pemerintahan. Bab 4 adalah sambungan selepas peristiwa Bab 3. Selepas British balik ke Tanah Melayu, British Military Administration bermula. iaitu pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten. BMA ada dua tugas di tanah Melayu. Yang pertama adalah untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan. Cuba bayangkan, apakah keadaan tanah Melayu selepas berlaku perang? Mestilah negara kita dalam keadaan huru-hara. Oleh itu, BMA membubarkan pasukan MPAJA dan cuba mengumpulkan sebarang pasukan. semula senjata yang diberikan kepada MPAJA semasa pendudukan Jepun tetapi gagal. BMA juga gagal membanteras kegiatan jenayah dan masalah ketegangan kaum. Yang kedua adalah untuk memulihkan kepercayaan rakyat. Selepas perang, tentulah rakyat akan mengalami kesukaran hidup seperti kekurangan bekalan makanan dan wabak penyakit. Rakyat juga tidak mempunyai wang. Akibatnya, BMA berusaha untuk memulihkan infrastruktur akibat bencana peperangan. BMA juga berusaha memulihkan ladang getah, lombong bijetima dan membaiki kemudahan kesihatan yang dimusnahkan oleh tentera Jepun. Namun begitu, BMA gagal menangangi masalah rakyat Tanah Melayu. Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi mengantikan Beritakan BMA, British berhasrat agar Malayan Union akan melicinkan sistem pentadbiran, meningkatkan pelaburan ekonomi, mengukurkan pertahanan dan mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja. Apakah ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union? Terdapat empat ciri-ciri utama. Yang pertama adalah kesatuan. Negeri-negeri Melayu bersekutu, tidak bersekutu dan selat. kecuali Singapura disatukan. Yang kedua adalah Ketua Pentadbir. Malayan Union diketuai oleh Gubernur British yang dilantik oleh Raja England. Yang ketiga adalah Raja-Raja Melayu. Sultan menjadi Ali Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Yang keempat adalah Kewaga Negaraan. Kewaga Negaraan diberikan melalui prinsip justi. Seluruh rakyat yang dilahirkan di tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai waga Malayan Union. Mereka yang berumur 18 dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun diberikan ke waga negaraan. Daripada empat ciri-ciri ini, kamu boleh tengok mengapakah rakyat Malaysia sangat marah dengan Malayan Union. Raja-raja hilang kuasa. Tanah Melayu dikotai oleh orang British dan kewaga negaraan diberikan dengan mudah. Jadi, mengapakah Raja-Raja Melayu bersetuju untuk melaksanakan Malayan Union? British menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu. Sebelum Sir Harold McMichael mendapatkan persetujuan, Tandatangan Sultan H.C. Whelan menghadap Raja-Raja Melayu untuk meninjau Sokongan Raja-Raja Melayu Terhadap British Dalam laporannya, H.C. Whelan Mempunyai keyakinan tinggi Bahawa Raja-Raja Melayu Akan menandatangani Perjanjian Malayan Union Selepas itu, McMichael Dengan menaiki kapalnya Royalist, tiba di Port Sweetenham, Selangor Beliau ditemani oleh A.T. Newbock sebagai jurubahasa. Mick Michael berjaya mendapatkan tanda tangan persetujuan sembilan orang Raja-Raja Melayu dalam tempoh dua bulan. Walau bagaimanapun, Willen... dan McMichael berjaya menyelesaikan misi mereka kerana menggunakan desakan dan paksaan. Jadi, apakah reaksi penduduk tempatan terhadap Malayan Union? Mestilah Raja-Raja Melayu menentang tentang Malayan Union. Terdapat pelbagai cara bantahan Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England. Menurut sistem perundangan British, McMichael mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja Melayu dengan cara tidak sah. Sultan Kedah, Perak dan Johor mengutus surat bantahan kepada George Henry Hall mendakwa baginda diperdaya oleh McMichael. Raja-Raja Melayu menyokong Kongres Melayu. Kongres ini diadakan untuk mencari menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak Malayan Union. Pemaisuri Perak memimpin gerakan menentang Malayan Union. Terdapat perhimpunan besar-besaran di Padang Bandar di Raja Kuala Kangsa. Melayu memulaukan upacara pelantikan Gabenor. Dato' On Jaffa mempersembahkan resolusi Kongres Melayu iaitu memohon Raja-Raja Melayu supaya bersama-sama dengan rakyat memboykot upacara pelantikan Gabenor Malayan Union. Rakyat Tanah Melayu juga menentang Malayan Union. Terdapat enam cara rakyat Tanah Melayu menentang Malayan Union. Yang pertama adalah bantahan akhbar Melayu. Pada zaman peserta tiada Facebook, Instagram atau Twitter. Jadi, akhbar merupakan medium untuk menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menolak Malayan Union. Akhbar seperti utusan Melayu, majlis dan watak negara menyuarakan bantahan dengan keras. Yang kedua adalah bantahan oleh cendekiawan. Terdapat pemimpin Melayu seperti Dato' Onjafar, Dato' Nik Ahmad Kamil, Zabar dan lainnya. dan lain-lain yang mengerakkan orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Terdapat juga bantahan oleh tokoh wanita seperti Cikgu Zahara Abdullah dan Halimaton Abdul Majid. Mereka merupakan benteng barisan hadapan menentang Malayan Union. Yang ketiga adalah bantahan oleh pelbagai persatuan Melayu. Contohnya, Sarikat Bekerjasama Amsaiburi, Persatuan Melayu Kedah, Perikatan Melayu Perak dan lain-lain berjaya menghimpungkan orang Melayu dari seluruh negara untuk membantah Malayan Union. Yang keempat adalah bantahan di negeri Kelantan, Kedah dan Johor. Di Kelantan, seramai 10,000 orang berhimpun di Kota Baru semasa Meg Michael datang untuk mendapatkan tanda tangan Sultan. Di Kedah, ribuan orang Melayu Kedah telah berarak di Aloseta menentang Malayan Union. Perarakan ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kedah, Saberkas, Kesatuan Ulama Kedah dan Persatuan Melayu Kedah. Di Johor, Lembaga Kesatuan Melayu Johor melancarkan gerakan menentang Malayan Union. Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dibawah pimpinan Dato' Onjafa berhimpun menentang Malayan Union. Seramai 20,000 orang Melayu berhimpun di Bandar Batu Pahat. Yang kelima, rakyat tanah Melayu mengadakan Kongres Melayu. Pemimpin dan cendekiawan Melayu pada peringkat negeri bersetuju untuk menganjurkan Kongres Melayu. Kongres Melayu diadakan di bangunan Klub Sultan Sulaiman Kampung Baru. 41 buah pertubuhan Melayu mengantar wakil-wakil masing-masing untuk menghadiri Kongres ini. Kongres ini bersetuju untuk menubuhkan UMNO untuk menentang Melayu. Union. Kongres Melayu turut diadakan di Johor Baru. Melalui Kongres ini, UMNO ditubuhkan di Istana Johor. UMNO melaksanakan beberapa perkara penting untuk memajukan orang Melayu. Akhirnya, UMNO menganjurkan bantahan secara besar-besaran. Contohnya, di Alostar, ribuan orang ramai memenuhi tebing jalan raya dari titi Bumbung 5 hingga Bandar Alostar. Di Ipoh, Ipoh, orang ramai berhimpun di Pekan Ahad, Jalan Datuk membawa sepanduk kami berkehendak ngawangan bukan penaklukan serta laungan hidup Melayu. Di Seremban, orang ramai berbaris panjang di Jalan Istana dengan membawa sepanduk bertulis kekalkan takta Kerajaan Raja-Raja Melayu dan McMichael ialah imperialis. Di Padang Francis Light School, rapat umum diadakan. Mereka membawa sepanduk berkumpul ke Kerajaan Raja Melayu dan McMichael ialah imperialis. bertulis humbangkan perjanjian McMichael. Di kampung baru Kuala Lumpur, ucapan pemimpin Melayu membantah Malayan Union menyambut kedatangan Gaman dan Rhys Williams di Padang Kelab Sutan Sulaiman. Akhirnya di Klang, orang Melayu berhimpun di Padang dan perkarangan Istana Alam Shah untuk membantah Malayan Union. Itulah peristiwa yang berlaku di tanah Melayu selepas British kembali. Tetapi, apakah keadaan di Sarawak dan Sabah. Kita akan belajar in the next video. Kalau video ini menolong kamu memahami sejarah, tolong like, subscribe and share. See you guys in part 2.