Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian. Baik, pada kali ini saya ingin mengulas berkaitan dengan satu isu yang bagi saya sangat besar dan amat-amat membimbangkan iaitu tuduhan kafir harbi kepada salah satu parti yang ada di Malaysia. Kita sedang menghadapi dan sedang berlangsung kempen di Pihahan Raya Kecil Dun Nenggiri.
Apabila dilaksanakan di sana, berlaku pertembungan di antara dua parti, satu lawan satu. di antara UMNO Barisan Nasional dan juga Bersatu Perikatan Nasional. Dan apa yang berlaku?
Beberapa hari yang lalu kita dapati bahawa ada seorang penceramah yang juga dikatakan adalah pengacara majlis telah menyebutkan nama Adun Rembia Dato'Jailani Khamis dengan menyatakan bahawa ingin mengulangi apa yang beliau katakan berkaitan dengan DAP sebagai sebuah parti kafir harbi. Hal ini amat besar. Kerana beliau kaitkan bahawa DAP akan menguasai Malaysia, maka undi UMNO akan memberikan kelebihan kepada DAP dan itu akan membiarkan kafir harbi menguasai Malaysia pada ketika ini. Saudara-saudara, sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian, apa implikasi daripada perkara ini? Saya ingin sebutkan bahawa kafir harbi mempunyai makna yang cukup berat di dalam kesarjanaan Islam kerana perkataan harbi itu adalah perkataan yang merujuk kepada harbon.
Perang. Sebab itu, apabila dikatakan kepada harb ataupun perang itu, maka kesabjanaan Islam dalam mana-mana kitab sekalipun akan menyebutkan Ibahatuddimai walmali. Dihalalkan, dibenarkan untuk dirampas harta mereka, bahkan untuk ditumpahkan darah mereka. Maka, ini persoalan yang besar. Di mana apabila penceramah tersebut memetik nama Adun Rembia, Bahkan berada di dalam kempen pilihan raya kecil yang mewakili PAS menuduh orang lain sebagai kafir harbi.
Kerana bagi saya, apabila kita melihat dalam konteks Malaysia, dengan kita mempunyai perlembagaan persekutuan, kafir harbi itu tidak muncul. Ia muncul adalah kafir dhimmi ataupun kafir mu'ahad ataupun keluarga negaraan sesama kita. Maka selama mana? Ia seseorang itu yang berbuat kesilapan, mampu untuk ditakdipkan, didisiplinkan melalui undang-undang negara dan kemudian boleh untuk didakwa dan boleh untuk dihukum melalui mahkamah. Mereka tidak boleh dianggap sebagai harbi.
Bahkan, kalau kita melihat kepada apa yang ada di dalam komposisi yang ada di dalam parti DAP itu sendiri. Saya tidak untuk memberikan ataupun membela. parti DAP kerana tak semua kita perlu untuk bersetuju dengan DAP.
Tetapi untuk berbeza pandangan. Sehingga memberikan pelabelan bahawa mereka ala Harbi ini sangat berat kerana mempunyai implikasi undang-undang dan keselamatan negara. Kerana apa? Kita dah sebutkan di beberapa waktu yang lalu bahawa Harbi itu merujuk kepada perang. Bahkan tak kala dipanggil orang ataupun ahli ataupun parti DAP.
Maka adakah mereka ini? ingin memanggil ataupun ingin mengatakan bahawa mereka itu layak diperangi, layak untuk dibunuh dan layak untuk dirampas hartanya. Ini persoalan yang gagal dijawab oleh PAS dan juga oleh pengarah operasi Perikatan Nasional Tan Sri Anwar Musa.
Kerana Tan Sri Anwar Musa memberikan komentar bahawa pihak tersebut ataupun watak dan individu tersebut digantung selama tiga hari kerana silap bercakap. Tuan-tuan dan sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian, ini bukan isu silap tercakap. Ini adalah apa yang datang daripada hati dan minda penceramah tersebut dan ianya dipersetujui oleh sebilangan daripada mereka. Apabila dibandingkan dengan kenyataan ataupun ketersilap sebut oleh yang amat berhormat Timbalan Perikatan Menteri Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam perhimpunan Falestin beberapa waktu yang lalu, persoalannya yang diangkat oleh Tan Sri Anwar Musa, beliau menyatakan timbalan Perikatan Menteri itu kekal menjadi timbalan Perikatan Menteri dan kekal berada pada jawatannya. Tan Sri Anwar Musa, saya ingin berikan ingatan dan juga mungkin menyegarkan ingatan Tan Sri.
Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah pun meminta maaf dan menjelaskan bahawa itu adalah kesilapan. Sampai pada hari ini... Saya ingin ingatkan Tan Sri, kalian tidak meminta maaf, kalian tidak menarik balik kenyataan tersebut dan hanya kerana menyatakan kenyataan itu adalah sedikit keras.
Maka ini dua perkataan berbeza ataupun dua keadaan berbeza yang kita panggil sebagai Qiyas Fasid. Qiyas yang rosak sama sekali untuk disamakan. Baik, di dalam parti DAP itu sendiri, dengan sama ada kita mahu setuju ataupun kita tidak mahu setuju, saya ingin katakan bahawa ya, majoriti daripada mereka adalah bukan beragama Islam ataupun kafir. Namun, di dalam waktu yang sama, mereka bukan hardi. Mereka adalah mu'ahad ataupun dhimi.
Itu yang pertama. Kedua, di dalam parti DAP itu juga, ada watak-watak, ada individu, ada pemimpin, ada ahli parlimen, ada ahli Dewan Undangan Negeri yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Ini yang menyebabkan persoalan seterusnya. Adakah penceramah tersebut, adakah mereka yang berada di situ, adakah apa yang dianggap ataupun menjadi pendirian Perikatan Nasional ataupun PAS bahawa orang-orang Melayu Islam yang ada dalam DAP itu telah pun menjadi kafir.
Itu bukan isu kafir yang kecik-kecik. Ialah kafir harbi. Kafir harbi.
Maka, persoalan seterus yang saya ingin angkat dan menarik perhatian rakan-rakan teman-teman sekalian adalah apa yang menjadi definisi yang menyebabkan PAS ataupun Perikatan Nasional ataupun kepada penceramah-penceramah Yang sedang seronok dan bersemangat di PRK Negeri ini sehingga melabelkan DAP itu sebagai kafir harbi. Kerana dia menolak Islam. Kerana dia itu tidak setuju dengan agenda-agenda Melayu-Islam. Mari saya menyegarkan ingatan kalian kepada apa yang berlaku kepada gerakan yang merupakan komponen kepada Perikatan Nasional.
Pada 24 April 2014. 24 April 2014. Notis tindakan undang-undang yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Gerakan menolak pelaksanaan dan juga perancangan untuk melaksanakan hudud di negeri Kelantan. Dan secara rasmi, pada 8 Mei 2015, ia telah pun difailkan di mahkamah. Dan kemudian pada tahun 2019, tidak jauh ataupun tidak lama sebelum daripada ini, iaitu Presiden Gerakan yang pada hari ini di dalam Majlis Presiden Perikatan Nasional, iaitu Dominic Lau.
telah pun membantah secara tegas dan lugas pelaksanaan dan juga pengajaran Jawi di sekolah-sekolah termasuk di sekolah jenis kebangsaan Cina. Dan kemudian yang terbaru pada 11 Julai 2024, Ketua Penerangan PAS yang berhormat Ustaz Fasid Sha'ari telah membidas timbalan Presiden Gerakan kerana telah membantah pelaksanaan dan keputusan Kerajaan Negeri Kedah untuk menutup premis-premis judi di Negeri Kedah bermula daripada Januari. 2024. Adakah ini tidak cukup memenuhi kriteria harbi yang kalian berikan kepada DAP?
Kalau UMNO itu dianggap sebagai bersekongkol dengan DAP, harbi untuk menguasai Malaysia, apa bezanya dengan gerakan yang telahpun melakukan perkara dan juga mempunyai pendirian yang sama dengan DAP seperti yang kalian dakwakan? Saya ingin memberikan ingatan. Sama ada di dalam PRK Dunenggiri ini ataupun mana-mana untuk Sampai kepada PRU yang ke-16 beberapa tahun nanti.
Sudah-sudahlah kita bermain dengan sentimen dan juga menggunakan sampai kepada kafir-mengkafir ini. Ianya dinafikan oleh sebahagian pimpinan pembangkang. Tetapi itu adalah apa yang wujud di dalam kata-kata, dalam perbincangan WhatsApp, di media sosial dan itu telah pun terpacul daripada sebahagian di kalangan penceramah di PRK Dun Negeri tahun 2020. ini, 2024 pada bulan Ogos ini. Sahabat-sahabat, teman-teman yang saya hormati sekalian.
Pertembungan yang ada di PRK Dunenggiri adalah di antara calon Melayu Islam UMNO Barisan Nasional dan PAS Perikatan Nasional juga Melayu Islam di Parlimen Gua Musang di bawah Parlimen Gua Musang di Dunenggiri. Ini bukan pertembungan di antara Muslim dan bukan Islam. Amat pelik apabila isu ini diangkat dan sepatutnya PAS berada pada kubu yang cukup kuat di negeri Kelantan. Angkatlah apa-apa kejayaan, kalau itu dianggap sebagai kejayaan, yang berada di negeri Kelantan.
Dan kenapa perlu untuk tarik? Kerana kita boleh faham isu-isu berkaitan dengan agama dan bangsa dan juga sentimen-sentimen ini lebih seksi untuk dijual dan lebih mudah untuk ditarik perhatian orang Melayu-Islam. Dan inilah yang perlu kita lawan sama-sama dan ini memberikan kesan kepada keselamatan.
teman-teman dan sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian. Kenapa? Bayangkan ada satu orang yang tidak ada pebunyai pertimbangan yang baik. Dia mendengar ucapan tersebut. Wujudnya seorang kafir harbi ataupun beberapa orang kafir harbi ataupun suatu parti kafir harbi dan ialah perkataan harbi yang dibenarkan oleh kesarjanaan Islam untuk dibunuh, dirampas hartanya dan dia keluar dan dia mencari adun-adun tersebut ataupun ahli parlimen tersebut sama ada Muslim ataupun bukan Islam dan diambil tindakan...
sehingga kepada kehilangan nyawa ataupun dicederakan Dan ini bukan isu yang kecil dan enteng untuk dibiarkan sahaja. Maka saya konsisten beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa setiap kali digunakan isu kafir-mengkafir ini, dilabelkan. Saya tahu ini adalah satu produk ataupun satu modus operandi untuk menarik perhatian, menarik undi.
Tetapi, kalian telah pun membawa negara ini kepada satu tempat. ataupun satu ruang kehancuran yang lebih besar hanya kerana politik kepartian dengan menjustifikasikan tindakan-tindakan yang sangat-sangat menakutkan ini. Ingatan saya, seruan saya, kita perlu lawan dan hentikan penggunaan agama secara melampau ekstrim dan radikal ini. Dan insyaAllah saya tidak akan berhenti selagi mereka menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan. politik secara melampau.
Wallahualam terima kasih. Kita jumpa lagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.