Transcript for:
Sistem Persekutuan dan Pembangunan Sosioekonomi

Kerajaan pusat, aku sediakan agensi-agensi untuk buat pembangunan. Kerajaan negeri pula aku akan bagi tanah untuk kau untuk kau bina-bina untuk kau buat pembangunan. Nampak tak kat situ? Hai assalamualaikum. Mana bersama dengan saya lagi Sir Histrozi L Histrozi tissue history. Jadi untuk video kali ini kita berada pada bab yang keempat tingkatan lima iaitu sistem persekutuan dan fokus video kita pada hari ini adalah kita nak belajar tentang subtopik 4.2 maafkan saya subtopik 4.3 berkaitan dengan kerjasama ah ni mana dia kerjasama kerajaan. Okey. Jadi dalam dalam topik sistem persekutuan ni kita dah belajar bahawa ah sistem persekutuan merupakan gabungan beberapa buah negeri alright yang membentuk sebuah negara bersekutu. Ha jadi siapa yang belum check out lagi video-video saya aa tentang subtopik-subtopik yang sebelum ini boleh check out dekat channel YouTube saya dan jangan lupa tekan button subscribe. Okey. Jadi apa yang kita nak belajar pada subtopik ini adalah kita nak tengok kita tahu bahawa kerajaan persekutuan ada tanggungjawab dan peranannya dalam negara kita dan kerajaan negeri ada peranan dan tanggungjawabnya dalam negara kita. Dan kedua-dua kerajaan tidak boleh orang kata mengganggu orang kata peranan masing-masing. Ha maksudnya aku ada kerja aku, engkau ada kerja engkau dalam nak membangunkan negara Malaysia. Tetapi namun begitu okey ada beberapa perkara yang memerlukan gandingan ataupun kerjasama baru benda tu boleh terjadi kat negara kita. Maksudnya ada perkara yang tidak boleh mengharapkan kerajaan persekutuan saja dan tidak boleh mengharapkan kerajaan negeri saja. Dia perlukan gabungan kerjasama daripada kedua-dua kerajaan. Dan apakah perkara-perkara perkara-perkara tersebut? Yang pertama adalah pembangunan sosioekonomi. Jadi ekonomi tidak hanya tanggungjawab kerajaan persekutuan tapi tanggungjawab kerajaan negeri juga untuk bersama-sama membangunkan sosioekonomi. Yang kedua adalah khazanah negara. Kita punya alam sekitar, taman negara, taman laut, pulau, hutan simpan. Itu tanggungjawab bersama. Yang ketiga adalah perumahan rakyat. Jadi siapa yang bertanggungjawab untuk membina rumah-rumah kepada rakyat? Alright. Rumah rumah mampu bilik, rumah kos rendah adalah kedua-dua kerajaan. Kerajaan persekutuan ada projek perumahan dia. Kerajaan negeri pun ada projek perumahan dia untuk rakyat. Dan yang terakhir adalah keselamatan. Okey. Kita tahu keselamatan adalah di bawah kerajaan persekutuan. Namun begitu ada beberapa perkara atau beberapa peristiwa alright yang melibatkan keselamatan yang memerlukan kerjasama kerajaan negeri juga. Kalau harap kerajaan Persekutuan saja dia tak jalan. Ha namun untuk video kali ini kita fokus kepada satu aspek sahaja. Kita nak pergi kepada pembangunan sosioekonomi. Jadi apa yang dimaksudkan dengan pembangunan sosioekonomi? Maksudnya kita nak membangunkan ekonomi. Kita nak membangunkan negara. Ha yang mana kita akan tengok daripada awal merdeka sampailah hari ini apakah projek-projek pembangunan ekonomi yang kita buat. Jadi bila kita cakap pasal pembangunan ekonomi maksudnya kita nak membangunkan negara. Kita nak pastikan pembangunan itu adalah seimbang untuk seluruh negara Malaysia. Jadi di awal merdeka, alright pada waktu itu negara kita tak banyak pembangunan lagi. Alright. Ada pembangunan pun di kawasan-kawasan yang memang dah terbangun sebelum merdeka sahaja. Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan sebagainya. Negeri-negeri lain masih lagi di dalam kawasan-kawasan kampung, kawasan pedalaman, kawasan yang belum dibangunkan, kawasan-kawasan a kawasan-kawasan desa kita panggil. Jadi macam mana kita nak jadi negara yang maju yang membangun ekonominya kalau kawasan-kawasan kampung atau kawasan di sini ni tidak dibantu dan dibangunkan. Ha jadi kat situlah datangnya projek pembangunan ekonomi yang pertama kita panggil pembangunan ta tanah. Ha tapi sebelum kita pergi kepada projek pembangunan tanah ni kita nak pergi dahulu kepada kata kunci kerjasama. Jadi bila cakap membangunkan ekonomi, kita kena tengok apa tanggungjawab kerajaan pusat, apa tanggungjawab kerajaan negeri. Sebab kedua-duanya akan buat benda yang berbeza tetapi menjurus ke arah satu matlamat yang sama. Okey. Kerajaan persekutuan target ataupun tanggungjawabnya adalah untuk menubuhkan agensi. Agensi tu apa? Agensi ni maksudnya organisasi. Organisasi, agensi-agensi pembangunan. Jadi kerajaan pusat yang akan buat agensi-agensi. Alright. Nanti kita akan tengok apa contoh-contoh agensi yang kerajaan pusat buat. Yang kedua, melalui agensi ni kerajaan pusat akan memberikan bantuan kewangan. Alright. Kerajaan pusat dengan kerajaan persekutan tu adalah dua benda yang sama eh. Alright. Kadang-kadang saya akan cakap kerajaan pusat, kadang-kadang saya akan cakap kerajaan negeri. Alright. Jadi melalui agensi tersebut kerajaan pusat akan memberi bantuan kewangan untuk pembangunan tanah. Ha itu tanggungjawab kerajaan persekutuan atau kerajaan pusat. Buat agensi bagi duit. kerajaan negeri a kerajaan negeri satu je kerja dia sediakan tanah bagi tanah bila dapat pembangunan kerajaan ni kena sedia untuk kena sediakan tanah untuk pembangunan tersebut Kelantan kena sediakan Pulau Pinang Kedah dan sebagainya itu a tugas kerajaan negeri. Bila kerajaan pusat nak buat pembangunan okey kerajaan negeri bagi tanah sediakan sediakan sediakan sediakan okey dan itu kita panggil sebagai kerjasama. Aku buat agensi, aku bagi duit, nanti engkau sediakan tanah sahaja untuk pembangunan ini. Ha jadi contohnya macam mana cikgu? Kita nampak kerjasama ni, kita kembali kepada pembangunan tanah ni. Pada awal merdeka kita fokus untuk membuka tanah baru. Tanah baru ni maksudnya kawasan-kawasan yang belum dibangunkan. Kita nak buka, kita nak orang kata buat pembangunan di kawasan tersebut. Dan yang kedua adalah kita nak fokus kepada pembangunan insitu. Ha ada yang ada yang tak tahu cikgu institu ni apa sir? Pembangunan insitu ni kita fokus kepada nak membangunkan kawasan fizikal desa. Maksud fizikal desa ni adalah kawasan-kawasan kampung. Ingat matlamat kita nak membangunkan ekonomi. Jadi macam mana kita nak jadi negara yang maju dengan ekonomi kalau kawasan kampung atau desa ni kita tak bangunkan. Jadi matlamat awal di awal merdekaah kita fokus nak bangunkan kawasan-kawasan kampung ni. Macam mana nak bangunkan kawasan kampung? Kita bina kemudahan asas. Sekolah, balai raya, apa lagi? Klinik, hospital. Kita bina kebunan hasas kat kampung ni supaya bila banyak kebunan asas dia akan meningkatkan taraf hidup masyarakat tersebut dan sekaligus meningkatkan ekonomi di kawasan fizikal desa tersebut. Ha itu di awal merdeka. Okey, boleh kat situ eh? Okey, dan yang pertama dan yang seterusnya. Ha dekat sini datangnya tanggungjawab kerajaan pusat untuk membangunkan tanah. Kerajaan pusat telah menubuhkan FELDA. FELDA ni adalah agensi pembangunan tanah untuk membangunkan tanah di negara kita. Alright. Yang mana tugas FELDA ni adalah beri bantuan kewangan atau bantuan wang kepada kerajaan negeri. Bagi duit dekat negeri. Dan negeri buat apa? Sediakan tanah untuk FELDA. sediakan tanah untuk FELDA untuk FELDA buat kawasan-kawasan pembangunan dia. Ha yang mana kawasan-kawasan FELDA inilah yang akan kita buat orang kata tanaman kelapa sawit kita bangunkanlah. Dalam kawasan FELDA nilah akan ada tanaman kelapa sawit akan ada peneroka-peneroka FELDA yang akan dibawa masuk ke dalam kawasan FELDA tu dan sekaligus kita akan mendapat hasil-hasil daripada tanaman-tanaman kelapa sawit tersebut. Ah dan bila dah banyak dah kawasan-kawasan FELDA ni kan, akhirnya FELDA pun dah tercukup tangan dah. 10 tahun lepas tu kerajaan cakap, "Oh tak boleh ni FELDA dah banyak sangat kawasan FELDA. FELDA seorang a tak boleh." Jadi kerajaan kerajaan persekutuan cakap apa? Kita buat satu lagi kita FELRA pula. Jadi FELRA ni lebih kurang sama macam FELDA. Masih lagi nak membangunkan mana-mana tanah yang terbiak. Dan kerajaan negeri bila kerajaan pusat dah buat FELKRA, kerajaan negeri buat apa? Bagilah tanah-tanah negeri-negeri. Maksud FELKRA nak buat dekat Kelantan kena kerajaan-Kelantan kena sediakan tanah. Ha nampak kat situ dia datang daripada kerjasama. Kerajaan pusat buat agensi, kerajaan negeri bahagikan tanah. Sampailah orang kata tahun 1970-an kita ada satu lagi projek kita panggil pembangunan wilayah yang mana pada waktu ini masih banyak lagi kawasan yang boleh dibangunkan. Ha jadi apa yang kerajaan buat? Kerajaan luaskan kerjasama dekat sini dengan kita banyakkan lagi kita besarkan lagi kita punya kawasan. J negeri ni dia kena luaskan lagi kawasan dan kita tak kita tidak boleh harap kepada FELDA dengan FELkra saja sekarang ni. Sebab FELDAM FRA dah banyak dah kawasan dia kena jaga. J macam mana ni? Banyak lagi kawasan yang kita nak bangunkan ni untuk pembangunan sosioekonomi. Jadi kerajaan ustaz cakap tak macam mana? Okey tak apa. Sekarang kita banyakkan lagi agensi. Kita tubuhkan lagi banyak agensi. Tapi agensi sekarang kita fokuskan kepada negeri. Maksudnya every negeri akan ada dia punya agensi pembangunan dia. Ha kita buat penambahan agensi pembangunan. Tidak hanya ada FELAra FELRA FELDA dengan FELRA saja. Kita tambah lagi contohnya dekat Kedah kita ada agensi Kedah kita dekat kalau kat Pulau Pinang kita Perda ke Jora dekat Johor ke tengah kat Terengganu ke Sedar Kelantan Dara kat Pahang Sabah Sarawak pun ada juga saya tulis sikit sahaja jadi mereka inilah agensi-agensi pembangunan alright yang akan membangun pembangunan tanah atau pembangunan wilayah di negeri masing-masing. Sebab apa? Sebab kau nak harap FELDA FEL dah tak boleh dah. Sebab apa? Felground FELDA dah banyak dah. kawasan yang dia nak kena jaga. Kita kena tambah agensi pembangunan yang baru. Itu yang berlaku pada tahun 1970-an. Okey. Masih lagi dalam kerjasama kerajaan persekutuan buat agensi bagi duit. Kerajaan negeri sediakan tanah saja. Kalau contoh Kedah nak buat apa-apa projek pembangunan dekat Kedah, kerajaan negeri Kedah kena bagilah tanah dekat situ sediakan. Okey, lepas tu yang ketiga kita ada pembangunan koridor wilayah yang mana pada waktu ini masih ada lagi kawasan yang boleh kita bangunkan sebab ingat pembangunan ekonomi ni dia tidak akan stop, dia akan berterusan. Tapi pembangunan atau kerjasama ekonomi sekarang kita tak fokus kepada kita bina agensi, kita fokus kepada projek pembangunan. kita buka projek. Projek ini sampai tahun bila? Projek ini sampai tahun bila? Dalam projek ini apa yang kita akan buat? Pembangunan ini, Taman Kulim Hightech, taman industri ini. Gitulah. Alright. Jadi dia fokus kepada projek pembangunan dan dia merupakan rancangan strategik jangka panjang. Maksudnya projek-projek ini dia makan masa dalam beberapa tahun. Ada yang sebatik jangka panjang. dan kita fokuskan kepada mana lagi negara yang belum yang kurang pesat, yang mana lagi negeri yang masih tak yang masih kurang pembangunan dia. Ah jadi kita pergi negeri dengan wilayah yang kurang pesat dan kita wujudkan projek-projek pembangunan ini supaya apa? Supaya kita dapat wujudkan keseimbangan pembangunan. Kita tak nak negara kita ni pembangunannya hanya fokus dekat negeri-negeri yang terpilih saja. Macam Johor, macam Pulau Pinang, macam orang kata Selangor dan sebagainya. Tak nak. Kita nak pembangunan yang balance. Maksud kalau boleh kita nak every negeri tu dapat pembangunan yang sama rata. Dan apa projek-projek yang tengah kerajaan buat sekarang ni? Alright. Projek-projek itulah kita panggil projek Eer. Saya tak ingat nama-nama dia. Alright. Dia nama panjang dia. Kamu boleh cakap buku teks kamu. Projek SJ, Ansore. A projek-projek inilah dia ada tempoh-tempoh dia. Dan dalam projek inilah contohnya ada projek contoh saya tak ingat adakah Eer atau SJ dia ada projek. Kalau ISA ni dekat area Kedah, Pulau Pinang dengan aa Perak ada projek Kulim highightech lah, nak bina pelabuhanlah, bina orang kata kilanglah, bina kawasan orang kata industrilah ha dan sebagainya. Aa bina jalan raya. Ah jalan raya tu pun salah satu projek daripada koridor wilayah ni. Kita nak menyambungkan semua kawasan-kawasan ni supaya banyak jalan raya. Ah faham tak? Sebab apa? Sebab kembali kepada pembangunan ekonomi. Kita jadi negara maju. Jadi itu salah satu benda yang kita kena buat. Ah dan itu bagaimana kronologi perjalanan pembangunan sosial ekonomi kita daripada pembangunan tanah, pembangunan wilayah, pembangunan koridor wilayah dan dia datang daripada kerjasama daripada kedua kerajaan. Kalau kerajaan pusat tak bagi, tak tubuhkan agensi, takkan ada pembangunan ekonomi. Kalau kerajaan negeri tak sediakan tanah, masanya tak akan adalah orang kata a pembangunan sosioekonomi. Sebab itulah kedua-dua ni kena berganding bahu. Kerajaan pusat, aku sediakan agensi-agensi untuk buat pembangunan. Kerajaan negeri pula aku akan bagi tanah untuk kau untuk kau bina-bina untuk kau buat pembangunan. Nampak tak kat situ? I do my part, you do my part. Itu datangnya kerjasama dalam pembangunan ekonomi. Jadi itu bahagian yang pertama. Alright, kita ada tiga lagi bahagian. Kita akan jumpa dalam video yang akan datang bersama dengan saya lagi sehistori. Jangan lupa untuk follow sosial media saya yang lain seperti TikTok dan juga Instagram. Dan siapa yang belum subscribe boleh tekan button subscribe dan share lagi video saya ni kepada kawan-kawan kamu. Insya-Allah kita jumpa dalam video yang akan datang bersama dengan saya lagi seisrozi. Let His Rozi teach you history. Bye.