Bab 6: Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat (Tingkatan Empat)
Jul 16, 2024
Bab 6: Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat (Tingkatan Empat)
1. Penguatkuasaan Undang-undang
Penahanan Tanpa Perbicaraan: British menahan sesiapa yang disyaki berkerjasama dengan komunis tanpa perbicaraan.
Hukuman Berat: Hukuman berat bagi sesiapa yang disyaki membantu komunis, termasuk hukuman mati bagi mereka yang memiliki senjata api atau bahan letupan.
Pembasmian Aktiviti PKM: Aktiviti Parti Komunis Malaya (PKM) diharamkan dan penyertaan dalam PKM membawa kepada penahanan.
Perintah Berkurung: Rakyat dikehendaki duduk di dalam rumah untuk memudahkan pihak berkuasa menahan komunis.
Kampung Baru: Penempatan baru untuk memisahkan orang awam dari komunis.
Tangkapan Pemimpin Radikal: Parti atau pemimpin politik yang menggunakan cara perjuangan radikal akan ditangkap.
2. Kad Pengenalan
Sistem Pendaftaran Kebangsaan: British memperkenalkan IC untuk membezakan antara orang awam dan komunis.
Penggunaan Umum: Kad pengenalan perlu dibawa ke mana-mana oleh orang awam.
3. Rancangan Briggs
Dua Tindakan Utama:
Memutuskan Hubungan dengan Min Yuen: Pemutusan hubungan antara Min Yuen (pertubuhan sokongan) dan komunis.
Penubuhan Kampung Baru: Memindahkan penduduk di pinggir hutan ke penempatan baru yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan dilindungi oleh polis.
Mengenai Min Yuen
Fungsi: Membekalkan makanan, ubat, dan wang kepada komunis.
Aktiviti Sabotaj: Menjalankan aktiviti sabotaj, ugutan, dan rompakan terutama pada waktu malam tanpa senjata.
Mengenai Kampung Baru
Tujuan: Melindungi orang awam dari pengaruh komunis.
Fasiliti: Dilengkapi dengan elektrik, air, perumahan, dan jawatankuasa kampung.
Keselamatan: Dipagari dengan kawat duri dan dijaga oleh special constable (polis).