Transcript for:
Roket Long March 5B dan Isu Angkasa Lepas

Roket buatan China dikenali sebagai Long March 5B yang viral baru-baru ini menjadi antara satu objek paling besar yang jatuh ke bumi sejak 1991 selepas stesen angkasa pertama dunia milik Rusia yang sudah tidak berfungsi jatuh di ruang angkasa Argentina. Roket milik China ini dikendalikan oleh China National Space Administration adalah antara siri roket buatan China yang paling besar. Roket Long March 5B dilancarkan ke angkasa pada 29 April 2021 membawa komponen bagi model stesen angkasa lepas China, Tiangong. Pada kebiasaannya, komponen bahan bakar daripada roket seperti teras dan penggalak akan terus terpisah sebelum memasuki orbit angkasa dan jatuh semula ke bumi menuju kawasan lautan terpencil tanpa memberi risiko kepada manusia. Akan tetapi untuk kali ini, bahagian teras roket Long March 5B yang beratnya kira-kira 23 ton iaitu seperti berat sebuah pesawat Boeing 737 yang kosong telah keluar ke orbit bumi dan naik di kawasan atmosfera paling tinggi sebelum jatuh semula ke bumi tanpa kawalan dan tidak diketahui lokasi yang tepat. Agensi Angkasa Lepas AS, NASA, menyatakan tindakan China ini sebagai tidak mematuhi piawayan yang ditetapkan bagi pengurusan sisa angkasa lepas. Jadi dalam video kali ini, kita akan melihat bagaimana roket Long March 5B buatan China ini gagal. Teruskan menonton. Roket terbesar China ini membawa buatan model Tianhe iaitu bahagian stesen angkasa lepas Tiangong yang dibangunkan negara China dan dijangka beroperasi pada tahun 2022. Bahagian bahan bakar penggalak booster roket terpisah dan jatuh tanpa sebarang isu di Lautan Pasifik. Akan tetapi, bahagian terbesar iaitu teras pemakan roket, Kostech, melepasi orbit bumi dan menimbulkan masalah antarabangsa apabila lokasi tempat jatuh roket seberat 23 tan itu tidak dapat dipastikan. Sejak beberapa dekad lepas, kebanyakan roket yang dilancarkan dan telah memasuki orbit bumi akan dikawal semula selepas ia dihidupkan bagi membolehkan ia jatuh ke lautan tanpa membahayakan manusia. Akan tetapi, China tidak memilih cara tersebut dan ini memberi ancaman kepada kehidupan. Negara-negara yang mempunyai teknologi angkasa sepatutnya berfikir untuk meminimumkan risiko kepada manusia dan harta benda. Apabila sesuatu objek jatuh ke bumi, ianya akan melalui lapisan atmosfera yang tebal seterusnya menyebabkan geseran tinggi yang selalunya menyebabkan objek akan berkecai. Akan tetapi bagi roket sebesar LM-5B yang seberat 23 tan ini, ianya tidak akan berkecai menjadi sepihan kecil. dan amat membahayakan jika jatuh ke kawasan berpenduduk. 20-40% bahagian roket akan tetap kukuh dengan berat hingga beratus kilogram. Adakah negara lain juga mempunyai masalah pelancaran roket? Pada Mac 2021, roket SpaceX telah hilang kawalan di ruang angkasa Seattle, AS setelah melepasi peringkat memasuki bumi kembali. Sebahagian roket mendarat di kawasan milik petani di negeri Washington. Di dalam kejadian ini, masalah berlaku apabila injet roket gagal dihidupkan untuk membawa roket kembali ke bumi dengan selamat. Pada tahun 1978, satelit milik Soviet, Kosmos 954 yang beroperasi menggunakan reaktor nuklear jatuh di utara Kanada. Kanada meminta bayaran dari Soviet Union untuk membersihkan sisa radioaktif yang jatuh di kawasan seluas lebih 124,000 km persegi yang digelar sebagai operasi morning light. Kenapa hal ini perlu dirisaukan? Peluang untuk bahagian roket LM-5B untuk jatuh ke kawasan berpenduduk ialah sangat tipis, lebih-lebih lagi untuk mencederakan seseorang individu. Menurut kiraan para saintis, kemungkinan besar bahagian roket ini tidak akan jatuh langsung ke atas daratan. Lautan merangkumi 71% dari bumi, dan dengan keluasan Lautan Pasifik, kemungkinan besar objek dari angkasa akan jatuh di sini. Pada tahun 2018, stesen angkasa pertama China, Tianggong-1, yang sudah tidak beroperasi, jatuh ke bumi di Lautan Pasifik. Lokasi tepat bagi roket LM-5B ini jatuh tidak dapat dipastikan, sehingga beberapa jam sebelum ianya dijangka masuk kembali ke bumi. Ini kerana, dengan kelajuan roket sehingga 27,600 km sejam, sedikit perubahan arah akan memberi perubahan kepada garis lintasan roket. Roket LM-5B dijangka memasuki bumi di antara 8 hingga 10 Mei, dan dalam tempoh 2 hari tersebut, ianya akan mengelilingi bumi sebanyak 30 kali. Roket China LM-5B telah jatuh. Sebahagian besar roket LM-5B telah hancur semasa melalui atmosfera bumi dan ianya telah jatuh di bahagian barat Maldive di Lautan Hindi pada hari Ahad 9 Mei 10.24 pagi waktu Beijing. Tiada sebarang kecederaan dan kebusnaan harta berlaku. Ini setelah banyak spekulasi yang dibuat dan kenyataan dari AS bahawa roket tersebut boleh membahayakan. Negara China pula menegaskan risiko adalah rendah dan menurut seorang ahli astrofizik, China telah menang dalam perjudian ini. Namun ini adalah langkah yang sangat cuai dibuat China, dan bagaimana pula jika roket tersebut Jatuh di Daratan Maldive Negara China mempunyai sejarah panjang tentang isu membiarkan bahagian dan kelengkapan angka selepas jatuh ke bumi tanpa mengetahui lokasi yang tepat. Roket dari tapak pelancaran utama di Zhejiang Satellite Launch Center, daerah Sichuan, China telah merekodkan banyak objek yang jatuh di kawasan pedalaman. China kemudiannya memindahkan banyak pelancaran roket ke bandar Wenzhou, termasuklah roket LM-5B. Dengan usaha China membina stesen angka selepas yang baru, Lebih banyak roket akan dilancarkan selepas ini, dan semestinya kejadian seperti ini boleh berlaku lagi. Jika China tidak membuat sebarang usaha untuk menukar cara operasi pelancaran roket, tidak dapat dijangka bila dan bagaimana tragedi teruk akan berlaku. Adakah ada undang-undang untuk mengelak situasi ini berlaku? Terdapat rangka undang-undang berdasarkan perjanjian yang dibuat pada tahun 1960-an hingga 1970-an, iaitu 1967 Autospace Treaty dan 1972 Space Liability Convention. Perjanjian ini menggariskan apa yang sesebuah negara boleh lakukan dan tidak boleh dilakukan di angkasa lepas. Selain itu, sesebuah negara boleh meminta pampasan wang jika berlaku kerusakan atau kecederaan disebabkan roket yang jatuh. Negara-negara yang mempunyai operasi di angkasa lepas seperti AS dan China, sepatutnya mempunyai rasa bertanggungjawab untuk meminimumkan sebarang risiko kepada manusia dan harta benda walaupun ramai pakar angkasa menyatakan peluang untuk dicederakan sisa objek angkasa ini sangat tipis. Berapa Banyak Sisa Angkasa Lepas Ketika Ini? Di atas ruang angkasa lepas, terdapat lebih 8,000 ton sisa barangan angkasa menyamai berat 720 buah bas sekolah. Ini termasuk jutaan objek yang berpusing di orbit tanpa sebarang kawalan seperti bahagian roket, satelit yang tidak berfungsi, dan sisa ujian peluru berpandu antisatelit. Walaupun ianya tidak memberi ancaman kepada manusia, ia dapat berlanggar dengan satelit penting yang sedang beroperasi serta stesen angkasa lepas antarabangsa. Zaman menjelajah angkasa lepas bermula pada tahun 1960-an dan kini sangat maju dengan banyak negara mempunyai cita-cita untuk kebulan dan planet maharai. Sejak beberapa tahun lepas, China mula meneroka angkasa dan mempunyai cita-cita besar untuk menyaingi AS dalam penerokaan angkasa lepas. Berbilion dolar dilaburkan pada tahun 2019, Presiden Xi Jinping juga memberi galakan dan sokongan kepada rakyatnya dan memberi tahu media mengenai impian angkasa di peringkat nasional. Stesen Angkasa Lepas Tianggung dijangka akan beroperasi pada tahun 2022. Kesimpulannya, Dengan bertambahnya negara besar dan syarikat komersial berlumba-lumba meneroka angkasa lepas, tiada satu pihak yang mahu mengambil inisiatif tentang undang-undang yang lebih berkesan mengenai isu seperti bahagian roket yang jatuh ke bumi kerana mungkin dianggap remeh. Ruang angkasa semestinya adalah bukan milik sesuatu negara. Ribuan satelit melepasi banyak negara setiap minit, dan tentunya kuasa-kuasa besar dunia ini tidak mahu satu peraturan atau undang-undang yang hanya akan menyebabkan satu negara mempunyai keistimewaan berbanding yang lain. dan jangan lupa subscribe. Jumpa lagi.