Transcript for:
Kekayaan dan Sejarah Rakyat Cina

Menurut senarai baru yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, terdapat sekitar 389 rakyat China tersenarai dalam senarai Billionaire di dunia. Dan mereka ini sahaja telahpun mengumpul sekitar 1.2 Trillion USD kekayaan di dunia. Manakala masyarakat China di Malaysia, mereka masih mengungguli 9 daripada 10 orang terkaya di Malaysia. Jika kita melihat sedikit sejarah di Malaysia, Penduduk Malaysia terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sejak mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, ketiga-tiga kaum ini telah memainkan peranan dalam merancakkan ekonomi di Malaysia. Namun begitu, dalam 20 tahun kebelakang, rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dilihat lebih mendominasi dalam perniagaan sehinggakan mereka ini tersenarai dalam 10 orang terkaya di Malaysia. Jadi, Apakah yang menyebabkan bangsa China ini lebih baik dalam perniagaan sehinggakan mereka lebih berjaya dari penduduk asal? Teruskan menonton. Pada tahun 2000 lagi, orang Cina telah mengatasi orang Melayu sebanyak hampir 2 kali ganda di bahagian kampung atau luar bandar dan melebihi 34% di bahagian bandar dari segi pendapatan. Ini bermaksud orang China bergaji lebih besar disebabkan oleh perniagaan yang mereka jalankan serta pekerjaan yang lebih baik di sektor swasta. Dengan trend pendapatan sebegini sejak tahun 2000 lagi, maka tidak hairanlah jurang kekayaan kaum China lebih jauh meninggalkan kaum lain. Jika kita melihat 50 tahun kebelakang, iaitu pada tahun 1970, orang China di kampung lebih miskin daripada orang Melayu, dan jurangnya semakin jauh menjelang tahun 2000. Namun keadaan berlaku sebaliknya bagi kawasan di mana orang Cina lebih kaya daripada orang Melayu. Bertahun-tahun dahulu, sejak ibu, ayah, datuk, nenek, moyang dan seterusnya, budaya kebanyakan orang Cina di Cina adalah untuk mengajar anak mereka supaya berdikari dan berniaga. Itu adalah prioriti utama. Bekerja dengan orang bukanlah pilihan utama, tetapi anak-anak sejak kecil lagi sejak beratus tahun dulu didedahkan untuk menjalankan perniagaan mereka. Objektifnya adalah untuk fahami transaksi jualan, untuk tahu untung dan rugi, dan untuk sentiasa berjimat cermat dalam berniaga. Walaupun untung kecil, tetapi mereka didedahkan untuk sentiasa bersabar dan berfikir positif untuk keuntungan dalam tempoh yang lama. Itulah pendedahan yang diberikan kepada anak-anak oleh ibu bapa untuk beberapa generasi sejak beratus tahun lagi, dan perkara ini diteruskan sehingga British membawa masuk kaum China ke tanah Melayu pada masa dahulu. Sejarah tanah besar China telah melalui zaman-zaman yang berselang-seli di antara perpaduan dan perpecahan. Ini telah menjadikan mereka berjiwa kental, bercita-cita tinggi yang membawa kepada keadaan untuk meneruskan kelangsungan hidup yang ekstrim. Sebaik sahaja mereka tidak lagi ditindas dan diberikan peluang, mereka terus bangkit dan mengalahkan bangsa lain. Orang China adalah bangsa yang sangat rajin bekerja. Ia bukan sahaja dapat dilihat di Malaysia, tetapi boleh dilihat hampir semua. semua negara seperti Thailand, Australia, Eropah dan Amerika Syarikat. Negara-negara yang diperintah oleh bangsa China pula seperti Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Mereka bukan sahaja tidak ditindas, malah diberi peluang untuk mencipta kekayaan bagi diri mereka dan negara. Hasilnya anda boleh lihat sendiri. Kini, di seluruh dunia, orang China sudah semakin di depan dalam mencapai kejayaan melalui pelbagai bidang yang mereka ceburi. Menurut senarai baru yang dikeluarkan oleh Forbes, orang China yang paling kaya adalah Jack Ma, iaitu pengasas e-dagang terkenal Alibaba dengan kekayaan sebanyak 38.8 bilion USD dan diikuti rapat oleh Ma Huating dengan kekayaan 38.1 bilion USD. Kesimpulannya, memang benar kekayaan tidak boleh dilihat melalui sesuatu bangsa. Namun, dengan kejayaan demi kejayaan yang dihasilkan oleh orang Cina, bangsa lain mungkin boleh mempelajari sesuatu yang baik untuk terus bersaing dan mengimbangi jurang yang ada.