Transcript for:
Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca

Hai semua murid, selamat kembali ke keras geografi cikgu Tan. Pada minggu lepas, kita telah belajar geografi tingkatan 2, bab 4, Cuaca dan Ikrim di Malaysia. Pada minggu ini, kita nak sambungkan bab ini, tetapi kita nak lihat 4.3 dan 4.4. Marilah kita belajar 4.3 iaitu Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Ikrim di Malaysia. Kesan yang pertama ialah kesan rumah hijau.

Apakah kesan rumah hijau? Kesan rumah hijau ialah fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba terperangkap dalam atmosfera bumi baik cikgu tunjukkan ini katakan ialah permukaan bumi kita sekarang dia menalami peningkatan suhu bumi mengapa? kerana di lapisan atmosfera kita ini terdapat Banyak haba terperangkap di sini. Banyak haba terperangkap di lapisan atmosfera. Jadi, telah menyebabkan peningkatan suhu bumi kita.

Itulah kesan rumah hijau. Baik, sekarang kita lihat mengapa kesan rumah hijau ini boleh berlaku. Kita lihat. Ini adalah matahari. Sebenarnya, semasa permukaan bumi menerima haba daripada pancaran matahari, sebahagian haba itu akan dipantulkan semula ke angkasa lepas.

Dan sebahagian haba akan diperangkap oleh gas rumah hijau dan dipantulkan balik ke bumi. Apakah itu gas rumah hijau? Gas rumah hijau ini, dia terdiri daripada karbon dioksida, metana, koroforo karbon atau biasa kita mengenalinya dengan CFC, bukan KFC ya pelajar. CFC dan nitros oksida. Apakah fungsi gas rumah hijau ini?

Fungsinya ialah untuk memberangkap ataupun mengekalkan suhu bumi. Jadi kita cuba lihat balik sini. Jadi kamu lihat haba daripada pancaran matahari ini, semasa dia nak dipantulkan ke angkasa lepas, sebahagiannya telah diperangkap, macam ditangkap oleh gas rumah hijau. Dan dia pantulkan balik ke bumi.

Jika tam... tanpa gas rumah hijau ini. Pelajar, kamu cuba bayangkan. Jika tanpa gas rumah hijau, macam mana dengan bumi kita ini?

Jika semua haba dipantulkan semula ke angkasa lepas, kita akan berasa sejuk. Betul tak? Mungkin kita akan berasa sejuk kerana semua haba dipantulkan.

Jadi, nasib baik ada gas rumah hijau. Jadi, dia telah pantulkan. Balik ke bumi sebahagian haba. Tetapi malangnya. Mengapa?

Apa yang berlaku? Kegiatan manusia ini telah meningkatkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Kita telah melepaskan banyak gas rumah hijau. Jadi menyebabkan gas rumah hijau ini bertambah. Apakah...

kesan jika gas rumah hijau bertambah. Gas rumah hijau bertambah akan menyebabkan haba yang terperangkap oleh gas rumah hijau juga akan bertambah banyak. Jadi haba di permukaan bumi ini akan bertambah banyak.

Gas rumah hijau banyak maka haba yang diperangkap juga banyak. Jadi kita lihat balik ke sini. Dia kata sebagian haba diperangkap oleh gas rumah hijau betul tak dan dipantulkan balik ke bumi. Jadi sekarang gas rumah hijau kita bertambah. Maka haba yang dipantulkan juga bertambah.

Oh, tengok sudah jadi merah. Maksudnya apa? Maksudnya suhu bumi meningkat.

Jadi kita akan rasa panas. Jika kesan ruang hijau berlaku, maka suhu bumi akan meningkat. Baiklah, sekarang kita lihat apakah punca... punca peningkatan pelepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera.

Apa yang melepaskan gas rumah hijau oleh kegiatan manusia ini? Baik, kita lihat yang pertama. Apa yang berlaku ini?

Pembakaran hutan. Lagi, kegiatan pembalakan. Pembakaran sisa pertanian. Pelupusan sampah dan apa yang ni? Pembakaran bahan api fosil di kilang ataupun dari kenderaan.

Bahan api fosil ni boleh merujuk kepada petroleum dan arang batu. Ok, sekarang kita lihat kesan yang kedua yang dibawa oleh kegiatan manusia. Iaitu Pulau Haba. Apakah itu Pulau Haba? Pelajar pernah dengar tak?

Baik kita lihat. Pulau Haba adalah satu fenomena suhu kawasan terpumbina iaitu padat di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya. Faham tak pelajar? Baik cikgu tunjukkan gambar rajahnya.

Baik, di bandar ini terdapatnya kawasan tepu bina. Apa maksud tepu bina? Kamu lihat bangunan itu dibina dengan padat.

Betul tak? Dibina dengan padat di dalam bandar sampai macam tak boleh bernafas ni. Jadi, kawasan di bandar ini lebih panas. Dia lebih panas daripada kawasan yang di sekitarnya.

Kawasan di sekitarnya contoh ialah pinggir bandar ataupun luar bandar. Jadi, jika katakan bandar itu ialah 32 darjah Celsius. Maka, di pinggir bandar, luar bandar mungkin min suhunya hanya 27 darjah Celsius. Suhunya lebih rendah daripada bandar. Jadi, kita ibadatkan bandar itu adalah pulau...

Haber. Satu pulau yang penuh dengan haber. Maksudnya satu tempat yang sangat panas.

Ok. Sekiranya bandai itu begitu panas, macam mana dengan penduduk yang tinggal di sana? Keselesaan penduduk di bandai itu juga terjejas.

Mengapa? Kerana keadaan suhu yang tinggi. Jadi, jika kita di bandar, kita akan berasa sangat panas berbanding dengan sekiranya kita pergi ke luar bandar. Baiklah, sekarang kita lihat apakah punca fenomena Pulau Haber. Mengapa bandar lebih panas?

Yang pertama kerana terdapatnya bangunan konkret. Bangunan konkret dan apa ini? Permukaan berturap. Bangunan konkret dan permukaan berturap ini, dia pandai menyerap dan juga menyimpan bahan matahari.

Pernah tak pelajar jika kamu tanpa pakai kasut dan kamu cuba berjalan di permukaan berturap ini pada tengah hari atau petang? Oh, sangat panas. Betul tak?

Kerana dia pandai menyerap dan juga menyimpankan bahan matahari. Jadi, bahan konkret dan simen, besi dan batu batak, dia mempunyai keupayaan menyerap haba yang tinggi. Seterusnya adalah kekurangan tumbuh-tumbuhan. Biasanya jika di bandar, jarang kita boleh nampak tumbuh-tumbuhan yang banyak. Jadi, dengan kekurangan tumbuh-tumbuhan, maka proses perpeluhan juga kurang berlaku.

Bagi menyedahanakan suhu yang terdapat di sana. Jadi bandar akan lebih panas daripada luar bandar yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Baik, jadi inilah tiga puncanya.

Lagi ada apa? Apa yang ada di sini? Kesesakan jalan raya. Kesesakan jalan raya ini akan meningkatkan pelepasan asap.

Asap dan juga... Haber yang tinggi. Di bandar biasanya masalah kesesakan jalan raya selalunya berlaku.

Jadi dia telah meningkatkan pelepasan asap dan juga haber. Selain daripada itu, debu dan habuk daripada kilang dan juga kenderaan juga banyak memerangkap haber. Jadi di sini terdapatnya lima... punca fenomena Pulau Harbour.

Baik, seterusnya kita lihat kesan yang ketiga iaitu hujan asid. Baik, apa itu hujan asid? Hujan asid ialah hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6. Apa itu nilai pH?

Kita cuba lihat. Baik, ini adalah skala pH. Sekiranya nilai pH-nya adalah di 7, maka dia adalah neutral. Jika dia kurang daripada 7, dikatakan dia berasid.

Jika lebih daripada 7, ialah beralkari. Jadi hujan asid ini adalah hujan yang mengandungi kandungan asid lemah. Itu dengan nilai pH kurang daripada 5.6 di sini. Kurang daripada 5.6 itu ialah asid rendah kan di sini tunjukkan iaitu asid lemah.

Jadi kita kata hujan ini ialah hujan asid. Hujan asid berlaku apabila udara di sesuatu kawasan tercermat dengan teruk. Terutamanya di kawasan perindustrian. Kawasan perindustrian adalah kawasan perkilangan.

Jadi mereka telah mengeluarkan atau melepaskan banyak asap dan juga mencemarkan udara di kawasan tersebut. Jadi hujan asid selalunya berlaku di kawasan perindustrian. Baik sekarang kita lihat proses pembentukan hujan asid.

Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan juga petroleum dari kilang, stesen jana kuasa dan juga kenderaan telah melepaskan sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida ke lapisan atmosfera. Jadi, semasa gas-gas ini dia naik ke atas lapisan atmosfera, dia akan terlalut dalam wap air dan menghasilkan asid sulfurit dan asid nitrik iaitu asid lemah di sini. Jadi, wap air yang mengandungi asid ini dia akan membentuk apa?

Dia akan membentuk awan. Dan apabila... terpeluak, hujan itu akan turun sebagai hujan asid. Ini adalah proses pembentukan hujan asid.

Baik kesan-kesan hujan asid yang pertama ialah memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Mengapa? Kerana tanahnya berasid dan juga sudah tidak subuh untuk kita menanam.

Yang kedua ialah melunturkan cat dan menhakis dinding bangunan. Jadi kita boleh lihat bangunan yang terdapat di kawasan perindustrian, catnya adalah lebih senang luntur daripada bangunan yang terdapat di tempat yang lain kerana hujan asid ini dia lebih serius di kawasan perindustrian. Baik, yang ketiga adalah dia menancam kesihatan manusia.

Iaitu mungkin kita akan dapat penyakit kulit jika terkena dengan hujan asid dan juga akan berasa pedih mata. Okey, yang keempat adalah hujan asid ini akan menjejaskan kualiti air. Mengapa? Kerana hujan asid akan meningkatkan nilai keasidan air. Jika air itu nilai asidnya bertambah, maka dia sesuai lagi tak untuk hidupan air?

Tentunya tidak. Jadi, kita akan mungkin mengalami kepupusan hidupan akuatik. Baiklah, kesan yang terakhir adalah jerebu. Apa itu jerebu? Iaitu satu fenomena yang disebabkan oleh debu, habuk, asap dan lain-lain jarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar kita.

Dia terampai di atmosfera ini dalam kepekatan yang tinggi. Maksudnya dengan sangat tebal ataupun banyak. Jadi akan berlakunya jerebu.

Punca-punca jerebu ialah letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiran kita, iaitu negara Indonesia. Yang kedua ialah pembakaran hutan. Yang ketiga adalah pembakaran terbuka. Contohnya sampah sarap dan juga sisa tumbuhan.

Yang keempat adalah pembakaran bahan api fosil. Sama ada dari kilang ataupun dari kenderaan. Jadi inilah punca-punca yang boleh menyebabkan jerebu berlaku.

Apakah kesan-kesan jerebu? Yang pertama, dia boleh mengurangkan jarak penglihatan. Jadi, semasa jerebu berlaku, sekiranya kita membawa kereta, jarak penglihatan kita adalah terhad.

Kita tak boleh nampak ke jauh. Sama juga untuk kapal terbang, juga sangat bahaya sebenarnya semasa jerebu berlaku. Yang kedua, mengganggu pertumbuhan tanaman. Jerebu, dia akan menyebabkan kan?

Kadar kemasukan cahaya matahari ke permukaan bumi itu berkurang. Akibatnya, proses fotosintesis dan tumbesaran tumbuhan juga terganggu. Yang ketiga, masalah kesehatan. Kulit akan terasa gatal-gatal.

Mata akan terasa pedih dan berair. Semasa jerebu itu mungkin kita akan terasa sakit dada ke ataupun sukar untuk bernafas. Mengapa? Kerana saiz partikel yang halus ini dia boleh masuk jauh ke dalam paru-paru kita. Jadi boleh memburukkan lagi penyakit paru-paru menyebabkan serangan asma.

Yang keempat menjejaskan aktiviti pengangkutan. Baik, jadi ini adalah lumusannya 4.3 kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia iaitu adanya kesan rumah hijau, pulau haba, hujan asyik, jerebu. Baik, semua fenomena ini boleh berlaku adalah disebabkan oleh apa?

Oleh kegiatan manusia. Baik, 4.4 perubahan cuaca dan ikrim di Malaysia iaitu terdapatnya fenomena El Nino dan fenomena La Nina. Fenomena El Nino, dia berkaitan dengan peningkatan suhu.

Semasa fenomena El Nino, kita akan berasa sangat panas. Info tambahan, El Nino boleh menyebabkan Berlakunya peningkatan suhu antara 0.5 darjah celcius hingga 2 darjah celcius berbanding dengan keadaan biasa. Jadi suhu meningkat. Manakala fenomena lamina adalah berkaitan dengan penurunan suhu.

Info tambahan, biasanya semasa fenomena lamina, Jumlah hujan yang turun akan meningkat sehingga berlaku banjir. Jadi inilah fenomena lanina. Baik, sekarang kita lihat satu demi satu.

Kita lihat fenomena El Nino dulu. Apa itu fenomena El Nino? Fenomena El Nino ini, dia berkaitan dengan pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa. Kita cuba lihat.

Sini adalah pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa. Jadi akibat daripada pemanasan suhu ini, dia telah menyebabkan perubahan tekanan udara dan juga pola tiupan angin. Kita cuba lihat sekiranya tidak berlaku fenomena El Nino, apa yang keadaan normalnya?

Dalam keadaan normal, permukaan lautan yang sejuk ini. Kamu lihat warna biru kan? Warna biru ialah yang sejuk.

Yang di timur Lautan Pasifik ini telah menyebabkan tekanan udara tinggi. Jadi dia tulis H di sini. H adalah tekanan udara tinggi. Jika pelajar masih ingat di video yang sebelum itu, cikgu mengajar anda bahawa udara ataupun angin, dia ialah bergerak dari tekanan udara yang tinggi ke tekanan udara yang rendah.

Jadi dalam keadaan normal, angin... Timuran ini dia akan bertiup dari timur Lautan Pasifik ke mana? Ke barat Lautan Pasifik. Jadi dia akan membawa hujan yang lebat ke mana? Ke Asia dan juga ke Australia dan juga Papua New Guinea.

Jadi Asia Tenggara itu termasuklah juga Malaysia. Malaysia di sini kan? Jadi dalam keadaan normal. Sepatutnya kita adalah menerima hujan.

Tetapi sekiranya fenomena El Nino itu berlaku. Pemanasan suhu di Lautan Pasifik di sini yang luar biasa ini telah menyebabkan tekanan udara di sini juga menjadi rendah. Jadi kamu lihat dia yang tulis L. Itu tekanan udara rendah. Jadi angin timuran telah menjadi lemah kerana dia tekanan udara rendah dan diganti oleh angin baratan yang bertiup dari barat Lautan Pasifik.

Mengapa? Kerana barat Lautan Pasifik sekarang tekanan udaranya adalah tinggi. Jadi dari tinggi ke rendah iaitu ke Timur Lautan Pasifik yang tekanan udara rendah. Maksudnya sekarang udara adalah bergerak dari barat ke timur. Jadi negara yang di Timur Lautan Pasifik sini akan menalami hujan lebat.

Walaupun sepatutnya ialah menalami musim kemarau. Sekarang dia ialah hujan lebat. Macam mana dengan negara yang terdapat di barat Lautan Pasifik, termasuklah negara Malaysia.

Dia akan malami kemarau ataupun cuaca panas walaupun sepatutnya adalah menerima hujan lebat. Jadi secara kesimpulannya, semasa fenomena El Nino, Malaysia akan malami kemarau ataupun cuaca panas. Baiklah, sekarang kita lihat fenomena lanina. Apa pula fenomena lanina?

Fenomena lanina, dia berkaitan dengan penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik yang luar biasa. Okey, iaitu yang ini. Kamu nampak tak yang warna biru tu ni? Itu adalah penurunan suhu di bahagian tengah dan juga timur Lautan Pasifik.

Sekarang kita lihat pada keadaan normal. Pemukaan Lautan yang sejuk di timur Lautan Pasifik. Itu kamu lihat di sini.

Dia ada warna biru kan? Ini adalah pemukaan Lautan yang sejuk. Dia telah menyebalkan.

tiupan angin lemah ok, dari timur ke barat Dan menyebabkan hujan di sini. Ini ialah semasa keadaan normal. Tetapi semasa lanina berlaku, maka kamu cuba lihat penurunan suhu permukaan laut yang luar biasa yang terdapat di tengah dan juga di timur Lautan Pasifik. Kamu sekarang cuba lihat yang warna biru itu sudah bertambah, betul tak?

Tadi hanya sedikit sahaja. Sekarang dia bertambah sejuk di sini. Pemukaan lautan yang terdapat di sini. Jadi dia telah membawa tiupan angin kencang.

Dari timur ke barat. Jadi apakah kesannya jika tiupan angin kencang? Dia akan membawakan hujan lebat sehingga berlakunya banjir di kawasan barat lautan. Pasifik termasuk juga Malaysia.

Jadi secara ringkasnya di Malaysia fenomena lanina akan menakibatkan pembentukan awan tebal dan membawa hujan lebat kepada negeri yang di pantai timur, Sabah dan juga Sarawak. Terutamanya ialah semasa tiupan angin monsoon timur keadaannya akan bertambah serius serta kebarangkariannya akan berlaku banjir besar seperti yang pernah berlaku di Malaysia pada tahun 2014 masa fenomena La Nina berlaku jadi rumusannya fenomena El Nino adalah berkaitan dengan peningkatan suhu dan pengurangan hujan. Dan fenomena lanina pula ialah hujan lebat yang luar biasa dan juga banjir besar.

Baik, itu sahaja untuk kelas hari ini. Cikgu berharap video ini dapat membantu anda. Terima kasih dan jangan lupa tekan subscribe sebagai tanda sokong kepada cikgu.

Kita jumpa lagi pada video yang seterusnya. Bye-bye semua!