Hai, Assalamualaikum. Mana bersama dengan saya lagi? Sehistrozy, Lat Histrozy, Tissue History. Jadi untuk video kali ini, kita berada pada topik bab yang ketujuh, Usaha Kearah Kemerdekaan.
Tingkatan 4. Okey? Dan fokus untuk video kali ini, kita akan belajar tentang soal topik 7.2 iaitu penubuhan jawatan kuasa hubungan antara kaum atau lebih dikenali sebagai CLC. Dan ini adalah antara soalan yang quite famous dalam SBM.
Jadi, persoalan yang paling utama kita nak tahu sekarang Apa itu CLC? Jadi CLC ini ditubuhkan selepas kita belajar tentang komunis pada bab yang ke-6 Bila komunis dah menghuruharakan negara Ianya telah menyebabkan berlakunya ketegangan kaum dalam negara kita Jadi ketegangan kaum telah meningkat selepas Perang Dunia Kedua Selepas Jepun keluar daripada negara kita Dan wujudnya komunis dalam negara kita Itu telah menyebabkan kaum ini bergaduh antara satu sama lain dan menyebabkan ketegangan itu berlaku dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di dalam negara kita. Dan pada waktu inilah pemimpin tempatan dan juga British sedar. Ketegangan kaum ini hanya akan membawa ke arah huru-hara dalam negara kita.
Dan pentingnya perpaduan dalam kita menuju ke arah berkerajaan sendiri. Haa, alright. Jadi, kemerdekaan yang bakal dicapai hanya akan wujud kalau ada kerjasama antara kaum. Itu sahaja kuncinya. Kalau sejak kaum masih lagi ada ketegangan antara satu sama lain, kita akan susah untuk dapatkan kemerdekaan.
Jadi, apakah caranya untuk kita wujudkan kerjasama yang lebih erat antara pelbagai kaum dalam negara kita, terutamanya tiga kaum utama iaitu Melayu, China dan juga India. Haa, dekat sinilah berlakunya beberapa perundingan. Alright, perundingan demi mencari kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di dalam negara kita.
Dan akhirnya, disitulah terjadinya atau terwujudnya idea penubuhan CLC. Pada Januari 1949, yang mana... Ianya adalah satu organisasi. So, CLC merupakan satu organisasi yang disertai atau dianggotai oleh pemimpin-pemimpin daripada pelbagai kaum.
Melayu, Cina dan sebagainya. Alright? Jadi, apa objektif sebenar CLC ini?
Apa dia punya tujuan utama dia? Yang pertama adalah untuk mengkaji hubungan antara kaum. Jadi, macam mana kita nak mengeratkan lagi hubungan antara kaum? Apa masalah yang dihadapi? Apa yang diinginkan oleh setiap kaum?
Kaum Melayu diinginkan apa? Kaum Cina diinginkan apa? Kaum India diinginkan apa di dalam negara kita?
Dan yang kedua, CLC juga ingin memperbetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di dalam negara kita. Dan yang ketiga, CLC juga bertanggungjawab untuk mewujudkan keadaan yang harmoni Dan juga muhibah. Muhibah ni maksud apa? Maksudnya perasaan cinta dan kasih sayang antara kaum yang ada di dalam negara kita. Menggunakan moto ataupun slogan kesamaan dan keadilan untuk penduduk tanah Melayu.
Maksudnya sekarang adalah CLC adalah salah satu organisasi yang menuju ke arah perpaduan kaum. Sebab apa? Sebab sebelum ini kita tak ada orang kata pertubuhan yang menggabungkan pelbagai kaum.
Semua pertubuhan atau parti politik semua berasaskan kaum masing-masing. Kita ada UMNO, kita ada MCA, kita ada MIC. Jadi, tak ada satu pun pertubuhan sebelum ini yang menggabungkan banyak kaum.
Alright? Jadi, ini salah satu cara dia untuk kita memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di dalam negara kita pada waktu itu. Okay? Jadi sekarang kita nak tengok siapakah ahli-ahli yang ada dalam CLC Alright, jadi penasihat utama adalah Macom MacDonald Alright, iaitu Governor General British di Asia Tenggara. Senang kata ketua penjajah di Asia Tenggara.
Jadi dia adalah penasihat kepada CLC. Dan pengerusinya adalah EEC Turai Singam. Salah satu daripada pemimpin dalam kalangan masyarakat India di dalam negara kita. Jadi EEC Turai Singam inilah yang dilantik menjadi pengerusi utama dalam CLC. Dan ahli-ahli CLC dibahagikan kepada Kita pergi yang pertama dahulu, wakil daripada pemimpin Melayu, kita ada Dato'Om Jaafar, Presiden UMNO, kita ada Dato'Abdul Wahab, Menteri Besar Perak, kita ada Muhammad Saleh Hakim, Ahli Perundangan Selangor, kita ada Dr. Mustafa Osman, Ahli Jatuan Kuasa UMNO dan juga Zainal Abidin Haji Abbas, seorang setiausaha daripada Parti UMNO.
Manakala, wakil daripada orang Cina pula, kita ada Tan Chen Lok. Daripada pemimpin daripada negeri Melaka, kita ada Lee Tiang Kang daripada Pulau Pinang, kita ada Sisi Tan daripada Singapura dan kita ada Yong Shok Lin daripada Selangor. Dan ahli-ahli lain yang ada dalam CLC, kita ada Roland Braddell, wakil daripada Eropah, senang kata wakil British.
Kita ada L.R. Doraisami, layar, wakil orang India dan juga Dr. J.S. Gunting. Alright, wakil daripada orang-orang serani.
Jadi mereka, jadi wakil-wakil inilah yang akan mencari cara macam mana nak wujudkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan orang Melayu, Cina dan juga India dalam negara kita. Haa, nampak tak dekat situ? Alright, jadi mereka inilah yang bertanggungjawab untuk memupuk perpaduan kaum dalam negara kita.
Okay?