Yang ni tuan-tuan, kita tak panggil nakal ni. Ni bukan nakal tuan-tuan. Ikat tangan kawan kita, ikat kaki dia, pergi tekap dengan seterika, seterika wap tu, 90 tempat, seluruh tubuh, muka dia tak kena.
Termasuk kemaluan pun kena. Ini bukan nakal tuan-tuan, ini jahat nama dia. Ada, kalau mengikut media, dia kata ada waris kepada tertuduh Dia kata dia tak puas hati sebab dia sedih kerana mahkamah rayuan telah menukar hukuman penjara yang dibuat oleh mahkamah tinggi itu kepada hukuman gantung Sebab dia kata ni budak-budak, dia kata masa nakal, budak-budak nakal, dia kata dia belum matang Tuan-tuan, bila saya baca dalam media waris kata yang budak ni dia budak nakal, belum matang Yang ni tuan-tuan, kita tak panggil nakal ni Ni bukan nakal tuan-tuan Ikat tangan kawan kita, ikat kaki dia, pergi tekap dengan seterika, seterika wab tu, 90 tempat, seluruh tubuh, muka dia tak kena. Termasuk kemaluan pun kena. Ini bukan nakal, ini jahat nama dia.
Ini jahat. Bukan nakal. Kita sebagai ibu, kita sebagai ayah, sebagai abang, sebagai waris Kita kena akui perbuatan ni bukan nakal Ini perbuatan jahat dan dia bukan jahat, dia sangat jahat Tuan-tuan tengok hakim kata apa? Cuba tuan-tuan bayang itu nanti saya cerita cuba tuan-tuan bayang masuk universiti lepas SPM kan? SPM 17 tahun lepas tu masuk asasi masuk matrik umur 18 lepas tu buat degree 1920 kan?
kita nak kata apa? nak tunggu bila matang? Nak tunggu bila matang?
Nak tunggu umur 30? 40? Tu pun masih ada. Dah kahwin, dah ada anak, umur dah 30. Main game lagi. Bila nak matang ni?
Yang dah jadi bapa orang dah. Dah jadi suami orang. Main game.
Alah teruknya tu tuan. Anak bagikan isteri jaga. Sebab apa? Sebab ayah main game. Tak boleh kacau ayah main game.
Oh, teruk. Lepas tu, game tu bagikan anak. Ayah tengok anak tak? Anak kena tengok ayah.
Takut kacau ayah. Maka maklah kena ambil anak ni pasal anak kacau ayah main game. Bila nak cerdik ni tuan-tuan?
Bila nak matang ni? Dah jadi suami orang, dah jadi bapa orang, masih lagi tak matang. Maka perbuatan ni tuan-tuan, satu perbuatan yang kita tak boleh kata budak Kita tak boleh kata dia tidak matang dan kita tak boleh kata nakal Ni bukan nakal, ini jahat dan sangat jahat Sehingga hakim dalam kes ni kata, kes yang paling luar biasa berbanding dengan kes-kes yang luar biasa Nak kata nakal kan? Ni bukan nakal Dan bukan jahat, dia sangat jahat Dia sangat kejam Kenapa?
Kita tengok Kenapa mahkamah rayuan kata 6 orang ni mesti dihukum gantung sampai mati? Kenapa yang kes di peringkat mahkamah tinggi, mahkamah rayuan tukar jadi gantung sampai mati? 304 ni tuan-tuan kita kata manslaughter ataupun homicide menyebabkan kematian menyebabkan kematian kalau murder, section 302 membunuh dengan sengaja yang jadi khilaf ni, beza benda ni berlaku dia lebih kurang je, di mahkamah civil pun sama di dalam fik jenayah pun sama antara masalah ataupun kesukaran bagi hakim hakim ni bukan senang tuan-tuan dia nak buat keputusan dia nak tentukan keputusan yang paling baik, paling tepat tu macam mana antaranya ialah untuk menentukan kes ni kes apa membunuh dengan sengaja atau membunuh tidak sengaja Antara ukuran, perkara yang perlu dilihat oleh hakim ialah alat yang digunakan.
Alat yang digunakan. Stryker WAP ni, tuan-tuan, Stryker ni bukanlah alat yang membunuh. Tapi dia boleh digunakan untuk membunuh, betul tak? Ini antara benda yang paling asas dalam perbicaraan kes bunuh iaitu nak menentukan kes ni 302 ke 304 kanun keseksaan Kalau tuan-tuan mengaji dengan saya, dalam kuliah kita fik jenayah ni kita cerita tentang dalam tashriyat jenayah islami antaranya ialah ulamak membahagikan Qatulul amd Bunuh dengan sengaja. Dengan Qatulul Khatak Membunuh yang tersilap, yang tidak sengaja.
Sebagai ulama'dia bahagi tiga. Qatulul Amdi. Membunuh dengan sengaja, dengan niat.
Qatulul Khatak Membunuh dengan tersilap, tak sengaja. Nombor tiga dia kata, Qatulul Amdi. Membunuh menyerupai sengaja.
Ataupun membunuh separuh sengaja. Nak tentukan macam mana? Jadi antara cara menentukan itu ialah dengan melihat alat yang digunakan.
Sama ada alat itu kebiasaannya membunuh ataupun tidak. Saya bagi contoh dalam fik Islam, dalam fiqah, dalam fik jenayah. Imam Abu Hanifah termasuk ulama Hanifah juga mengatakan bahawa kalau cekik, cekik ni cekik itu bukan kotul al-amd, bukan membunuh dengan sengaja berbeza dengan 3 mazhab lain mazhab Imam Syafi'i mazhab Imam Ahmad bin Yang dan mazhab Imam Malik 3 mazhab ni jumhur kata cekik memang mati cekik memang sengaja itu contoh yang saya boleh ceritakan kepada tuan-tuan betapa di kalangan ulama pun masalah cekik pun mereka berbeza pendapat apakah itu dikira sebagai sengaja membunuh ataupun menyerupai sengaja itu berbeza pandangan jadi sama, dalam mahkamah ni hakim berbeza pendapat hakim mahkamah tinggi ni dia kuat junior, dia lebih junior berbanding hakim mahkamah rayuan Hakim mahkamah rayuan, dia lebih senior, dia lebih kanan. Satu. Yang kedua, hakim mahkamah rayuan ni, tiga orang hakim dia.
Yang di atas bench tu, ada tiga kursi. Ada tiga hakim. Mahkamah tinggi, seorang je. Jadi mahkamah tinggi kata kes ni 304. Dia tak sengaja.
Dia menyebabkan kematian tanpa niat membunuh. Tapi yang tiga hakim ni mahkamah rayuan kata tak. Itu dikira sengaja. kenapa? baik kita tengok sebab apa tuan-tuan?
kenapa mahkamah rayuan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah tinggi? yang pertamanya dia kata mahkamah rayuan kata Kerana ada aggravating factors. Ada faktor-faktor yang memberatkan. Yang menyebabkan tak boleh kita bagi hukuman ringan. Yang pertamanya kerana Zulfarhanfarhan was innocent.
Zulfarhanfarhan ni tak bersalah. Dia tak ambil laptop. Dan tertuduh pun kata mereka tidak ada bukti untuk kaitkan kehilangan laptop dengan Zulfarhanfarhan Cuma pegang kata-kata Tok Bomoh tadi je yang mengikut telekan dia Zulfarhanfarhan ambil Bukti tak ada Tok Bomoh tu pun kata bukti tak ada Haa ini dia Dengan sebab dia innocent, dia tidak ada sebarang bukti nak kaitkan Zulfarhanfarhan dengan kehilangan laptop Tapi dia dipukul dan dia diseksa dengan striker Maka ini faktor yang pertama kenapa mahkamah kata mesti dikenakan hukuman berat kepada keenam-enam tertuduh Yang kedua, tindakan tertuduh dalam kes ini sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan Kenapa? Sebab tangan mangsa, maknanya tangan Zulfarhanfarhan dengan kaki dia kena ikat Masa kena ikat itulah mereka tekan, tekak serika tadi ke atas tubuh dia Keseluruh tubuh dia termasuk Kemaluan dia. Dan ini menunjukkan niat jahat mereka.
Niat jahat. Menunjukkan kekejaman mereka. Dan tidak ada peri kemanusiaan di kalangan tertuduh. Jadi nature.
Kan. Cara dia buat tu. Menunjukkan mereka ni sangat kejam.
Dan menunjukkan mereka ni ada niat yang sangat jahat. Kita tak boleh biarkan benda ni That's why Mahkamah Rayuan kata Mesti dikenakan hukuman yang lebih berat Berbanding dengan 304 Yang Mahkamah Tinggi kenakan itu Yang ketiga, kenapa? Sebab tertuduh Dalam kes ini, berterusan Menekap seterika ke atas tubuh Zulfarhanfarhan Kecuali muka dia Sehingga menghasilkan 90 kesan melecur di seluruh tubuh walaupun tertuduh ke enam-enam tertuduh telah melihat sendiri dan mendengar jeritan-jeritan daripada Zulfarhanfarhan yang tidak tahan yang tidak dapat menahan kesakitan dan bagaimana dia menggelupur kesakitan Hati kita ni tuan-tuan, perasaan kita ni kat mana? Ni kawan kita, kita tak ada bukti Hanya semata-mata Tok Bomoh yang cakap Sanggup pergi tekan seriaka, kawan tu menjerit sakit dan menggelupur sakit, kita masih buat benda macam ni. Maka mahkamah rayuan kata, ini menyebabkan mereka perlu dikenakan hukuman yang lebih berat.
Tak cukup dengan 304, mesti 302. Dan mereka menyembunyikan Zulfarhanfarhan ni Selepas dia didera dengan menggunakan seteraka Untuk mengelak daripada pihak atasan Mengetahui tentang kejadian ini Sedangkan hadirin mu'minin Dalam kes ni Keluarga Zulfarhanfarhan, keluarga mangsa, dia memberitahu kepada media bahawa sampai ke saat ini, dia kata, sampai sekarang tidak ada seorang pun wakil, waris daripada keluarga tertuduh. Semua terlibat tu. Tak ada seorang pun yang datang jumpa dengan keluarga Zulfarhanfarhan minta maaf. Cuba tuan-tuan bayang Masyarakat kita hari ni punya Rosak Dalam keadaan Anak kita Telah melakukan satu kesalahan Dan kesalahan tu sangat berat Kalau kita lihat agama kita tuan-tuan, kalau melibatkan nyawa ni, kita kena pergi minta maaf dan bayar ganti rugi.
600 ribu, 700 ribu, kalau tidak 1 juta pun tapi kalau kita tak ada harta sampai 600 ribu, at least bagi something untuk menunjukkan yang kita ni bersungguh nak minta maaf ni usahakan nak harap kita bayar ganti rugi ke bagi sagu hati dan sebagainya pergi jumpa minta maaf pun tidak teruk tentu kita tengok pengguna jalan raya sekarang sama dia langgar lampu merah kita hon kita hon tu sebab nak bagitahu imminent apa ni, bahaya tu yang hampir berlaku kemalangan, kita hon panjang dia angkat jalan raya Jadi tengah kat kita. Geram sungguh. Geram sungguh. Dia langgar lampu merah.
Hampir aksiden dengan kita. Kita hon panjang. Dia angkat jari tengah.
Patutnya dia minta maaf dengan kita. Sebab dia langgar lampu merah. Hampir kemalangan dengan kita. Kita hon. Patut minta maaf pakcik.
Tak. Dia angkat jari merah. Jadi merah pula.
Jadi tengah. Dia tu bayar anak kita, kita tua pakcik. Dia tak, dia angkat dia tengah dekat pakcik, hak tua ni.
Haa, ni masalah ni. Punya biadab. Tidak ada akhlak peribadi yang baik. Hak muda tak menghormat kepada orang tua.
Dah nampak dah pakcik tua pakai kopiah dalam kereta, minta maaf lah. Dah. Dia buat kita ni macam adik dia, dia boleh luku kepala gitu. Budak-budak sekarang. Jadi elok lah.
Dah budak ni pergi buat dekat kawan dia sampai mati, yang mak dengan ayah pun tak ada seorang pun pergi minta maaf. Haa ini, keadaan tuan-tuan. Jadi mahkamah rayuan kata apa? Mahkamah rayuan kata Keputusan mahkamah tinggi ni salah The high court decision was wrong Sebab apa?
Dia kata sebab Dia kata tertuduh ni had intent to cause bodily injury and that the persecution did not need to prove they had the intent to cause bodily injury which is ordinarily sufficient to cause death dia gini saya nak cerita dekat tuan-tuan nak bagi bahasa lebih mudah untuk tuan-tuan faham kita nak kata orang ni sengaja bunuh Budak enam orang ni, pelajar enam orang ni, sengaja bunuh kawan dia, Zulfarhanfarahan. Macam mana kita nak tahu dia sengaja? Sengaja bunuh?
Sedangkan kita tak boleh buka korek dada dia, belah dada dia, kita tak boleh, kita tak tahu. niat dia apa dalam undang-undang dia ada actus reus dan dia ada mens rea dia ada perbuatan yang kita nampak secara fizikal pada zahir tu kita boleh nampak satu lagi Ansriah. Dia punya niat jahat.
Dia punya bad intention. Niat jahat dia buat jenayah. Jadi niat dia itu kita ketahui melalui perbuatan dia. Benda dalam hati dia kita tak tahu.
Benda dalam kepala dia kita tak tahu. Tapi cara nak tahu benda dalam kepala, cara nak tahu benda dalam hati dia dengan cara melihat perbuatan dia. Macam tu. Macam bulan puasa Setiap kali Ramadan Selalu orang duk tanya soalan Ustaz saya terlupa niat puasa Macam mana?
Kan? Tiap-tiap tahun ada je soalan Terlupa Nak niat Nawaitu Saumaradin tu Terlupa, apa macam mana nak buat? Kita pun tanyalah dia, kita nak check hati dia tak boleh Jadi kita check perbuatan dia Kamu semalam semayang terawih ke tidak?
Dia tersemayang terawih Terawih ni tuan-tuan hanya ada dalam bulan Ramadan Zulfarhan Qaedah tak ada terawih, Zulfarhan Hijjah tak ada terawih, ni masuk Muharram tak ada terawih Terawih esok tu Ramadan, malam ni terawih Kalau esok tu malam raya, malam ni takde terawih ke tuan-tuan kat Pernilai ada buat semangat terawih, malam raya takde, kan, malam raya takde terawih, malam esok nak puasa, tu siang esok tu siang ramadhan, malam ni ramadhan tu terawih ok dia semayang terawih lepas tu tidur memang terlupa tu memang tak ada niat lah dia kata lepas tu sahur bangun tak dia kata bangun sahur bangun pukul berapa pukul 5 pagi bangun sahur 5 pagi Kalau luar bulan Ramadan, breakfast pukul berapa? Saya biasa breakfast pukul 8, pukul 9. Kadang-kadang pukul 10. Habis tu yang hambang sahur pukul 5 tu pasal apa? Dia sengih-sengih, sengih-sengih. Tak tahu nak jawab. Itu puasa lah Itu niat puasa lah Daripada semalam semayan terawih Lepas tu tidur Lepas bangun pukul 5 pagi Bangun sahur Tak ada tuan-tuan orang Kalau orang tu dia tak ada niat puasa Dia tak akan buat benda lagu tu Itu contoh Contoh, nak bagi tuan-tuan mudah nampak.
Macam mana kita ukur niat manusia. Melalui perbuatan dia. Kerina. Circumstantial evidence.
Maka dalam kes ni, niat membunuh kita tak tahu. Benda dalam hati dia, kita tak tahu. Kan? Nahnu qawmun nahkum bil zawahir wallahu yatawalla bil sara'ir. Kita hukum orang ni pada zahir.
Benda yang hidden, yang tak nampak, yang tersirat, itu Allah. Urusan dengan Allah. Maka daripada zahir Guna streka tadi Dia tekap dekat tubuh kawan tu Sampai 90 tempat Kawan tu menggelupur dan sebagainya Dia tak peduli Sampai mati kawan tu Itu dinamakan sengaja membunuh Jadi mahkamah rayuan Tidak bersetuju Dengan keputusan mahkamah tinggi Itu yang menyebabkan mahkamah rayuan Ganti hukuman penjara itu Dengan gantung sampai mati Supaya ini menjadi pelajaran Kepada masyarakat Supaya jangan dibiarkan Benda-benda macam ini berlaku