Transcript for:
Konsep Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Keluk Kemungkinan Pengeluaran ataupun KKP Dalam bahasa Inggeris kita panggil Production Possibilities Curve, PPC So, ini adalah contoh Keluk Kemungkinan Pengeluaran Dalam bentuk curve macam ni. So curve ni lah kita panggil kelop. Nak dapatkan bentuk yang macam ni. Dia mesti berdasarkan jadual. Daripada jadual lah korang boleh lukis macam ni. So sekarang ni korang kena faham dulu apa itu kerja. Keluk kemungkinan pengeluaran Ataupun KKP So basically KKP ni sebenarnya dia ada Dia berkaitan rapat Dia berkait rapat dengan masalah ekonomi So masalah ekonomi yang saya ajar sebelum ni Ada tiga Iaitu kekurangan And then daripada kekurangan tu Wujudnya pilihan Dan daripada pilihan tu wujudnya kos lepas So kekurangan, pilihan, kos lepas Ketiga, tiga ni masalah ekonomi Yang boleh ditunjuk yang ada dalam keluk kemungkinan pengeluaran. Apa maksud KKP ni? Apa definisi sebenar KKP? Korang boleh tengok dekat buku teks. Saya rujuk buku teks. Dalam buku teks, KKP ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu. So kalau tengok macam aliat tu panjang Macam susah nak faham. So sebenarnya senang je. So dalam definisi tu, ada 3 point yang korang kena ingat. Ataupun 3 point ni penting lah. So 3 point ni korang kena ingat dan faham. So kalau korang tengok ayat tu, point yang pertama ialah had maksimum tingkat pengeluaran. Saya singkatkan ia adalah pengeluaran maksimum. Apa maksud pengeluaran maksimum? Maksudnya, KKP ni sebenarnya dia nak tunjukkan kat kita Iaitu paling banyak berapa kuantiti output yang company itu ataupun negara itu boleh keluarkan Berapa paling banyak dia boleh hasilkan barang itu So kita boleh tengok daripada KKP ni lah Pengeluaran maksimum tu dia tengok ada dua faktor Sama ada dia punya sumber ekonomi ataupun tingkat teknologi Faktor pengeluaran ataupun sumber ekonomi ni Saya dah ajar sebelum ni ada empat Buruh modal tanah usahawan untuk mencapai Sampai pengeluaran maksimum. Adakah kompani itu ataupun negara itu, dia menggunakan sumber ekonomi yang ada itu dengan sebaik mungkin. Maksudnya, adakah kompani itu ataupun negara itu menggunakan sepenuhnya sumber ekonomi yang dia ada. Sumber ekonomi ataupun faktor penyewaran ini, dia boleh mewujudkan tiga masalah sebenarnya. Ok, kalau sumber ekonomi tu, company ataupun negara tu digunakan secara cekap maksudnya digunakan sumber ekonomi yang dia ada tu dengan sebaik mungkin digunakan sepenuhnya lah digunakan sepenuhnya sumber ekonomi yang dia ada maka wujud masalah pilihan yang ni kalau digunakan semua faktor pengeluaran yang dia ada tapi kalau dia tak gunakan semua, digunakan sikit je ataupun setengah, dia tak habis guna lah so itu akan wujudkan masalah pembaziran Atau ataupun penangguran. Tadi satu, kalau company itu, dia tak reti nak manage dia punya sumber ekonomi dia. Maksudnya, sumber ekonomi yang dia ada itu sebenarnya tak cukup untuk menampung keperluan ataupun kehendak sesebuah syarikat ataupun negara itu. So, itu akan menyebabkan masalah apa? Masalah kekurangan. Sumber ekonomi tak cukup akan mewujudkan masalah kekurangan. contoh macam dalam sebuah rumah, katakanlah ok, katakanlah akhir awak, bajet yang beras untuk satu isi rumah keluarga awak makan selama sebulan tu, dua kekilo so, pada awal bulan, dapat je kali dia terus beli beras dua kekilo ok, so dia bajet beras dua kekilo tu cukup lah untuk sampai hujung bulan, ok, so macam tu jugalah, beras tu umpama macam kita punya sumber ekonomi ataupun faktor pengeluaran ok, kalau lah family tu Dia gunakan beras tu Dia gunakan beras tu sebaik mungkin Dia gunakan semua beras yang ada tu So itu akan mewujudkan pilihan Sama ada nak guna beras tu nak masak nasi goreng ke Ataupun nak buat, nak masak nasi biasa ke Ataupun nak masak bubur ke So wujudnya pilihan-pilihan So, kalau lah family tu pula Dia tak gunakan beras tu habis Pada hujung bulan ayah dia ni notice Yang perasanya berat. Beras tu tak habis pun. So, membazir lah. Dia beli, dia dah beli 20kg. Tapi, family dia tak gunakan habis beras tu. So, akhir-akhirnya, pembaziran. Ok. Tapi, kalau pada hujung bulan, ataupun pada... Pada pertengahan bulan. Mak dia beritahu bapak dia. Tak cukup lah beras ni. Kena beli lagi. Maksudnya apa? Maksudnya. Beras tu tak cukup. Sampai hujung bulan. Itulah menyebabkan masalah kekurangan. Beras yang ada tu tak cukup untuk sebulan So maybe dia kena beli 30kg, 40kg baru cukup untuk sampai sebulan So itu contohlah masalah beras dalam sebuah family atau perkeluarga Sama juga macam ekonomi So orang kata kita boleh samakan beras tu sama macam sumber ekonomi Poin yang ketiga mengikut definisi KKP itu ialah So maksudnya, company tu dia boleh keluarkan pengeluaran yang paling maksimum adalah berdasarkan tingkat teknologi. Kalau company tu ataupun negara tu dia menggunakan teknologi-teknologi yang canggih, yang terkini, yang diperlukan, yang memang diperlukan oleh industri. So itu secara tak langsung dapat meningkatkan pengeluaran sesebuah syarikat. Kes pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan dapat dikeluarkan dengan lebih banyak lagi. So, pengeluaran dapat dilakukan dengan lebih cekap, lebih efisien dengan teknologi yang canggih, teknologi baru. Sebaliknya, kalau syarikat ataupun negara itu masih menggunakan teknologi yang lama, orang kata ikut cara tradisional lah, so dia akan affect dari segi pengeluaran. Syarikat ataupun negara itu, Dia tak dapat nak keluarkan barang Atau Walaupun perkhidmatan dengan sebanyak boleh, sebanyak yang boleh. Dia tak boleh keluarkan barang dengan banyak lah. Okey, disebabkan teknologi dia masih lagi pada tahap yang lama. Okey, dan lagi satu, of course lah dia akan melibatkan kos. Okey, so bila pakai cara traditional ataupun pakai cara lama ni, kos dia agak besar. Okay, compare dengan new technology Okay, dia akan secara tak langsung akan mengurangkan kos, kos penyuaran. So, bila kita analisis KKP ni, kita boleh tahu masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat ataupun negara tu lah. So, untuk menganalisis ni, kita kena buat beberapa andaian ataupun estimation lah. Poin yang pertama ialah guna tenaga penuh. So, kita mengandaikan yang ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh. Maksudnya apa? Guna tenaga penuh itu adalah satu keadaan di mana negara itu kadar pengangguran dia ialah 4% ataupun kurang daripada 4%. Andaian yang kedua, ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang. Dua saja. Tapi hakikatnya sebenarnya, kompani ataupun negara itu mengeluarkan lebih daripada dua barang. Dia ada banyak barang. Tapi untuk buat kelop kemungkinan pengeluaran JKP ni kita andaikan yang komponen ataupun negara itu buat dua barang je. Sebab senang kita nak faham. Pada yang ketiga ialah sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap. Maksudnya, bila sumber ekonomi itu terhad dan tetap, dia akan mewujudkan masalah. Kalau sumber ekonomi kompani ataupun negara itu dah cukup, buat apa kita nak buat KKP ini? Sebab KKP ini untuk menunjukkan ia berkaitan dengan masalah ekonomi. Kalau sumber ekonomi dia cukup Cukup maksudnya dia tak ada masalah ekonomi. Okay. So, sebab tu kita andaikan yang sumber ekonomi tu terhad dan tidak tetap. Pada andaian yang keempat ialah tingkat teknologi adalah tetap. So, kita andaikan yang teknologi yang digunakan tu tetap fix. Dia tak berubah lah. Okay. Dia tak gunakan teknologi yang lama ataupun dia tak gunakan teknologi baru. Dia masih menggunakan teknologi yang sama je. Dia tak berubah. Mungkin kalau digunakan katakanlah kompani itu atau... persyarikat tu dia upgrade, ok, digunakan teknologi yang baru. So, kalau digunakan teknologi yang baru, masalah ekonomi tak wujud, ok. Tapi kalau dia masih menggunakan teknologi yang lama, kemungkinan masalah ekonomi tu wujud. Ok, so kalau korang tengok dekat jadual, kita tengok jadual ni dulu. Kita tengok jadual ni, baru kita tengok yang keluk ni. Ok, so daripada jadual ni korang boleh tengok keluk. Ok, contoh, kombinasi pengeluaran. So, ikut assumption ataupun andai tadi kita andaikan yang Ada dua, dia keluarkan dua jenis barang je. So, dua jenis barang tu ialah pakaian dan makanan. So, pakaian dan makanan ni adalah output lah. So, pakaian tu kita kira dalam ribu live. Lepas tu makanan tu kita kira dalam time metric. So kombinasi pemiluaran tu adalah kombinasi output lah maksudnya Dia keluarkan, dia menghasilkan, mengeluarkan pakaian dan makanan dalam satu masa So itu kita panggil kombinasi output Pengeluaran lah. So dia ada kombinasi yang tertentu. Okey. Titik-titik R, S, T, U, V. Daripada jadual ni kita akan pindahkan. Kita akan jadikan dia keluk lah. Okey. So paksi yang Y ni adalah makanan. Termetrik. Dan paksi yang X tu adalah pakaian. Okey. So contoh ni. Okey. R. R, 0, 20. Tandatangani titik ni R. S, 4, 19. 4, 19. T, 8, 17. 8, 17 U, 12, 13 12, 13 V, 16, 0 16, 0 So, daripada R ke V ni Inilah dipanggil ke low Kan ada dua output kan Ataupun dua pengeluaran Pakaian dan makanan So, yang first korang cari yang mana Ada nombor kosong Yang ada nombor kosong tu Titik mana? Itu R dengan V So, nampak tak? Kalau yang ni pakaian kosong Makanan 20. Kalau yang ni, pakaian 16, makanan kosong. Kalau titik R. Kalau titik R, maksudnya, ok, maksudnya, company ataupun negara tu dia menggunakan semua faktor pengeluaran yang dia ada untuk mengeluarkan makanan. Maksudnya, dia tak keluarkan langsung pakaian. Dia tak menghasilkan pakaian. Zero. Dia tak buat pakaian langsung. Ok, dia hanya fokus dekat makanan. So digunakan semua sumber ekonomi, dia gunakan semua faktor pengeluaran yang dia ada tu untuk menghasilkan, untuk mengeluarkan makanan. Okay? So, dia hanya fokus dekat makanan. Okay? So, pada titik R ni, contohnya, pakaian 0, dia tak buat dan makanan 20. Okay? 20 ton matrik. Sama juga macam titik V ni. Okay? Kombinasi pengeluaran V. Pada titik V ni, okay, dia terbalik. Maksudnya, dia gunakan semua faktor pengeluaran yang dia ada untuk Untuk mengeluarkan pakaian. Tadi makanan ni pakaian pula. So, yang ini dia keluarkan pakaian, dia langsung tak keluarkan makanan. Dia tak mengeluarkan makanan, sebaliknya dia fokus dekat pakaian saja. Ini yang point yang pertama. Okay, so point yang kedua. Daripada jadual ni korang boleh tengok yang mana yang ada dua-dua nombor. Okay. Maksudnya, pakaian ada kuantiti dia, makanan pun ada kuantiti dia. Jadi, berdua itu ada nama. Okay, so kombinasi pengeluaran STW, K22 tu ada dia punya kuantiti masing-masing. Maksudnya akan wujud masalah pilihan. Kalau korang tengok STW ni, titik STW, dia lebihkan makanan. Dia banyak keluarkan makanan daripada pakaian. Tapi dia adalah kuantiti-kuantiti yang tertentu. Okay, so kalau yang ni, yang ni dia banyak sangat lebihkan makanan daripada pakaian. Kalau yang ni slightly different, ok. Tapi dia masih lebihkan makanan daripada pakaian. Ok, so dia ada kombinasi output yang tertentu lah, ok. So, sebab tu dia wujudnya pilihan. Ok, pilihan sama ada. You nak lebihkan yang mana and you nak kurangkan yang mana. Ok, so kalau ikut yang ni, dia lebihkan makanan, dia kurangkan pakaian. Ok, so tadi kita dah tengok jadual. Sekarang kita tengok kelop pula, ok. KKP peluk kemungkinan pengeluaran. Ok, so daripada ni ada beberapa titik. So, setiap titik tu ataupun setiap kombinasi pengeluaran tu adalah penting. Dia ada, point-point tu ada makna dia. Ok, kita kena kurangkan apa maksud dia. So, yang pertama, kalau korang tengok titik tu berada di atas keluk macam ni. Dia betul-betul berada di atas keluk. So itu menunjukkan apa? Itu menunjukkan yang company ataupun negara tu dia menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada. Okey? So bila menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada akan wujudnya masalah pilihan. Okey? So dekat sini point-point yang ada dekat atas teluk ni dia akan ada masalah pilihan. Okey? So sini ada masalah pilihan. Kalau korang tengok titik RSTUV Okey Terima kasih. Apa tu titik-titik ni? Titik-titik yang dekat atas penut ni Dia menunjukkan bahawa Pada masa ni dia mencapai tingkat guna tenaga penuh Maksudnya tahap pengangguran adalah 4% Ataupun kurang daripada 4%. Okay. So dia capai guna, dia capai tingkat guna tenaga penuh disebabkan oleh dia menggunakan semua faktor pengeluaran yang dia ada tu. So pada titik Y ni, titik Y ni dia berada dekat luar. low dekat luar KKP. So, korang kena ingat titik yang berada dekat luar, luar daripada KKP, daripada ke low ni, so dia akan wujudkan masalah kekurangan ataupun ketidakupayaan ekonomi. Okay? So, kekurangan ataupun ketidakupayaan ekonomi tu maksudnya dia punya sumber ekonomi ataupun faktor pengeluaran tu tak cukup. Okay? So, disebabkan tak cukup tu lah, okay, mewujudkan masalah ni ok, tengok pada titik W pula. Okey, so titik W ni dia berada dalam keluk. Maksudnya, dia berada dekat bawah keluk ni. Dalam keluk dekat bawah dia. Okey, so kalau yang ni mewujudkan satu masalah lain pula. Okey, kalau yang ni masalah, apa masalah pengangguran ataupun pembaziran. Kalau yang dekat Y ni, okey, kalau titik Y ni, maksudnya dia sumber ekonomi dia tak cukup sebab tu mewujudkan kekurangan. Tapi sebaliknya kalau kat W ni Dia tak gunakan sepenuhnya sumber ekonomi yang dia ada tu Maksudnya ada sumber ekonomi tu terlebih Dia tak gunakan sumber ekonomi yang ada tu dengan cekap So bila terlebih, itulah wujudnya pembaziran ataupun pengangguran Dia tak gunakan sepenuhnya sumber ekonomi yang dia ada Kalau company tu ataupun negara tu nak menambahkan kuantiti Contohlah, kalau dia tambahkan makanan, dia kena kurangkan pakaian Kalau dia nak tambahkan pakaian, dia kena kurangkan makanan. Bila dia nak tambahkan makanan, dia kurangkan pakaian. So, pakaian tu ialah kos lepas. So, akan wujudnya satu lagi masalah iaitu masalah kos lepas. Kalau dia nak tambahkan kuantiti sesuatu output. Contoh yang lain, kalau dia nak tambahkan pakaian. Dia nak tambahkan pakaian, dia kena kurangkan makanan. So, makanan ni adalah kos lepas. Sebarang perubahan kuantiti output ataupun kombinasi pengeluaran ataupun apa itu, sebarang perubahan dia akan mewujudkan masalah kos lepas. Sebab satu kena bertambah, satu lagi kurang. Macam tu. Daripada kelop kemungkinan pengeluaran ni, so korang boleh kira kos lepas lah, ok. So, kos lepas tu adalah perubahan daripada satu titik kombinasi pengeluaran kepada satu titik kombinasi pengeluaran yang lain. Ok. So, contohnya daripada R ke S, S ke R, atau S ke T, T ke U dan sebagainya lah. Okey, kalau ikut dalam buku teks Perubahan tu adalah daripada R ke S, S ke T, T ke U, U ke V Macam mana nak kira kos lepas? Kos lepas katakanlah daripada titik mana? R ke S Katakanlah daripada R pergi ke S Kita kena kira kos lepas dia Formula untuk kos lepas adalah pengurangan berapa kuantiti yang berkualiti kurang tu, bahagi dengan pertambahan kuasiti tu. Okay, so sebelum ni saya ada bagitahu, kalau berlakunya pertambahan, okay, itu adalah pertama terbaik yang berkurang tu, itu adalah kedua terbaik yang kita terpaksa lepaskan. So, daripada RKS ni kita kena tengok mana yang bertambah, mana yang berkurang. Okay, so tengok RKS, dia punya makanan 20 ke 19, maksudnya yang ini berkurang. So, kalau yang ini pula dari segi Sigi pakaian. Okey. Daripada kosong dia pergi ke empat. Maksudnya dia bertambah. Okey. Maksudnya daripada R ke S ni dia nak tambahkan pakaian. Maksudnya pakaian ni ialah pertama terbaik. Yang makanan ni ialah kedua terbaik. So dilepaskan makanan untuk dia dapatkan pakaian. Okey. So kita kiralah. Okey. Kos lepas untuk mendapatkan pakaian. Ataupun kos lepas pakaian ialah. Okey. So yang berkurang tu berapa? Okey. Berkurang tu berapa? Okey. Yang berkurang tu, yang ni. Ok. So, korang tak boleh buat, memanglah 20 ke 19. Tapi korang tak boleh buat 20 tolak 19. Sebab nanti korang dapat positif. So, korang terbalikkan. 19 tolak 20 baru korang dapat negatif. Ok. So, 19 tolak 20 bahagi dengan yang ni pun. Kalau kosong tolak 4 akan dapat negatif. So, korang kena terbalikkan untuk dapatkan positif. Ok. So, 4 tolak kosong dapat 4 lah. Ok. So 19 tolak negatif 20, negatif 1 bahagi dengan 4 tolak kosong. 4. So, jawapan ni ialah negatif 1 per 4 ataupun negatif 0.25. Ok. So, sini negatif 0.25. Kos lepas daripada R ke S ialah negatif 0.25. Kalau tengok dekat buku teks, ok. Dia dah bagi dah set siap. Ok, yang ini kos lepas ni kos negatif 0.25. Lepas tu dia naik, dia jadi negatif 0.2. Lepas tu naik lagi, negatif 1.0. Naik lagi, negatif 3.25. So, maksudnya apa? Maksudnya, kos lepas tu mengalami peningkatan. Kos lepas tu meningkat daripada R, titik R ke B. So, kalau kos lepas tu semakin meningkat, maksudnya semakin banyak barang yang terpaksa dilepaskan untuk menambahkan satu barang yang lain. So, lagi satu Dia punya kos lepas ini meningkat disebabkan oleh dia punya faktor pengeluaran dia tidak sama cekap. Maksudnya memanglah dia menggunakan semua faktor pengeluaran yang dia ada pada titik-titik dekat atas keluk ini. Tapi dia punya cara yang digunakan, cara yang dia gunakan faktor pengeluaran itu tidak sama cekap. Ada yang cekap, ada yang tidak. Kita tak sama. So, disebabkan itulah wujudnya masalah kos lepas ini.