Transcript for:
Ceramah Menyambut Ramadan Dengan Kesedaran

So, itu kita duka cerita lah di bandaraya kita, di daerah kita ini, di Kuantan ini dikejutkan dengan tragedi yang menimpa seorang warga Kuantan. Jadi, kita sebagai orang Kuantan cubik perkanan, cubik perkiri pun terasa jugalah. Kita terasa dengan tragedi ini iaitu pada 13 Februari 2025 jenazah seorang peniaga wanita baru berusia 37 tahun ditemui dekat dengan Jambatan Tanjung Lumpur. Dan mangsa dilaporkan keluar untuk menghantar pesanan sambaikan bilik garing kepada seorang pelanggan menggunakan kaedah COD, cash on delivery. Jadi susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dan Alhamdulillah berjaya menahan seorang suspek berusia 53 tahun yang mereka syaki terlibat dalam kejadian itu. Dan suspek itu ditahan pada 15 Februari 2025 hari semalam. Sekitar pukul 5.30 pagi di wakah tembesu di Gong Badok, Kuala Negus. Kita ucapkan takziah kepada keluarga, taniah kepada PDRM dan selaga warga Kuantan dan kita juga, sama orang Islam, marilah kita menghadiahkan umur kitab kepada almarhumah. Rabbana takobal minna biseril fatihah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma salli ala Sayyidina Muhammadin abdika wa rasulika nabiil ummi wa ala alihi wa sahbihi wa sallim Allahumma alimna ma yanfa'una wa anfa'na bima'allamtana wa zidna ilman wa rizukna fahman wa fakihna fi'ddin wa alimna ta'wil mubin wa ja'alna minal mukhlaseenal mukhlaseen Allahumma inna nas'aluka fahman nabiyyin wa hibzul mursaleen وَإِلْهَامَ الْمَلَائِكَةِ الْمُكُرَّبِينَ اللَّهُمَّ أَغْنِنَا بِالْعِلْمِ وَزَيِّنَا بِالْحِلْمِ وَأَكْرِمْنَا بِالْتَقْوَى وَجَمِلْنَا بِالْعَفِيَةِ Ya Allah, kayakan kami dengan ilmu-umu, cahaya hikmah hati bersatu, hiasi kami dengan kelembutan, agar sabar jadi kekuatan. Mulihkan kami dengan taqwa yang suci, jalan lurus menuju negeri abadi, cantikkan kami dengan afiat. Kesihatan dan rahmah melimpah ruah. Allahumma barik lanafis sya'ban wa baligna ramadhan. Mengkasih Yang Berusaha Al-Fadir Ustaz Zainal Abidin bin Muhammad selaku pengacara majlis. Yang saya hormati para pegawai ala-ali jatuan kuasa Masjid Al-Shakirin dan Mansara Kuantan. Tuan-tuan guru, para alim ulama, para habaib, muslimin, muslimat, hadratul mukarramin. maaf jika tak disebut nama ke semuanya mana yang besar kau tak diimbau gelar yang patut tak dipatutkan yang tua tak dituakan yang beradat tak diadatkan yang dahulu dikemudiakan kau mana yang datuk dengan pangkatnya yang alim dengan ilmunya yang puluh dengan ulunya saya doakan semuanya sejahtera dalam perlimpahan rahmah dan barakah saya dahului dengan penyataan tahmid kesyukuran atas pertemuan semula pada malam ini Setelah kali terakhir saya sampai ke masjid ini menyampaikan ceramah, kira-kira 2,303 hari yang lalu. Iaitu hari Ahad 28 Oktober tahun 2018. Maknanya sudah 6 tahun 3 bulan 19 hari. Ceramah sempena ambang karnival Masjid Asyakirin. Ketika itu kita melancarkan lot wakaf dana penaik tarafan Masjid Asyakirin Bandar Damansara Kuantan. yang saya percaya dah pun siap dan tak ngajak lalu saya minum air bila dah siap. Dan masa itu kita bincangkan satu tajuk, bagaimana nak bangunkan rumah di surga. Masa itulah siapa yang ingat. Dan insyaAllah pada malam ini, saya diminta menyampaikan satu tajuk, andainya ini Ramadan terakhir. Hadirin hadirat sekalian, tajuk ini, jangan kita pandang dari sudut negatif. Sebab ada setengah orang dia sensitif sikit dengan tajuk, andainya ini Ramadan terakhir. Seolah-olah macam, kamu ni nak mati sangatlah gaya ni tajuk ni. Ada setengah orang sensitif. Saban tahun bila ada penganjur yang adakan tajuk ini memang ada polemik di kalangan sesetengah orang. Jemaah. Tajuk ini tuan-tuan, kita sebenarnya adalah motivasi untuk nak meningkatkan kualiti sebab sememangnya motivasi untuk meningkatkan kualiti apa sahaja ibadah adalah dengan ingat pada mati. Itu motivasinya sesuai dengan ungkapan yang pernah dikaitkan dengan Sayyidina Ali r.a. kata beliau اعمل لدنياك كأنك تعيش أبدا وَأَمَلْ لِأَخِرَتِكَ كَأَنَّ كَتَمُ تُغَدَى Bekerjalah untuk dunia, seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya, tak mati-mati. Tetapi beramallah untuk akhirat, seolah-olah engkau akan mati esok. Itu kan semangat. Bila bekerja, jangan ingat mati. Kerja, rajin sungguh kerja, bagus. Kalau ibadat pula, ingat mati. Dia jadi kualiti. Yang kita jadi tak kualiti sebab pakai terbalik. Bekerjalah untuk dunia seolah-olah muka mati besok dan beramalah untuk akhirat seolah-olah muka hidup selama-lamanya. Itu yang tak pernah kualiti. Asal suruh rajin kerja, tak payah rajinlah sangat ustaz. Esok lusa matilah kita ni. Sampai sudah tak pergi kerja. Tapi tanggung ibadat ingat sangat pasal malamnya, mie gorengnya, ngeteh susah. Maka dia motivasi. Sebab itu kalau kita ambil solat misalnya. Mengingati kematian, Boleh membantu kita untuk khusyuk dalam semayang. Sebab itu ada satu riwayat daripada Imam Al-Bayhaqi dalam kitab Al-Zuhud. Disebutkan satu riwayat, اُذْكُرِ الْمَوْتَ فِي صَلَاتِكَ فَإِنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ الْمَوْتَ فِي صَلَاتِهِ فَهَرِيُّ أَنْ يُحْسِنَ صَلَاتَهُ Ingatlah kematian ketika semayangmu. Kerana jika seorang mengingati mati dalam semayang, maka otomatik dia akan mempermolekan solatnya. وَصَلِّ صَلَاةً رَجُلِ اللَّهِ يَظُنُو أَنَّا يُصَلِّ صَلَاةً غَيْرِهَا Semayanglah seperti semayang orang yang tidak menyangka bahawa dia masih ada kesempatan untuk melakukan solat yang satu lagi. Ini riwayat Al-Bayhaqi. Malah kalau maghrib tadi, kita ada suatu sangkaan bahawa belum tentu kita berjumpa dengan insya' lepas ni sekarang. maka maghrib tadi akan berkualiti ataupun maghrib yang kita buat tadi kita setakkan satu anggapan mungkin hari esok aku tak sempat semayam maghrib inilah maghrib terakhir aku pada hari ini maka otomatik kita akan tumpukan kepada semayam maghrib kita dengan sebaik-baiknya maka hadirin hadirat, berpuasa lah jua dengan beranggapan bahawa kita tak akan berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan Kerana umur kita ni, umur manusia ni, dia ikut nisbah umur Nabi masing-masing. Maka mustahil kita dapat menongkat langit. Kalau kita umat Nabi Adam, ya umur Nabi Adam seribu tahun, maka umatnya lebih kurang itu jugalah. Kalau umat Nabi Idris, 865 tahun. Nabi Nos, 950 tahun. Nabi Hud, 464 tahun. Nabi Ibrahim 200 tahun, Nabi Ismail 137 tahun, Nabi Ishak 180 tahun, Nabi Yaakob 137 tahun, Nabi Yusuf 110 tahun, Nabi Ayyub 93 tahun, Nabi Musa 120 tahun, Nabi Harun 122 tahun, Nabi Daud 100 tahun, Nabi Ishak Al-Masih 33 tahun ketika diangkat, Nabi kita umur 63 tahun. Artinya, Perunjung-perunjung Nabi-Nabi ni dah tak ada rat-rat-rat tak ada dah. Ratuh-ratuh tak ada, puluh-puluh je. Apatah lagi bagi kita, umur kita ni telah disebutkan oleh Nabi SAW, أَأْمَارُ أُمَّةِ مَا بَيْنَ سِتِينَ إِلَىٰ سَبْعِينَ وَأَقَلُهُمَّ يَجُوذُ زَلِكَةٍ Ini confirm lah. Kata Nabi, umat aku average umurnya antara 60 sampai 70 sahaja. Amat sedikit mereka yang lebih daripada itu. Hadis riwayat Tirmidhi, Ibn Umar Jah dan juga Al-Hakim. Walaupun kita tak nafi sekarang sebabkan orang zaman modern kesihatan yang orang jaga, ada orang yang berjaya mencecah umur super centenarian. Iaitu boleh hidup sampai 110 tahun. Dan ada juga yang semi super centenarian hidup sampai 105 tahun. Tapi tak ramai. Wa'ak. Tak ramai manusia boleh sampai umur rat-rat sekarang ini. Dan zaman sekarang ini dikatakan mustahil manusia boleh menjangkau usia lebih daripada 155 tahun. Dan ada satu kajian pernah dibuat, usia... 125 tahun adalah batas terakhir umur manusia sekarang. Maka dengan umur kita yang tidak menentu, marilah kita beranggapan ini Ramadan terakhir. Walaupun life expectancy di Malaysia ini okey lah kalau lelaki average 73.2 tahun. Kalau perempuan 77.6 tahun. Maknanya total life expectancy di Malaysia 75.3 tahun. Kita ranking ke-71 dalam World Life Expansion. Mungkin ada yang kata, oh boleh sekarang umur 80-80 lebih. Boleh, tetapi ada ulama' mensyarahkan hadis ini yang Nabi sebut 60-70 adalah umur yang macam manusia normal. Kalau 80, barangkali lebih banyak baring pada diri. Jadi dia tak berapa normal. Kena dijaga, kena di... Macam baby lah, anak-anak jadi tak boleh berjalan jauh, nak kena mengadap. kepada kita. 70 cantik lah tuan-tuan. Lepas tu meninggal je lah nak panjang-panjang berapa lama lagi. Padanlah Allah bagi kita cukup lah tu. Nabi 63 je. Ni bukan doa tuan-tuan meninggal. Tidak. Jangan panjang-panjang lah si anak cucu banyak kerja lain nak buat. Nak pergi umroh. Apa susah. Tapi bukanlah ini bermakna orang muda-muda jangan sengih sorang. Tak bermakna orang muda tak mati. Jangan. Sebab kematian ni tuan-tuan adalah benda misteri. Tak ada orang boleh jangka bila kita mati. Tak ada orang pun tahu bila kita mati. Baik itu dalam Palsapah Jawa disebutkan lima perkara, tak ada orang boleh beri kepastian. Siji, Pesti, Loro, Codok, Telur, Wahyu, Papat, Kodrat, Limau, Bandar. Nombor satu sekali, Pesti, Mati. Tak ada orang boleh tahu. Macam mana kita mati, di mana kita mati. Ustaz-ustaz pun belum tentu. Mati di Mekah tentuan, belum tentu. Ustaz-ustaz pun belum tentu mati hari jemaat, belum tentu. Tapi ada orang artis je, dia nak hijrah balik ke jalan yang bagus, meninggal dalam masjid, ada. Artis, pelakon meninggal depan Kaabah, ada. Jemaah meninggal di Mekah, lebih ramai daripada Motaweh meninggal di Mekah, jangan main. Sebab tak ada orang boleh jangka. Loro jodoh, jodoh tak ada orang boleh tahu. Jodoh kita tak ada orang boleh tahu. Begitu juga anugerah, nasib, rezeki. Tak ada orang boleh tahu satu kepastian. Tapi apa yang boleh kita pasti bahawa ajal kita ini memang sudah pun tercatat di loh mahfuz sebelum kita diciptakan lagi. Dan ketika ajal kita sudah tiba tidak ada yang dapat mempercepatkan satu saat atau melambatkannya satu saat. Itu Allah jaminkan, وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٍ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَقْخِرُونَ سَعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ Tiap-tiap umat ni dia ada batas waktunya. Maka bila datang batas dia, tak boleh dia nak berundur barang sesaat dan tidak boleh juga dia mempercepatkannya. Surah Al-A'raf, ayat 34. Di depan saya pada malam ni semua calon-calon semua ni. Semua ni yang duduk di bawah ni Semua calon Calon apa? Calon top 4? Belum tahu Calon yang berhormat? Sabar dulu Cabut calon menteri besar? Belum pasti Calon perdana menteri? Mimpi Calon jenazah? Pasti Ni semua calon-calon jenazah yang bawah lah Yang atas ni lambat sikit lah Yang bawah ni cepat Sebab itu kata Anas bin Malik, dia memerfukkan satu riwayat kepada Nabi إِنَّ مِنْ أَمَرَاتِ السَّاعَةِ أَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفَجْعَاتِ Antara tanda kiamat ni dekat, banyak berlaku kematian secara mengejut, mendadak. Ni hadis riwayat At-Tabrani dalam As-Saghir dan juga Al-Awsad dari gurunya Al-Haytham bin Khalid. Ramai yang senang tuan-tuan, kita rasa baru jumpa dia. sehari dua ni, dengar cerita meninggal dah dan ada orang yang meninggal ni pulak kadang-kadang, terdiri daripada orang orang sehat, sebab itulah kepada kita malam ni, jangan ingat mentang-mentang kita hari-hari kayuh basikal sampai ke pekan dia tiap hujung minggu lah maksudnya, atau hari-hari jogging siap tampal marathon calculator tu dalam facebook, social media 3.66 kilometer, time 32.41, pace 8.55, jangan ingat tak mati, jangan ingat exercise hari-hari tak mati, lepas tu saya selalu kabel ke geng-geng yang kuat exercise awak, stamina kuat, patutnya terawih esok 36 rokaat dengan awak ni, kita orang ni pemalah. Awak sihat sangat, gaya ni. Nampakkan topi spek hitam seluruh ketat berlari, kuluh kilit. Takkan buat lapar komen sepanjang. Ni contoh janganlah kecil hati. Bila sebut tentang terawih, yalah terawih ni satu ibadat. Yang sekarang ni, dia berapa jumlah terawih sebenarnya. Ni kalau cerita terawih sikit, ya. Kata Aisyah RA, maka Rasulullah SAW, yazidu fi ramadhan wala fi ghairi ala ihda ashrata rak'atan. Yusalli arba'an fala tas'al an husnihinna wa tulihinnah. Itu isteri dia sendiri bercerita. Kata Aisyah, Nabi ni, perangai dia, dia tidak pernah semayang sunat lebih sebelah rak'at. Tak kira bulan ramadhan atau di luar ramadhan. Dan Nabi dia akan semayam 4 rakaat dengan salam untuk setiap 2 rakaat. Dan kata Aisyah, فَلَا تَسْأَلْ أَنْ حُسْنِهِنَّا وَطُولِهِنَّا Engkau jangan tanya berapa panjang dia semayam. Mana Nabi bukan semayam. Supaya kita, إِذَا جَعْنَا أَطَيْنَا Nabi panjang. Nabi panjang. Beratus-ratus ayat. Dia baca 1 rakaat. Kemudian kata Aisyah lagi, ثُمَّ يُصَلِي أَرْبَعًا فَلَا تَسْأَلْ أَنْ حُسْنِهِنَّا وَطُولِهِنَّا habis dia buat 4 dia sambung lagi 4 rakaat dengan salam setiap 2 rakaat dan kau jangan tanya betapa cantik dan panjangnya semayang dia kemudian Nabi pun semayang 3 rakaat iaitu salat witir ini hadis Bukhari dan Muslim jadi itu yang geng-geng 08 ini bukan kongsi gelap ini geng-geng 8 rakaat Dia pegang sangat hadis ni Walaupun baru malam ni dengar matanya Tapi dia pegang tu Kawaii, kot Nabi ustaz, kot mana Baru malam ni dengar hadis tu sebenarnya Tapi Nabi ni Dia buat lapan Bacaannya panjang Panjang betul Itu ada banyak lah riwayatnya Maka lepas Nabi wapat Para sahabat pada awalnya Dia buat terawih bersendirilah Sebab Nabi dah tak ada Dia buat terawih buat hal-hal masing-masing Ataupun dia semayan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Maka bila tiba zaman serena Omar Al-Khattab, Omar tengok keadaan ni tak berapa comel. Maka kata Omar, tak boleh. Kita kumpulkan semua sekali, kita pakat buat semayan terawih secara berjum'ah. Dan kita tambah jadi 20 rakaat. Kenapa jadi banyak? Supaya kita pecahkan ayatnya pendek-pendek. Kalau nak ikut cara Nabi, 1 rakaat 5 juzuh. Tak buat ni kita, longgar habis lutut. Nabi panggil, lepas itu kata Imam Malik dalam Al-Mu'attaq, kata Sa'id bin Yazid, أَمَرَ عُمَى الْخَطَابُ أُبَيْ بِالْكَعَبِ وَتَمِمْ أَدَّارِي أَنْ يُصَلِّيَا بِالنَّاسِ إِحْدَى وَعِنْشِرِينَ رَكَعْتًا Umar bin Khattab, dia telah mengarahkan Ubay bin Ka'ab dan Tamim Ad-Dari supaya jadi imam semayang terawih kepada orang ramai dengan buat 21 rakaat, iaitu 20 rakaat terawih. Dengan satu witi, ini riwayat Al-Bayhaqi dalam Sunan Al-Kubra dan kata An-Nawawi dan juga Ibn Hajar, sanatnya sahih. Baik itu kata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mu'ni, kata Imam Malik, orang Madinah dulu semayan terawih 36 rokat. Itu saya kata, puan geng kuat SSIH ni patut 36 rokat. Madinah dulu semayan 36 rokat. Dan ini pendapat yang dipilih. oleh Abi Abdullah, iaitu ada juga pendapat sebagai benda As-Sawri, Abu Hanifah dan juga As-Shafi'i iaitu mengerjakan 20 rakaat. Jadi 36 ataupun 20. Bilangan solat terawih ini sememangnya ulama' khilaf antara pandangan mazhab yang disebutkan dalam beberapa kitab seperti pandangan mazhab Hanafi, Maliki, Shafei dan Hameli adalah 20 rakaat. Berdasarkan hadis daripada Khalifah Umar Al-Khattab yang memerintahkan dua sahabat jadi imam semayang terawih. Sebab itu kalangan ulamak berpandangan pada peringkat awal terawih ini memang dilaksanakan dengan memanjangkan bacaan. Tapi disebabkan manusia mulai lemah, tak larat nak berdiri lama-lama, jadi terawih sebanyak 23 rakaat dengan dipendekkan bacaan. Baca sikit-sikit seperti yang disebutkan oleh Imam Abu Al-Walid Al-Baji sebagaimana dinukilkan oleh Imam Az-Zurqani dalam syarah Al-Muatta. Dalam kitab syarah Muqtasar Khalil Al-Khorasi disebutkan Orang Madinah buat tiga rokaat, apa sebab? Kerana penduduk Madinah, dia cemburu melihat penduduk-penduduk Mekah. Orang Mekah, Masjidil Haram, setiap empat rokaat, tawah tu besar pahala. Empat rokaat, tawah. Empat rokaat, tawah. Kata geng-geng duduk Madinah, banyaklah pahala dia. Dah lah boleh tawah, untung. Jadi, orang Mandinah tambah lagi daripada 16 rakaat kepada 20 rakaat sebagai ganti kerana tak dapat tawah di Mandinah, menjadikan semayam mereka ketika itu 36 rakaat. Dan kata Al-Bisati dalam Syarah Al-Burdah, orang yang pertama melaksanakan semayam terawih 30 rakaat ialah Khalifah Omar bin Abdul Aziz. Sebab itulah kita perlu sedar bahawa kalangan ulama' Bersungguh-sungguh untuk meningkatkan bilangan rokaan kerana yakin amalan kita dapat pala yang lebih. Tapi di Malaysia tak dapat nak diamalkan, takkan mampu buat 36 ataupun 30 rokaan terawih seperti dalam mazhab Maliki. Namun kita yang bermazhab Syafi'i, khususnya di Negeri Pahang, tetap meneruhkan sembilan terawih 20 rokaan. Masjid ini berapa rokaan? Ke geng 08 juga? Lapan je ya, lantak lah tuan-tuan. Kurang eksersia tak apa kalau banyak eksersia jangan. Jadi balik daripada tadi, andai kata ini Ramadan terakhir, buatlah yang terbaik. Sebab kematian ni sentiasa melambang kita. Tuan-tuan, saya ingat kerap sangat dah kita jumpa orang yang sihat, segor-goro, tiba-tiba meninggal mengejut. Banyak sangat dah sekarang. Di negara kita ni, kematian yang paling utama penyebabnya, nombor satu, aksiden. Nombor satu. Aksiden. Ni tak tunggu sakit baru aksiden dah. Orang segar-bugar. Aksiden. Tiap-tiap hari, purata 18 orang di Malaysia ni mati di jalan raya. Setiap sejam 20 minit, akan ada seorang mati akibat kemalangan mawa. Dan Persatuan Anak Yatim Malaysia ataupun Pemperyatim menganggarkan hampir 300,000 orang akan jadi anak yatim. sebab muayyad terlibat kemalangan jalan raya. Dan secara perbandingan negara kita berada di tempat ke-47 daripada 174 negara yang tinggi sekali aksiden. Nombor satu Arab Saudi. Saya yakin tuan-tuan di sini ada sedara kenalan homing aksiden. Mesti ada punya. Mesti ada punya. Baik itu nyawa murah. Kita tak tahu apa yang berlaku. Yang kedua, orang kita banyak meninggal sekarang ni yang jenis mengejut-ngejutnya. Penyakit lah, penyakit pneumonia dengan penyakit jantung. Ni paling banyak. Saya tengok lepas pasca COVID, pneumonia ni yang paling tinggi, radam paru-paru. Pneumonia ni, penyakit yang paling banyak direkodkan dalam CJ kematian hospital. 15.2% daripada kematian-kematian yang ada direkodkan. Bayangkan jumlah penduduk Malaysia, kurang lebih 33 juta orang. Jumlah kematian akibat pneumonia, 18,181 kes. Ini semua kesan daripada pasca pandemik lah. Ramai pesakit-pesakit jantung, stroke, cancer, diabetes meninggal bukan kerana jantung stroke, cancer, diabetes. Meninggal kerana pneumonia. Pneumonia ni jangkitan pada paru-paru yang menyebabkan paru-paru dipenuhi dengan lendir dan kita jadi payah nak menapah. Ni pertama lah yang kedua penyakit paling orang kita lukuh. Mati ramai di negara ni penyakit jantung ischemic kita panggil, ischemic heart disease. Penyakit jantung ischemic ni masih menjadi meneluki carta nombor satu penyebab utama kematian di negara kita. 17.0%. Penyakit jantung ischemic ni bila saluran darah ke jantung kita tersumbat di kerana lemak dengan kolesterol. Bila sumbat, akibat... Jantung kita dia tak dapat cukup oksigen menyebabkan serangan jantung ataupun kegagalan jantung. Lagi-lagi itu berlaku 50 kematian setiap hari. Ada 18,267 kematian setahun. 12,510 orang laki, 5,757 orang pemain. 11,350 orang Melayu, 4,243 orang Cina, 2,240 Indian, 434 bangsa lain. Lepas tu saya pesan diri saya dan tuan-tuan kalau keluarga Jarah sakit jantung, pergi buat ujian ECG, elektrokardiogram, segera. Cek tekanan jantung kita macam mana, dah lah tiap-tiap malam balik masjid makan, balik masjid makan, ni contoh, contoh. Kita takde makan malam ni tak? Saya pesan lah tak payah buat makan. Makan sahaja, selesai tak? Contoh, contoh. Dan yang kita takutnya... Yang meninggal jantung ni bukan orang macam kita, maka tak tentu aruh ni. Yang meninggal ni ada hak aktif dengan kompetitif sport. Kompetitif sport ni tuan-tuan, sukan hak betul-betul berlawan. Tapi meninggal kerana SCA, dia panggil Sudden Cardiac Arrest ataupun SCD, Sudden Cardiac Death. Dalam sejarah, dalam rekod, atlet umur 35 tahun, setiap tahun dianggarkan antara 1 hingga 3 kes sudden cardiac death bagi setiap 100,000 atlet kompetitif. Penyebab utama dia, cardiomyopatik hypotronik, iaitu penyakit jantung ventrika belah kanan. Saya pun tak berpaham juga, membaca saja. Bayangkan pemain bola sepak meninggal. Kalau kita tak pernah pegang bola ni meninggal, orang tak pelik. Dia, Roti Canai, tiga keping, meninggal. Menang Sabah! Ini pemain bola sepak meninggal Sejak tahun 1889 Ada 129 orang pemain bola sepak seluruh dunia Meninggal ketika pelawanan Kalau meninggal ketika bercuti lain Tengah pelawanan Kan kita kalau nak turut main game Coach pilih yang fit je Yang cergah je boleh masuk atas padang Pasal utama yang lain reserve lah Tapi sejarah mencatatkan Berapa ratus meninggal masa tengah main Kalau buka dalam YouTube ada seorang pemain bola sapak Cameroon namanya Mark Vivian Fowl umur masa itu 28 tahun meninggal tahun 2003 masa perlawanan Cameroon menentang Columbia dalam FIFA Confederation Cup ada dalam YouTube boleh ditengok insah sekejap kita tengok begitu juga Antonio Puerta umur baru 22 tahun pemain Sevilla FC di Sepanyol meninggal tahun 2007 Masa pelawanan La Liga menintang Getafe, begitu juga David Astori, umur baru 31 tahun, kapten pasukan Fiorentin di Itali, meninggal tahun 2018. Ini sekadar contoh saja. Orang yang sehat boleh mati. Apa tahu lagi kita tak berapa nak sehat ni? Dan ada pula yang mati itu memang menjalani cara hidup sehat, mati juga! Oh kalau tengok kecara hidup dia, 120 tahun, gaya umur dia ni, edak, meninggal juga. Roti tak makan itu, tak makan harian hari, jogging, nasi tak makan, teh tarik jauh sekali, meninggal juga. Ada. Kalau kita meninggal, menang sabar, tak ada benda pantang. Membojol lalu, melintam patah, menang sabar meninggal. Saya ambil contoh, tak tahulah orang muda kenal, tahu apa tu tak? Michael Jackson. Michael Jackson. Michael Jackson ni meninggal mengejut. tahun 2009 kalau kita baca sejarah Michael Jackson ni dia orang yang paling mengamalkan cara hidup sehat Michael Jackson tuan-tuan kita baru kenal pakai topeng ni sejak Covid ya dia daripada dulu pakai topeng pakai topeng semua keluar kita baru nak kenal gelah dia dah pakai gelah lama lah salah dengan orang semua jaga penjarakan luar biasa sekali Limemaker Jackson ni dia tidur bukan serupa kita tidur atas kati atau benda-benda. Dia tidur dalam pressure oxygen chamber. Dia tidur dalam balang ada oksigen sebab dia nak udara yang bersih. Nak menampah. Dia mandi bukan serupa kita pakai pipe dog. Dia mandi pakai peria sparkling water. Dia ada doktor peribadi dan dia minta doktor dia tolong. Jaga kesihatan dia apa semua sebab dia nak hidup 150 tahun. Tapi Tuhan tu lebih kaya, tak dapat 150, potong 100, tinggal 50. Dia meninggal 25 Jul 2009, umur baru 50 tahun. Muda, 50 ni muda tu Tuhan. 50 muda. Ramailah. Artinya nak menunjukkan kematian ni benda yang begitu dekat dengan kita. Baik tu saya pesan kepada orang muda-muda khususnya sebab sekarang ni kita jadi risau melengok ramai yang kena sakit misalnya stroke kalau orang lepas pension kena tak pelik. Ini orang muda-muda umur 30 lebih umur 40 dah kena stroke kena masalah jantung Sian isteri awak lawa lagi pasang badan lagi nak menjaga kau satu kerja Mati lambat lagi, 80 esok mati. Nak menjaga tu bukan senang, baik tu jagalah kesihatan. Tapi saya ingat, benda ni kerana faktor tak tidur, tak berehat. Saya ingat faktor tak berehat. Sebab, orang muda-muda ni, dia memang payah nak tidur. Dia ada dua jenis orang payah nak tidur. Pertama sekali, orang yang kerja kuat siang malam sebab tak ada duit. Satu lagi jenis orang yang... Berenjoy siang malam sebab duit banyak sangat pun tak tidur juga. Bila kita tak tidur, kita badan tidak istirahat. Sedangkan dalam Quran disebutkan bahawa وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَتَىٰ Dan kami jadikan tidurmu untuk istirahat. Surah An-Nabak ayat 9. Jadi bila orang-orang tidur, dia sedang menjadikan badannya bermasalah. Body clock-nya itu jadi bengong. Jadi jagalah kesihatan yang murni-murni. Bukan suruh jaga kesihatan sampai tak boleh makan itu, makan ni hari-hari jogging. Tak. Mata tidur, tidur lah. Tak ambil ibadat, beribadat lah. Kita balance lah kehidupan kita ini. Jadi balik daripada tadi, kematian berlaku di mana-mana sahaja. Dan bila-bila masa. Itu tak kira lagi kematian mengejut kerana pembunuhan. Itu belum cerita lagi. Sebab itu kita duka cerita lah di bandaraya kita, di daerah kita ini, di Kuantan ini dikejutkan dengan tragedi yang menimpa seorang warga Kuantan. Jadi kita sebagai orang Kuantan cubik per kanan, cubik per kiri pun terasa jugalah. Kita terasa dengan tragedi ini iaitu pada 13 Februari 2025 jenazah seorang peniaga wanita baru berusia 37 tahun ditemui dekat dengan Jambatan Tanjung Lumpur. Dan mangsa dilaporkan keluar untuk menghantar pesanan sambaikan bilik garing kepada seorang pelanggan menggunakan kaedah COD, Cash On Delivery. Jadi susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dan Alhamdulillah berjaya menahan seorang suspek berusia 53 tahun yang mereka syaki terlibat dalam kejadian itu. Dan suspek itu ditahan pada 15 Februari 2025 hari semalam. Sekitar pukul 5.30 pagi di wakah tembesu di Gong Badok, Kuala Nerus. Kita ucapkan takziah kepada keluarga, taniah kepada PDRM dan selaga warga Kuantan dan kita juga, sama orang Islam, marilah kita menghadiahkan umur kitab kepada almarhumah Rabbana takobal minna bisiril fatihah. Tuan-tuan sekalian, ada orang tanya, kenapa sekarang berita banyak betul cerita bunuh? Lepas satu-satu, banyak betul pembunuhan sekarang. Dia begini, sememangnya salah satu tanda-tanda kiamat adalah berlaku banyaknya pembunuhan. Itu tanda kiamat. Ada satu hadis kata Abu Hurairah RA, Nabi pernah sebut, لَا تَقُومُ السَّعَةُ حَتَى يَكْسُرَ الْحَرْجُ Qal wa maharju ya Rasulullah Qal al-qatlu al-qatlu Nabi sebut tidak akan berlaku kiamat sehingga berlakunya banyak al-haraj Sahabat tanya al-haraj ni gapal ya Rasul Apa benda al-haraj ni? Nabi jawab al-qatlu al-qatlu Pembunuhan demi pembunuhan Ni hadis dalam sahih Muslim Kitab al-fitan wa ashratus sa'ah Imam Muslim masuk ke hadis ni dalam bak tanda kiamat. Begitu juga hadis lain daripada Abdullah bin Mas'ud Menyelang kiamat kata Nabi, akan ada hari-hari yang berlaku banyaknya pembunuhan. Pada waktu itu ilmu telahpun hilang dan orang bodoh bermaharaja lele. Hadis dalam suai Al-Bukhari. Juga dalam kitab Al-Fitan, Bab Zuhurul Fitan. Imam Bukhari pun masuk di dalam tanda kiamat juga. Dan kata Abu Musa Al-Syari, Al-Haraj ni adalah pembunuhan dalam bahasa orang Hapsyah, orang Ethiopia. Ada satu hadis lain daripada Abu Musa, Al-Haraj. sahabat bila Nabi sebut bila nak kiamat banyak pembunuhan sahabat kata banyak daripada kita buat ke ya Rasul sebab kita dalam setahun kat tujuh Kita bunuh kerana perang. Perang sana, perang sini kat 7,000 bila kira-kira. Kata Nabi, إِنَّا لَيْسَ بِقَتْلِكُمُ الْمُشْرِكِينَ وَلَكِنْ قَتْلُوا بَعْدِكُمْ بَعْضًا Yang aku maksudkan pembunuhan itu bukan kerana kamu berperang menentang musuh tapi kerana kamu membunuh dengan bunuhan ini kepada orang lain. Maka inilah yang sedang berlaku pada Negara kita sekarang, suasana kita sekarang, banyak berlakunya pembunuhan. Jadi kematian berlaku bila-bila masa. Banyak lagi nak ditanyakan tapi saya ingat kita beri laluan dulu kepada Azan Isya' yang akan berkumandang selepas ini. Jadi tuan-tuan semua jangan ke mana-mana, kita kembali lagi selepas ini. Muslimin, muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kembali kita menyambung syarahan kita pada malam ini. Dan tajuk andainya ini Ramadan terakhir. Sebelum kita menyambung, saya memohon izin untuk menganjurkan sedikit pelasanaan semayang isyak jemaah kita untuk memberi peluang saya menghabiskan urayan pada malam ini. Adilin hadirat sekalian, balik kepada cerita andainya ini Ramadan terakhir, kita kena bear in mind bahawa usia kita tak ada jaminan kita boleh bertemu dengan Ramadan yang akan datang kerana kematian itu sentiasa melambai-lambai. Melihatkan kepada perkara-perkara yang saya kongsikan tadi tentang aksidennya, sakit jantungnya, sakit jangkitan paru-parunya tak campur dengan pembunuhan yang berlaku di sana sini menyebabkan kita menginsafi bahawa tidak ada jaminan kita akan dapat bertemu dengan Ramadan yang akan datang. Sebarang kerosakan yang berlaku di alam ini dalam suatu hadis Nabi menyebut Puncanya adalah Punca kerosakan zaman, pembunuhannya Yang tak menasabah berlaku kerana penduduk-penduduk pada zaman itu Kata Nabi Akal mereka dah dicabut Ramai orang dah tak berapa suih, tak berbetul dah sekarang ini Kalau kita sebut gila, kasar Tapi ramai sangat dah. Akal kita ni rosak kerana dua sebab je. Pertama sekali, nisab dadah. Dan adakah kita di negara ni masalah dadah sudah selesai? Tak lagi. Bayang tuan-tuan, jumlah penduduk Malaysia 33 juta. Jumlah penagih 169,691 orang. Ini bermaksud kira-kira perpuluhan 5-2% daripada populasi negara kita adalah penagih. Maknanya nisbah seorang dari setiap 195 rakyat Malaysia adalah penagih. Demografi umur penagih di negara kita belia umur 19-39 ada 98,777K. Dewasa umur 40 tahun ke atas ada 69,937K. Remaja umur 13 sampai 18 ada 776K. Dan dadah sekarang orang paling banyak salah guna dadah sintetik yang ini yang merosakkan. Sintetik atau ATS, amfetamin type stimulant. Itu sahaja ada kat 120,000K. Syabu. pil kuda, ekstasi pil yaba, opiat ada kat 40 ribu kes heroin, morphine kordin, kordin ni adalah ubat batuk ataupun ubat painkiller ataupun osikodon, fontanil, ni ubat tahan sakit, kuat daripada morphine lagi benda tu ubat, pisalah guna ganja, ada lebih kurang dalam 6 ribu 700 lebih kes pil psikotropik ada kat 2 ribu Okey, lebihlah. Ubat-ubat untuk rawatan mental, dia salah guna. Dizepam, Lorazepam, Aprazolam, Metametamin, Pilkula, Ketamin dan macam-macam. Ketum tak ada cerita lah. Sampai ADK pun tak tahu nak kategori mana ketum ni. Opiat ke stimulant. Jadi payah nak dikategorikan. Kalau ambil dos rendah, dia jadi stimulant. Kalau ambil dos tinggi, dia jadi opiat. Macam morphine ataupun heroin. Eh, penagih bukan kerja main-main, tuan-tuan. Katalah majlis kita malam ni ada 200 jemaah, contoh, contoh. Katakanlah ada 200 jemaah. Kita kena letak dalam pemikiran, daripada 200 orang ni, akan ada seorang penagih. Out of 200. Ada negeri, kita tak sebutlah negeri mana. Jumlah penagih dia 980 orang per 100,000 penduduk. Maknanya, Seorang dari setiap 100 orang yang kita jumpa di negeri tu, seorang tu nisab. Ramai. Dan ini kadar yang sangat tinggi berbanding purata nasional, satu dalam 195 orang. Di negeri kita cinta-cinta ni, faham dah lo makmur. Ujung-ujung telinga lah kita mendengar. 704 Per 100 ribu peluduk Maknanya Satu daripada setiap 142 orang di Pahang Berkemungkinan penagih dadah Dan ini masih tinggi Berbanding dengan purata nasional Satu dalam 195 Sebab itulah Jabatan Mufti Memasukkan kebimbangan Tentang masalah dadah Dalam khutbah kedua Titoh Tuanku tu Ada masjid dia pelik. Kenapalah Jabatan Mufti? Pasal dadah. Pasal dia kerjaan sungguh. Sebab dia pelik. Dia dah rosak. Hari ni kita kalau kena kita esok. Bodoh ngisipkan tuan-tuan. Kepalanya bukannya betul. Dia, mak dia. Banyak cerita kita baca dalam suara apa. Mak dia tak ada semelan. Akal tak betul. Semua akal rosak. penyakit mental di negara satu daripada tiga rakyat masalah mental kalau saya berceramah malam ni di hadapan 200 jemaah berdasarkan kadar prevalensi satu daripada tiga rakyat kita kesakitan mental, maka kebarang kalian, pesakit mental hadir pada majlis ceramah malam ni sekitar 33.33% Iaitu daripada 200 orang, 67 sakit mental. Don't play, play. Don't play, play. Nampak dia sihat tapi dia tak makan ubat. Ngaku Imam Mahdi dia kan. Jadi saya melihat benda-benda ini yang menimbulkan kerosakan dalam negara. Maka kita takziahlah kepada orang yang terlibat keluarganya. Tragedi pembunuhan. Orang mabuk, bawa kereta, langgok, mati dan sebagainya. Kita ucapkan takziah. Takziah. Jadi untuk kita ni, Allah Ta'ala beri umur panjang, alhamdulillah. Apa yang perlu kita lakukan? Kita kena ambil insafan. Maka disebabkan kita dah bear in mind, ini Ramadan terakhir. Buatlah yang terbaik. Itu je petua dia, buat yang terbaik. Bagaimanakah Ramadan yang paling terbaik? Simple. Yang terbaik adalah mengikut cara Rasulullah SAW menjalani Ramadan. Selesai masalah. Sebab hidup kita ni kena ikut SOP. SOP ni surah power priority. Prioriti kita ikut cara Nabi tunjuk. Apa yang Nabi tunjuk sepanjang Ramadan, ni kita kena ikut step by step. Supaya kalau takdir ni yang terakhir, puas kita dah jalani dengan cara yang sesempurna mungkin. Nombor satu sekali kalau nak SOP, Sunnah is our priority. Number one, baca Quran jangan tinggal. Kok malam sibuk pun dapat semua kerja, jadilah. Sebab Ramadan ni, Ramadan ni dia bulan Quran. Bulan Syakban, bulan pembaca Quran. Bulan Ramadan, bulan Quran. Dan itu terkenal. Fahyudah Risuhul Quran Kata Ibn Abbas sebab Ramadan Jibril akan datang jumpa Nabi dan Jibril datang itu hampir setiap malam dimana apa yang mereka buat? Fahyudah Risuhul Quran mereka akan saling mengajar Quran ni hadis Bukhari garis bawah kan kalimat Darasa Yudah Risuh dia ada beza bila Ramadan dia baca Quran itu pun bagus dah Sangatlah baca Quran. Tapi kalau SOP, Sunnah Isawah Priority, dia mesti bukan sekadar baca. Tapi, Darosayudarisu, itu dalam pola bahasa Arab, fa'ala maklanya, limusharokah bainasnai ni. Iaitu kata kerja, dia memerlukan interaksi dua orang. Jadi Ramadan nanti bacalah Quran, minimum berdua. Lagi bagus, buat gambar-gambar. Tadarus kita itulah yang kita selalu buat bulan Ramadan. Itu sunnahnya. Sebab itulah, Jibril, dia menghatamkan Al-Quran setahun sekali bersama Nabi, setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Dan pada tahun Nabi diwafatkan, baginda khatam Al-Quran dua kali bersama Jibril AS. Jadi untuk tahun ini, ikut SOP, baca Quran, jangan sorang. Biar ada kawan, kawan tu mendengar, kalau tersalah, dia betulkan. Orang Melayu panggil tadarus Quran lah. Dia ada grup-grup, dia lepas terawih ke lepas... buat tengah hari, adalah jadualnya masjid susunkan, tapi saya tengok kalau Tadarul ni, banyak Tadarul je, banyak orang Kerja, dia ada di KPI, nak kerja di KPI. Nak buat lepas terawih, lagi lah tak ada kan, kerja moreh, moreh, tak ada benda tinggal dah. Jadi itu tak apalah kita permolihkan. Yang kedua, kalau kita nak buat yang terbaik Ramadan tahun ini, semayan terawih elok kalau dapat dipanjangkan bacaan. Jangan baca pendek sangat, ima izajah, tak jadi, panjanglah sikit. Sebab itu bulan Ramadan ni, semayan terawih. Banyak masjid surau, dia letaknya mashaf di depan. Supaya imam tu boleh baca semuka ataupun dua muka. Cuma bila nak pakai mashaf letak di depan, pastikan nombor satu, bil elektrik dibayar apa semua. Sebab kita takut blackout. Kalau blackout, menggagau imam, lalah, kuluh Allah semula lah. Tak nampak ke benda. Ada hari pula pasang kipas, panas. Masa ni orang tak ramai, sejuk. Bila orang ramai, panas. Pasang kipas dekat depan. Tak disepitkan, tak disepitkan. Terbang ambil, kuduk-kuduk-kuduk-kuduk-kuduk-kuduk. Mana ayat rekap pertama, hilang dah. Akhirnya, kuduk Allah semula lah balik. Jadi, kita bacalah panjang sedikit. Kerana dengan memanjangkan itu, bau rasa feel Ramadan. Tadi kan saya bacakan hadis Aisyah. Aisyah kata, mu jangan tanyalah berapa panjang Nabi Ismail. Orang pernah tanya kepada Huzaifah Al-Yamani r.a. Uzaifah ni sahibu siri rasul. Dia penyimpan rahsia Nabi. Baklini setiusa sulit. Setiusa sulit. Banyak benda sulit, dia simpan. Dalam suatu riwayat oleh Imam Al-Hakim dan juga An-Nasai dalam Sunan Kubra. Dia kata Nabi ni kalau semayan sunat, kalau semayan fardu tak panjang lah, kalau semayan sunat, penuh kata Uzaifah, dia semayan, habis daripada patihah, dia baca surah Al-Baqarah. Ingatkan Alif, Lamim, Zalikal, Kitab, Ulang, Rohi, Bafi Ambil lah satu makarok ke apa Tak, dia baca komplit 286 ayat Bayangkan rokat pertama Baca komplit surah Al-Baqarah Baqarah tu tiga juzuk tu Kita buat satu juzuk pun mengeluh habis dah makmur Oh malam pertama buat satu juzuk Nyanyi kau weh Marah orang Sebab orang kata bahagilah wang mak lu sikit-sikit Sepuluh takri tu baru lah. Nentang satu juzuh. Orang tak tahan lama. Nabi tiga juzuh. Kata Huzaifah. Aku ingatkan dia habis bakar. Dia nak rukun. Tak sambung pula. Alif, la, mim. Allahumma ilaha, ilah, walhayu, qayum. Nazal alaikal kitab. Bila hakimusat. Dia kata lima bayi. Dia baca pula. Ali Imran. Komplit dua ratu hayat. Surah Imran tu ada dua juzuh. Maknanya belum rukun. Nabi dah baca lima juzuh. Habis daripada surah Ali Imran, kata Uzaifah, aku ingat Nabi nak rokok. Dek, sambung pula. يَا أَيُّنَّا سُلْتَكُ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَحِدًا Dia baca komplit surah An-Nisa' 176 ayat. Surah An-Nisa' sahaja ada 3 juzuh. Maknanya Nabi kita, dalam satu raka'at, dia baca 662 ayat dalam satu raka'at. 8 juzuh. Tuan-tuan carilah masjid mana dalam dunia yang boleh buat begitu, tak ada, buat. Nabi je. Lepas tu bagi orang-orang yang buat terawih lapang bila kita tanya, Mu berapa buat lapang? Aku ikut Nabi. Mu kalau ikut Nabi, satu rakaat, 662 ayat. Apa macam. Semayam barin jawabnya, bukan duduk lagi dah, barin lah jawabnya. Ni bukan marah orang buat lapang, akan kata ustaz ni macam tak apa suka orang buat lapang. Tak. Nak ceritanya, nak ceritanya. Itu yang kedua. Yang ketiga ikut SOP Ni kalau ikut cara Nabi lah Kuat bersedekah di bulan puasa Jangan tinggal sedekah Dia ada tujuh sunnah Nabi ni kata ulama' Yang Nabi kita tinggallah Tamu sekali tahjud Yang kedua jaga ismayang Yang ketiga istighfar setiap masa Yang keempat jaga semangat duha Yang kelima Baca Quran tiap hari Yang keenam Tidak meninggalkan semangat jemaah di masjid Lain ketujuh, bersedekah tiari. Itu perangai Nabi kita. Tapi, kata Anas bin Malik, eh kata Ibn Abbas, kanan Nabi, ajwadunnas bilkhair. Nabi ni orang yang paling pemurah sekali dalam buat kebaikan. Tetapi, wakana ajwat mayakunufi Ramadan. Tapi, bila bulan puasa, dia punya pemurah double, triple lagi. Bulan lain, tu ni dah kuat sedekah dah. Datang bulan puasa, kohok kuat lagi. Apa sebab? Kerana Nabi nak mengejauh fadilat beribadat bulan Ramadhan. Di Ramadhan ni, dia punya kiraan pahala tak Sama bulan lain, kalau kita bulan lain, sedekah RM1, malekat tulis RM10. Bulan rejab, sedekah RM1, malekat tulis RM70. Sedekah bulan syakban macam sekarang, sedekah RM1, malekat tulis RM700. Sedekah di bulan ramadhan, pahalanya kata setengah ulama' boleh mencecah sampai seribu kali ganda. Malang sedekah RM1, tulis RM1000. Mana nak dapat? Tak dapat. Baik tu kalau boleh kita ubah budaya bagi duit raya dengan kepada bagi duit bulan puasa. Wah tu kan besar pahala. Jadi raya tahun ni beritahu kan anak saudara dalam wasat grup family kita. Amin Tuhan maaf anak-anak saudara sekalian. Paksu tahun ni tak beri duit raya. Siapa nak duit datang bulan puasa. RM5 je lah bagi. RM5 tu dah rak dengan RM1,000. Kata besar. Ini duit raya paling besar sekali Paksu pernah bagi. Dan Nabi tak tinggalkan belanja orang berbuka puasa. Jadi tahun ni, siapa ada rezeki lebih, belanjalah sikit orang buka puasa. Macam belanja masjid, kita taja iftar tu biasa. Dan orang kita kalau dia berbuk tu, berbuk 10 tahun akhir lah. Siapa tak tahu nak sumbat kat mana, ramai sangat. Dia daripada bulan, zaman dia awal gitu dah, dia dah booking untuk Ramadan 10 tahun akhir. Dia sebenarnya mana-mana hari tu pun fadilatnya besar. Sebab memberi makan kepada orang berbuka, man fatarasa iman, ka'analahu misli ajrih. Siapa yang beri berbuka kepada orang puasa, pahalanya orang yang berpuasa itu sedut dia semua. Ghaira anna'ullah yang kudhu min ajrih su'aymu syai'ah. Dengan tidak mengurangkan pahala orang tu tadi lah. Ni hadis dari Tirmizi. Contoh kita belanja satu orang yang suka ibadat. Dia orang budak hafiz Quran misalnya. Bulan Ramadan, pagi dia kiamulal, dia sahur, semayang subuh berjuma'ah. Lepas tu dia baca Quran. Lepas tu sekarang pukul 8, pukul 9 pulak dia pergi tasmiq Quran. Tengah hari dia koi lulah sebelum zuhur. Zuhur semayang berjuma'ah. Lepas zuhur kan dia baca Quran lagi. Pukul 3, pukul 4 dia tasmiq. Asal sekarang dia pergi masjid lagi semayang. Lepas asal kan dia baca Quran. Maghrib berbuka Orang macam ni Kita kena sponsor dia berbuka Sebab Pahala dia banyak Dia berbuka je sekarang Dengan sumbangan kita Segala amalan dia Daripada pagi Sedut habis dia kita Tak ada benda tinggal Tapi untuk dia tetap ada pahala lah Jadi belanjalah orang Yang berpuasa berbuka Pastikan orang tu Rajin ibadat Kalau orang tu pemalas Rupa kita Baik tak payah sajalah Contohnya member kita di pejabat Pemalas rupa kita ke? Pukul 10 tidur bawah meja lah, sampai pukul 3. Benda ada amalan. Amalan dia tidur. Ini contoh, contoh. Banyakkan sedekah. Yang keempat, yang tak akhir, kalau nak ikut SOP, sahur dan berbuka mesti ikut cara Nabi. Iaitu Nabi ni dia suka bersahur. Dia tak tinggal bersahur. Ada orang kita dia tak nak bersahur. Dia kata payah nak bangun. Payah nak bangun, dia kata bangun nak makan ni susah. Jadi dia bersahur pukul 12 kat kedai mama. Tak betul. Itu tak ikut SOP. Dia nabi kita, dia tidak tinggalkan bersuhur. Kalau ikut bahasa Arab, sahur ni sepatutnya kita sebut suhur. Suhur ni perbuatan bangun sebelum fajar untuk makan. Sahur ni makanan yang kita makan. Sebab bahasa Melayu ni jadi bonok lah sekarang. Jadi sebut sahur je lah tuan-tuan. Takutkan sahur ke suhur, suhur ke sahur lah. Tak makan kita. Nak azan dah. Jadi tak payah bincang lah benda itu. Tujuan Nabi suruh sahur tak lain tak bukan supaya kita ni berbeza sikit dengan orang Yahudi. Alingat orang muda, awak benci sangat ke Yahudi. Tapi perangai Yahudi banyak sangat ikutnya. Antara perangai Yahudi, tak bersahur itulah. Oh gaya marau ke Yahudi, beliau pelestir, bukan yang besar dalam wasak lah macam-macam. Tapi perangai macam Yahudi belaka. Kata Amru'al-Aas, فَاسْلُمَا بَيْنَا صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّهَرِ Perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahli-ahli kitab Maknanya orang-orang yang balik Israel, orang Yahudi ni adalah makan sahur Sebab sahur tu dia ada keberkatan Dia sahur ni bukan untuk tahan lapar Kadang-kadang kesian Ada orang dia memang hidupnya jarang berpuasa Jadi bila dia baru Ramadan tu tekia-kial nak berpuasa Dia punya sahur tuan-tuan macam berbuka, ngeri kita tengok Bagi tuan-tuan perempuan yang biasa puasa sunat, Ramadan sudah sengih. Benda dah romak lama dah. Syakban puasa, hari putih lah, hari macam-macam. Lima bulan nak tiga bulan. 14, 15 hari, baguslah WhatsApp Guru ni ada ke, bagus je. Pesan suruh puasa apa semua. Jadi bagi orang yang dah biasa puasa, Ramadan nanti, dia bersaruh dengan air gaus botol, dengan air kurma, takde hal lah. Boleh, dia dah biasa. Tapi orang yang jarang-jarang puasa tuan-tuan, berpeluh-peluh makan, sihan kita tengok. Tak cukup dengan hidangan makan, jamu pula lagi, ada vitamin lagi. Macam-macam. Makanan tambahan dia makan, suplemen, suplemen, vitamin B, vitamin C, macam-macam. Engkau ni takut, lapor gayanya. Dia tak biasa. Aku takut pusing mata lah, makan lah vitamin C macam-macam, kesian. Kesian kita ni, kuat ngesok, kuat tak payah cerita lah pas sabun puntung, sabun puntung. Takut sangat dia dengan Ramadan ni. Kalau boleh dia tutupnya mikrofon masjid sebab kuat sangat mengaji. Kumpas setengah mengajilah. Pressure dia kata aku. Pressure jadi mengaji awal sangat. Jadi Nabi pesan, Mu kena sahur. Sahur ini membezakan ibadat kita dengan ibadat agama lain. Dan sahur ini juga, Ndaklah dilewatkan. Jangan terlalu awal. Dan Nabi pula, Bak berbuka, Dia menyegerakan berbuka. Kata Amr bin Ma'mun al-Audi, Kerana ashabu Muhammadin, Asra'an nasu fit iftaran wa abta'ahum sahuran Sahabat-sahabat Nabi dulu aku tengok adalah kelompok yang paling cepat sekali berbuka tapi paling lambat sekali bersahur Apa sebab Nabi suruh berbuka cepat? Kelebihan berbuka cepat sekali lagi kerana nak bezakan kita dengan Yahudi La yazaluddin zahiran ma'ajalan nasu fitran لِعَنَ الْيَهُدُ وَالنَّصَرَ يُعَخِرُونَ Umat aku akan sentiasa hebat selama mana mereka percepatkan berbuka supaya berbeza dengan orang Yahudi dan Nasrani. Jadi sekali lagi kepada orang muda tengok ke profil awak Facebook tu bagus kan dengan beliau Palestine yang benci ke Yahudi bagus. Tapi awak jangan pulak berbuka lambat pada orang. Pukul 8 baru berbuka. Waktu ni kenapa awak tak makan? Saya tak rasa lapar lagi Ustaz Saya kalau ikut pukul 10 saya boleh makan lagi Awak ni memang Yahudi sungguh lah Ikutlah Nabi, Nabi ajar buka awal Sahur lewatkan sikit Dan bila sahur dan berbuka Carilah makanan-makanan Yang Nabi suka makan Contohnya buah kurma Kurma ni banyak lah jenisnya ada 1400 kurma Di seluruh dunia Di Arab Saudi sahaja ada 400 jenis kurma Kita pun tak kenal lah Bukan buah-buahan negara kita Kalau pergi shopping sekarang ni dekat supermarket, oh penuh dah almari tu dengan kotak-kotak kurma. Kita pun tak tahulah mana kurma. Ada kurma Mesir lah, Iraq, Tunisia, Pakistan, California pun ada. Jenis McJew, The Glade North tu, itu daripada California, Amerika. Kalau tuan-tuan sayang Donald Trump makan, ha makan Amerika punya. Kalau sayang Nabi, makanlah kurma yang Nabi makan. Tapi kita ni tak kenal sangat lah kurma, asal kurmanya. Nona yang berhormat bagi, ambillah tuan-tuan, kita bukan kenal sangat. Kita kenal kurma Yusuf Tayyub ke? Kurma lain tak kenal, belasahlah tuan-tuan. Eh sebenarnya banyak nak cerita tapi saya kira sekadar itulah. Perkara-perkara yang kita dapat sempat bincang-bincangkan berdasarkan tajuk kita, Andainya Ini Ramadan Terakhir. Sebagai kesempulan. Tajuk ini jangan kita salah faham sebagai tajuk yang tidak memberi motivasi, tidak tajuk ni nak memberi semangat kepada kita sebab dalam suasana masa kini belum ada jaminan, kita boleh dipanjangkan usia bertemu dengan Ramadan akan datang, melihat kepada senario semasalah, terutama pasca covid ini, ataupun pasca pandemik ini, begitu ramai sekali kita menengok orang-orang yang keliling kita ini, saya ingat orang kena cancer ni macam sesama sekarang tuan-tuan kita jadi tak kejut melengok, oh ni tiba tahap 4 lah oh tahap 3 dah bayangkan jadi begitu jadi nyawa kita semakin moroh kemalangan jalan raya pula makin menjadi-jadi lebuh raya kita sekarang kereta berjuta-juta dah sekarang, ada yang senonoh, ada yang tak senonoh bawa ada yang bawa senonoh tayo lori pula tercabut, la ilah a'in Allah ada je yang jadi penyebab ke meninggal tu ada, jadi kita bertawakan kepada Allah Naik kapal terbang walaupun orang kata selamat, ada masa jatuh pulak kapal terbang. Kapal terbang yang dah mendarat, meletup pun ada juga. Jadi pendek kata, nyawa semakin murah. Maka jadikanlah Ramadan tahun ni, Ramadan yang terbaik. Tapi saya doa tuan-tuan semua, panjang umur lah mudah-mudahan. Hidup 100 tahun lagilah. InsyaAllah mudah-mudahan. Tak payahlah mati-mati. Biar sihat semua. Mudah-mudahan ya. Sebelum berpisah, mari kita tutup pertemuan ini dengan doa. Moga majlis diberkati ilahi. wa ahsin a'malana wa wasi'ar zaqana wa ilal khairi karibna wa alishari'a ba'idna wa qadihawa ijana fi d-din wa dunya wal akhirah innaka ala kulli syai'in qadir Ya Allah, panjangkanlah umur kami dalam keberkatan sehatkanlah tubuh badan kami sembuhkanlah penyakit-penyakit kami terangkanlah hati kami tetapkanlah iman kami mulikkanlah amalan kami luaskan rezeki kami dekatkan kami dengan kebaikan Jauhkan kami dari kejahatan. Kabulkanlah segala doa kami. Sama ada dalam urusan agama dunia ataupun akhirat. Subhanakallahumma wabihamdika. Nashhadu an la ilaha illa anta. Nastaufiruka wa natubu ilaih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekadar itu sembang-sembang pada malam ini. Saya mengucapkan. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak Ingat, kurangkan juadah, tingkatkan ibadah Wa bila'i taufiq wa hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Wallahu'alam Intro