Transcript for:
Strategi Pelaburan Pasif untuk Malaysia

Tertinggal 10 hari je dah hilang potensi keuntungan sebanyak RM30,000. Lagi banyak tertinggal hari dengan tak berlabuh, lagi banyaklah hilang peluang untuk keuntungan. Assalamualaikum dan selamat datang ke Wealth with Wahid. Podcast untuk kita berbincang tentang pengurusan kewangan anda sebagai rakyat Malaysia.

Saya Adam dan hari ni kita nak berbincang tentang sesuatu yang mungkin menyelamatkan pelaburan anda daripada potensi bencana. Strategi Pelaburan Pasif. Sekarang.

Mari kita atasi masalah biasa yang ramai pelabur terperangkap. It's a dangerous game trying to time the market. Memang tempting. The idea untuk mengeluarkan dana anda sebelum pasaran merudum dan melabur semula sebelum pasaran meningkat kembali. Kita ingat kita boleh dapat pulangan yang lebih tinggi dan elakkan kerugian.

Tapi hakikatnya, hampir tiada siapa yang berjaya untuk membuat ni secara konsisten. Actually, dalam hidup ni banyak benda kita tak boleh control. Memang susah untuk kita meramalkan pasaran pelaburan. Naik ke?

Turun ke? Memang susah. Cuba bayangkan ni.

Mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bahagian pelaburan pun masih ada yang tak boleh perform dengan konsisten. Apa lagi kita yang tak ada masa, tenaga, usaha dan pengetahuan untuk membuat pelaburan aktif. Dan dah ada kajian dah yang menunjukkan, katakanlah kita nak labur selama 20 tahun untuk apa tujuan pun, misalnya ke indeks S&P 500?

Kalau jumlah pelaburan kita RM10,000, kita boleh dapat lebih kurang RM64,000 selepas 20 tahun kalau tak bawa keluar. Siapa yang gatal cuit-cuit duit nak bawa keluar ni sebab takut pasaran jatuh, biasanya akan terlepas hari-hari terbaik dalam pasaran tipu tersebut. Ketinggal 10 hari je, dah hilang potensi keuntungan sebanyak RM30,000. Lagi banyak ketinggal hari dengan tak berlabuh, lagi banyaklah hilang peluang untuk keuntungan.

Dah mula melabur tu, pijam je mata biar pelaburan tu elok-elok. Inilah kaedah pelaburan pasif yang bersesuaian bila kita melabur dalam indeks pasaran. Sebabnya, kalau kita ambil S&P 500 sebagai contoh, memang pasaran pelaburan ni biasanya pulih balik even bila dia jatuh teruk. So jangan jadi mangsa yang cuba untuk meramal pasaran pelaburan.

Kekal melabur dan elakkan daripada tertinggal hari-hari yang terbaik dalam pasaran. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pelaburan pasif, bolehlah baca artikel kami di wahid.com. InsyaAllah podcast ni akan memberikan anda pandangan yang baik dan kalau anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruang komen. Jika anda rasa podcast ni bermanfaat, kongsikanlah dengan orang yang tersayang.

Dan jangan lupa untuk like dan subscribe. Nantikan lagi pada episode-episode yang akan datang. Stay calm and stay invested.