Transcript for:
Pengenalan dan Kepentingan Ilmu Falsafah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Untuk kali ini kita akan melihat topik yang pertama bagi kursus MPU 2193 iaitu topik yang bertajuk pengenalan kepada ilmu falsafah ataupun dalam bahasa Inggeris kita sebutkan sebagai introduction. untuk filosofi. Jadi dalam topik ini kita akan mempelajari perkara-perkara asas yang kita perlu ketahui dalam kita untuk mendalami banyak lagi sub-sub bidang dalam falsafah. Sebagai contoh kita ada sub-bidang metafizik, kita ada sub-bidang epistemologi, kita ada sub-bidang ideologi, kita ada sub-bidang logik dan sebagainya. Itu untuk kita memahami dan untuk kita pelajari pelbagai bidang tersebut, sub-sub bidang itu, kita kena tahu dulu tentang mukaddimahnya. Jadi pada kali ini kita akan belajar tentang pengenalan kepada ilmu falsafah. Objektif pembelajaran yang kita akan fokuskan adalah yang pertama kita akan akan menjelaskan, kita akan cuba menjelaskan tiga pendekatan pada maksud falsafah. Bagi objektif pertama ini, kita akan lihat apakah kaedah-kaedah ataupun bagaimana untuk kita memahami maksud falsafah itu. Dalam hal ini, kita tidak mahu untuk kita terus memahami apa itu falsafah tetapi kita perlu ketahui terlebih dahulu bagaimana untuk kita memahami maksud falsafah itu. Jadi, dekat sini ada bezalah antara apa itu falsafah dan bagaimana untuk kita faham apa maksud falsafah. Jadi, yang lebih penting dekat sini adalah apabila kita bertanya dekat diri kita, apa yang aku perlu buat untuk aku faham falsafah ataupun bagaimana untuk aku memahami maksud falsafah. Okey, itu yang pertama. Yang kedua, Kita akan cuba untuk menghuraikan dan memahami kedudukan dan peranan rukun negara sebagai falsafah negara. Kita akan fokuskan dahulu falsafah-falsafah yang telah wujud di negara kita. Seterusnya, kita akan lihat salah satu lagi falsafah yang terdapat dalam negara kita iaitu falsafah pendidikan kebangsaan sebagai wahana penyediaan rakyat Malaysia menjadi insan yang seimbang, harmoni dan sejahtera. Dan yang terakhir sekali, kita akan cuba menganalisis pendekatan falsafah sejahtera yang merupakan falsafah baru yang di mana pendekatannya itu adalah untuk menekankan cara hidupnya seimbang, harmoni dan menyenuruh. Okey, jadi apa yang kita akan belajar dalam topik ini? Yang pertama, kita akan lihat maksud falsafah. Okey, yang kedua, kita akan lihat pendekatan maksud falsafah. Yang ketiga, kita akan lihat rukun negara sebagai falsafah negara. Yang keempat, kita akan lihat falsafah peningkatan kebangsaan. Lepas tu kita akan cuba melusuri fenomena pendidikan di Malaysia pada masa kini. Dan akhirnya kita akan tutup tajuk ini dengan kita cuba untuk membincangkan falsafah sejahtera. Okay, bila kita sebut tentang falsafah, falsafah ini berkait rapat dengan persoalan-persoalan yang kita cuba untuk cari jawapannya dalam kehidupan kita. Pesan-pesan itu tidak semestinya berkisar tentang diri kita sahaja Tapi mungkin berkisar tentang negara, tentang masyarakat, tentang politik, ekonomi dan sebagainya Meliputi seluruh kehidupan seharian kita Jadi sebagai contoh jika kita ingin bertanya ataupun kita tertanya-tanya Sebagai contoh soalan yang saya berikan What is the day for today? Ini pun dengan merujuk pada falsafah kita akan cari jawapan bagaimana kita nak memastikan hari ini hari apa sebagai contoh. Selain itu, kita ada satu kenyataan. Bagaimana kita nak membuktikan sama ada bumi ini adakah ia berbentuk sfera. Jadi, falsafah dan gabungan kajian saintifik boleh membuktikan apakah rupa bentuk muka bumi ini. Contoh lain, bagaimana kita ingin melihat ataupun kita ingin memastikan. Ayat-ayat seperti the cat is eaten by rat. Adakah ayat ini tepat? Selama ini kita lihat hanya kucing yang boleh memakan tikus. Tetapi adakah tikus boleh memakan kucing? Itu bergantung kepada pengaturan falsafah kita. Bergantung kepada jawapan-jawapan yang kita akan cari dalam mencari jawapan pada soalan tersebut. Kalau awak tanya saya adakah tikus boleh makan kucing pada saya? Yes. Logik. Sebab apa? Kita kena tikus munduk. Haa, kita kena tikus munduk. Haa, ok. Dan tikus munduk ni saiznya lebih besar daripada kucing sebenarnya. Ada sehingga kan ia lebih besar daripada kucing. Jadi, tidak mustahil tikus munduk ni boleh makan kucing. Haa, ok. Sebagai contoh, kalau ada seseorang kata kepada awak, The king of United States of America is bald. Haa, ok. Adakah kenyataan kawan awak tu benar? Haa, ok. Dan sebagai contoh, the hand gave birth is chicks. Okay, kalau anda jumpa perkataan ini adakah betul kenyataan ini? Okay, dan kalau kita lihat the woman is more complicated than man. Okay, ini menjadi satu perseteruanlah antara jantina lelaki dan perempuan apabila mengatakan tentang perkara ini. Okay, jadi kenapa soalan timbul? Okay, kenapa penyataan-penyataan ini penting untuk kita bincangkan terlebih dahulu sebelum saya masuk kepada pengenalan falsafah. Okey, jika kita lihat dalam soalan-soalan tadi ataupun dalam pernyataan-pernyataan tadi kan ada antaranya. Okey, memerlukan awak untuk berfikir, memerlukan awak untuk mengkaji, memerlukan awak untuk meneliti dengan lebih mendalam sama ada secara zahir ataupun secara dalamannya tentang bagaimana awak boleh pastikan sama ada perkara itu betul atau salah. Jadi, Dalam kita menentukan sama ada perkara itu betul atau salah, maka kita perlukan satu kerangka ataupun satu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk kita menjadi seorang yang mampu memilih jawapan yang terbaik. Dan dalam hal ini, jika awak tanya saya apakah kaedah yang penting ataupun kaedah yang sangat diperlukan untuk kita cuba menjawab persoalan-persoalan kejepaan syarikat kita, pada saya jawapannya adalah, salah satu darinya adalah ilmu falsafah. Sebab ilmu falsafah ni dicuba untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam pemikiran manusia. So, bila awak tanya apakah falsafah itu atau apakah maksud falsafah itu, pertama sekali kita kena tahu. Sejarah asal-usul perkataan falsafah itu. Jadi, secara dasarnya kalau kita tanya dari manakah asal-usul perkataan falsafah ini, falsafah yang kita guna dalam bahasa Melayu itu kita pinjam daripada bahasa Arab. Okay, falam simfata, kan, falsafah. Okay, falsafah. Namun demikian, perkataan falsafah dalam bahasa Arab itu pun sebenarnya diambil daripada bahasa Greek. Okay, yang berbunyi filosofia. Okay, jadi kenapa Greek? Okay, untuk pengetahuan awak, Greek ini adalah tamadun yang terawal yang menghubungkan ataupun yang mewujudkan ilmu falsafah. sebab tu selepas ni kalau awak lihat istilah-istilah metafizik perkataan-perkataan seperti metafizik, logik, epistemologi perkataan-perkataan ni semua perkataan-perkataan yang wujud dalam bahasa Greek terlebih dahulu jadi sebab apa Greek berjaya menciptakan lufa safar ni kerana pada masa itu tamadu Greek ni dipenuhi oleh pakar-pakar ataupun dipenuhi oleh bijak-bijak pandai sebagai contoh Skor, Plato, Skorotus dan sebagainya Jadi, orang-orang seperti inilah yang mereka sentiasa berfikir, sentiasa mencari jawapan dalam kehidupan, tak kisahlah apa-apa sahaja sehingga akhirnya mereka temui dan mereka bangunkan falsafah. Okay, jadi sebenarnya Filosofia dalam bahasa Geri itu terbit daripada dua perkataan. Perkataan pertama adalah Filos. Filos ini bermaksud cinta, sahabat ataupun rakan. Dan Sofia bermaksud... kebijaksanaan. Okey. Jadi jika kita gabungkan dua perkataan ini ianya bermaksud cinta akan kebijaksanaan. Atau apa kita panggil sebagai love of wisdom. Okey. Pendekatan masuk falsafah. Bagaimana kita nak memahami masuk falsafah. Okey. Jadi dalam kita memahami masuk falsafah tu kita ada tiga pendekatan yang boleh kita gunakan. Saya panggil sebagai pendekatan pertama, pendekatan kedua dan juga pendekatan ketiga. Okey, pendekatan pertama. Okey, pendekatan pertama kita boleh lihat falsafah ni sebagai pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu perkara. Okey, dan jawapan itu ataupun falsafah itu sendiri dia menjadi asas mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh, apabila kita bertanya apakah maksud Tuhan? Apakah sifat-sifat Tuhan? Ataupun apakah bukti kewujudan Tuhan? Jadi, Dalam bidang falsafah, kita ada satu bidang metafizik, dipanggil sebagai metafizik, untuk mengkaji perkara-perkara yang sains tidak boleh jumpa jawapannya. Okey, sebagai contoh, kalau kita berbincang tentang persoalan tentang ketuhanan, sains tak boleh nak buktikan kewujudan Tuhan. Okey, tetapi ilmu falsafah cuba untuk mencari dan kita akan kaji secara mendalam menggunakan kerangka-kerangka teori dalam falsafah. Jadi secara mudahnya, pada kata pertama untuk memahami maksud falsafah ni kita boleh lihat falsafah ni merupakan satu bidang yang mengkaji secara mendalam tentang suatu perkara. Dia bukanlah hands on semata-mata ataupun dia bukanlah teori semata-mata tetapi kita cuba untuk menggali dan falsafah ni cuba untuk menggali dan mencari jawapan yang usahanya itu perlu kajian. Perlu pencarian yang lebih mendalam dan lebih detail untuk menjumpai apa-apa jawapan yang kita tanyakan tadi. Jadi itu pendekatan pertama dalam maksud falsafah. Iaitu falsafah ini adalah sebagai pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu perkara. Okey, pendekatan kedua. Kita boleh lihat falsafah ini sebagai satu bidang yang bersifat menyeluruh. Apakah maksud menyeluruh? Menyeluruh ini, falsafah ini tidak terikat ataupun tidak terbatas kepada suatu subjek, topik atau bidang pemikiran. Maksudnya, falsafah ini, dia boleh masuk dalam pelbagai bidang. Tidak semestinya falsafah ini hanya tertumpu kepada bidang undang-undang. Tidak semestinya falsafah ini hanya tertumpu dalam bidang kemanusiaan. Tetapi ia boleh masuk dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, kita ambil bidang linguistik. Linguistik ini adalah bidang untuk mengkaji bahasa. Jadi, dalam bidang linguistik itu, ada satu sub-bidang dipanggil sebagai falsafah bahasa. Di mana kita gabungkan bidang falsafah dan kita gabungkan bidang bahasa menjadi satu sub-bidang kecil bernama falsafah bahasa. Okay, sebagai contoh, persoalan tentang kebijaksanaan. Bila kita sebut persoalan tentang kebijaksanaan ni, bidang sains, bidang matematik, bidang bahasa, bidang antropologi, bidang perguaman, bidang undang-undang, semuanya ada menceritakan tentang kebijaksanaan. Jadi sebenarnya kebijaksanaan ini hasil daripada persoalanan falsafah. Cubanya dimasuk ke dalam bidang-bidang tersebut. Okey, dah pendekatan ketiga, kita boleh lihat falsafah ini, kita boleh faham maksud falsafah ini dengan kita melihat pandangan. falsafah modern barat dan pandangan falsafah bukan barat. Okey, jadi falsafah ini merupakan kegiatan untuk menjelaskan konsep-konsep pemikiran asas mengenai sesuatu supaya kita dapat menjelaskan dalam pemikiran kita apakah makna signifikan suatu konsep yang digunakan. Okey, sebagai contoh konsep kekeluargaan. Kalau kita nak lihat perbezaan konsep kekeluargaan ini, Kita boleh lihat konsep bagaimana orang Barat memikirkan ataupun beranggapan tentang keluarga. Dan bagaimana orang bukan Barat beranggapan tentang keluarga. Bukan Barat dimaksudnya kat sini orang Timur lah. Okay. Kita boleh lihat konsep kewakilan itu dari sudut perbezaan antara falsafah modern Barat dan falsafah bukan Barat. Dengan kita memahami kedua-dua beza pendapat ini, maka kita akan dapat lihat, oh rupanya persoalan-persoalan keluarga kekeluargaan ini merupakan persoalan-persoalan yang ada pelbagai pendapat dan kekeluargaan itu sendiri adalah persoalan yang timbul dalam falsafah. Jadi nak faham falsafah pendekatan ketiga ini bermaksud kita boleh lihat pendekatan pandangan barat dan pendekatan pandangan timur Ok, kenapa kita kena belajar falsafah? Ok, yang pertama untuk kita melahirkan insan yang boleh berfikir secara betul, secara kritis, secara rational dan logik serta mempunyai metode dalam kehidupan seharian. Jadi, sebenarnya falsafah ini sangat membantu kita untuk kita menjadi orang yang mampu berfikir dengan baik. Falsafah ni sangat membantu kita untuk kita mampu berfikir dengan betul Dan kita ada kaedah fikir yang terbaik Kerana apa? Kerana orang ni semua mempunyai akal Tetapi mereka ada antara mereka ada akal Semua orang ada akal Manusia ada akal Tetapi tidak semua dapat menggunakan akal dengan baik So dengan bantuan ilmu falsafah ni Ia ni sedikit sebanyak akan bantu kita Berfikir dengan baik Sebagai contoh Saya bagi contoh Bagaimana kita nak buktikan konsep tabular rasa ni salah Okay untuk pengetahuan semua Tabular rasa ni adalah salah satu konsep Yang mempercayai bahawa manusia ini dilahirkan dengan Akal yang kosong Seperti papan putih Tabular rasa tu bermaksud papan putih Tabular tu tablet papan Rasa tu putih Okay kosong Rasa tu kosong putih dan sebagainya Okay Jadi bagaimana kita nak tolak pandangan bahawa manusia ni lahir dengan fikiran yang kosong. Sepertimana ada pendapat mengatakan bahawa manusia ni seperti kain putih ketika lahir. Kita lah yang mencorakkannya. Anak-anak seperti kain putih. Kita lah yang mencorakkannya. Mereka tak tahu apa-apa. Jadi bagaimana kita menolak konsep ni sebenarnya. Dan kita buktikan bahawa tidak. Manusia tu lahir dengan akal yang komplit, yang lengkap. Di mana mereka ada segala-galanya. Cumanya mereka diadaptasi ataupun mereka perlu mengadaptasi persekitaran selimut untuk bercambah ataupun untuk develop mereka punya pemikiran. Tetapi semuanya dah ada dekat situ. Bagaimana buktinya? Sebab tu kita lihat bayi menangis. Kanak-kanak bayi ni kan, bayi ni biasanya kalau dia menangis sebab apa? Sebab lapar, sebab sakit perut, sebab bising, tak boleh tidur dan sebagainya. Sebab tu dia menangis. Pesualahnya dekat sini, siapa yang ajar bayi itu menangis? Ada tak pernah awak jumpa-jumpa ada sepasangan mak bapa ajar bayi yang baru lahir ni? Adik, kalau adik asal lapar, menangis. Tak ada kan? Tapi bayi itu otomatik menangis sendiri. Kenapa? Macam mana bayi-bayi macam itu? Itu yang membuktikan bahawa dalam fikiran manusia ini, sejak dari bayi lagi, sudah dilengkapkan segala perkara. Cumanya mereka perlu beradaptasi dengan keadaan sekeliling supaya apa yang ada fikiran mereka itu boleh di-develop, boleh dibangunkan mengikut keadaan sekeliling. Tapi hakikatnya mereka tidak kosong. Mereka tidaklah seperti tabular rasa Papa Putih yang kosong. Sebab itu sehingga hari ini kita menyolak konsep tabular rasa tersebut. Ok, yang kedua untuk mencari makna dalam kehidupan. Jadi falsafah ini membantu kita untuk mencari makna dalam kehidupan Apabila kita cuba mempersoalkan Atau kita bertanya tentang persoalan-persoalan Kita inginkan jawapan dia Maka kita akan usaha Dan falsafah akan bantu kita untuk mencari jawapan tersebut Yang akhirnya kita tahu apa makna kita hidup Sebagai contoh dekat sini The Communist Pemahaman ataupun Ideologi Komunis Ideologi Komunis ini berakar unik daripada dua orang Pertama, Pemahaman pemikir yang bernama Karl Marx dan Friedrich Engels daripada Jerman. Jadi kenapa saya nak kaitkan komunis ini dengan mencari makna kehidupan adalah kerana jika kita lihat ideologi komunis ini ia timbul daripada persoalan-persoalan kita untuk kita mencari makna kehidupan lebih baik. Kerana apa semasa itu kan zaman-zaman Karl Marx ini, dunia ini sedang berada dalam satu ideologi ekonomi yang bersifat kapitalism. Kapitalism. Namun demikian kapitalism ini membawa barah kerana apa? Satu masalah kapitalism adalah mereka menghasilkan kewangan yang kukuh, mereka menghasilkan dana kepada negara tetapi timbulah satu konsep yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Haa, okey. Jadi dekat sini Kalmar dan Fadzal Engel cuba mempersoalkan bagaimana untuk kita mencari penyelesaiannya. Supaya kehidupan manusia jadi lebih baik. Supaya miskin-miskin ni boleh dibela. Maka timbulah satu ideologi bernama komunizm. Komunizm ni berdasarkan komuniti, masyarakat. Maksudnya, sistem ekonomi yang mengetengahkan dan mengutamakan masyarakat berbanding sistem ekonomi yang mengutamakan pelabur-pelabur besar. Dalam... kapitalism. Sebab tu that's why komunis ni semasa dilahirkan sebenarnya adalah satu alternatif untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada kapitalism. Haa, okay. Sebenarnya komunis ni akan umpini adalah teori ekonomi. Ideologi ekonomi. Namun semakin bercambah bercambah, berkembang, berkembang menjadi satu ideologi negara. Ideologi nasional. Okay, jadi banyak lah ideologi-ideologi. Bukan sekadar komunism sahaja. Banyak lagi ideologi lain yang berakar umbi daripada persoalan mereka cuba untuk menjadi yang lebih baik. Okay, hasilnya itu nombor dua Hasilnya berjaya atau tidak Itu nombor dua, tetapi kita nak lihat Bagaimana ia wujud Okay, dalam kes komunizm ni Saya tak nak lihat sama ada komunizm ini Bagus atau tidak, berhasil atau tidak Tetapi saya nak Bincang bahawa Bagaimana komunizm ini wujud sebab Pemikiran manusia yang cuba Untuk menjadikan diri mereka Lebih baik berbanding sebelumnya Okey, dan yang ketiga kenapa kita belajar falsafah? Kerana falsafah itu sebagai kunci kepada segala ilmu. Okey, bila kita belajar falsafah, kita boleh lihat disebalik takbir sesuatu ilmu tersebut. Kita boleh lihat makna tersirat ilmu tersebut. Kita boleh faham ilmu tersebut dengan sangat baik. Okey, sebagai contoh, dengan falsafah, kita boleh lihat pemikiran-pemikiran orang Melayu. Okey, sebagai contoh. Orang Melayu ini kaya dengan usul-usul sastra, kaya dengan pantun, kaya dengan sajak, kaya dengan peribahasa, kaya dengan bidalan. Jadi sebenarnya kalau kita belajar fahsafah, kita boleh lihat pemikiran-pemikiran orang Melayu ini melalui pantun tersebut. Sebagai contoh, saya bagi contoh dekat sini adalah pantun yang pernah awak dengar lah kan, saya rasa awak dengar. Pisang emas di bawah belaya, masak sepijik di dalam peti, hutang emas boleh dibayar, hutang peji bawah pati. Okay, dua yang bawah tu kita tak payah tengok. Saya suka tengok yang atas tu. Pisang emas di bawah belayar. Okay, satu benda yang kita kena tahu dekat sini adalah kita tak akan cakap sesuatu, kita tak akan tulis sesuatu jika kita tidak menghadapinya, jika kita tidak merasainya. Jika kita tidak nampak dia. Okay, saya highlightkan perkataan belayar. Kenapa dalam banyak-banyak verb dalam kalangan orang Melayu Kenapa orang Melayu guna perkataan belayar? Dekat sinilah kita jumpa jawapan. Sebenarnya zaman dahulu orang Melayu ini adalah orang yang pakar dalam bidang pelayaran. Pakar dalam bidang pelayaran. Sangat hebat belayar. Sangat hebat merentasi lautan. Dia bukan main sungai. Atau dia bukan main pantai tapi dia belayar. Masa belayar ni jauh lah pergi. Haa, okay. Nanti saya akan ceritakan bukti jauhnya mereka Melayar. Haa, okay. Dan yang kedua, pisang emas. Haa, kenapa pisang emas? Kenapa pisang emas dibawa Melayar? Dekat sini kita nampak orang Melayu punya pemikiran ni kan. Mereka dah tahu khasiat pisang ni apa. Sebagai contoh kan, okay. Kenapa bawa pisang emas? Kenapa tak bawa nasi ayam? Kenapa tak bawa mie goreng ke? Haa, okay. Sebab orang Melayu dah tahu. Pisang ni perangan dia masak macam mana Dalam banyak-banyak buah Pisang ni lah yang special dia adalah Dia masak sebiji, sebiji, sebiji setiap hari Kalau awak bawa 20 biji pisang Awak boleh ada safe deposit makan 20 hari punya makan Sebiji masak satu hari tu Awak petik, awak makan Esok masak lagi Esok masak lagi Kalau dia bawa nasi ayam ke nasi kerabu ke contohlah je tak nak makan hari ni nak simpan untuk esok. Basilah. Sebab tu orang Melayu dia bawa pisang. Sebab pisang ni dia tak basi. Dia busuk adalah tapi tak basi. Dan dia masak seperti-seperti. So setiap hari orang Melayu yang berlayar ni dia ada satu sumber makanan. Okay. Dah kenapa pisang? Kenapa tak buah lain? Sebab orang Melayu tahu pisang ni khasiat dia lebih special daripada buah-buah lain. Dan pada hari ni baru kita tahu hasiat pisang kan. Sebenarnya kalau nak dikira kan, kalau ikutkanlah kita punya teori ni kan nak kata orang Melayu, nak banding orang Melayu dengan orang Barat siapa yang berjumpa dengan hasiat pisang, saya rasa orang Melayu. Sebab Barat berjumpa dengan hasiat pisang tahun 1800, tahun 1900. Dan orang Melayu ni kita tak tahu bila pantul ni tercipta. Haha, okey. dan mungkin lebih awal lagi. Jadi itu yang membuktikan bahawa orang Melayu ni lebih tahu asyik pisang terlebih dahulu. Sebab tu mereka bawa pergi belayar. Dan persoalan saya tadi yang saya sebutkan tadi, kan jauh ke orang Melayu belayar? Nak tengok jauh ke tidak orang Melayu belayar ni, tengoklah pada bidalan. Tengoklah pada perumpamaan. Nak tunjukkan betapa jauhnya orang Melayu belayar ni kan sampai lupa diri. sampai lupa nak balik. Sehingga kan kita orang zaman dahulu terpaksa cipta satu bidalan, terpaksa cipta satu perlupaan jangan lupa daratan. Kenapa daratan? Kenapa tak jangan lupa lautan ke, jangan lupa langit ke? Sebab orang Melayu zaman dulu terlampau jauh belayar sehingga lupa nak balik. Jadi sebab itulah orang tua dulu sebut jangan lupa jaratan. Kau belayar jauh mana, jangan lupa jarat ni. Tempat kau rumah kau kat jarat, kau belayar jauh-jauh tu, jangan lupa jarat. Jadi itu yang membuktikan bahawa orang Melayu ni orang yang belayar. Orang Melayu ni orang-orang yang seafarer lah dipanggil. Jadi nampak tak? Dengan kita cuba memahami falsafah pemikiran, kita akan dapat lihat pemikiran orang Melayu, kita akan dapat lihat cara hidup orang Melayu dengan hanya gunakan pantun sahaja. Jika kita expert ataupun kita faham ataupun kita mampu mempelajari falsafah. Okay. Jadi banyaklah kepentingan lain. seperti pemahaman. Kita dapat menyimak kembali kebaikan ke diri kita. Lepas tu kita punya pemikiran lebih bersifat asli. Dan kita boleh memupuk sifat kerjasama dengan diri kita. Kita ada sifat keberatanggungjawaban dan kita ada sifat kemahiran ataupun kita lebih dapat improve kemahiran komunikasi kita. Jadi ini adalah antara kepentingan-kepentingan lain dalam falsafah. Okay so sebenarnya mempelajari falsafah ni memang sangat penting. untuk setiap masyarakat. Okey dan dia punya efek ataupun dia punya kesan baik itu sangat berguna untuk kita pada masa kita nak jalani kehidupan kita. Okey kita pergi yang ketiga. Okey kita pergi kepada satu topik ketiga. Rukun negara sebagai falsafah negara. Okey apakah itu falsafah negara? Okey falsafah negara ini adalah falsafah yang merupakan perbincangan yang menjurus tentang perkara-perkara dan persoalan dasar mengenai negara. Okey, apa contoh persoalan? Contohnya bagaimana kita nak memakmurkan negara, apakah yang dimaksudkan dengan kemakmuran negara, macam mana nak hidup secara demokratik, macam mana kita nak mewujudkan masyarakat sejahtera, macam mana kita nak mencapai keadilan sosioekonomi. Jadi bila kita timbulkan persoalan-persoalan ini, maka lahilah sebuah falsafah bernama falsafah Rukun Negara. Okay, so Rukun Negara ini diperkenalkan pada tahun 1970, lebih tepat lagi pada 31 Ogos 1970. Dan Rukun Negara ini diperkenalkan selepas kita mengalami satu tragedi, The Dark Day of Malaysia pada masa itu. Okay, tragedi 13 Mei 1999. Okay, jadi semasa kita menghadapi tragedi tu, kita dapat lihat orang Melayu China India ni tidak bersefahaman. Orang Melayu China India ni suka mementingkan peribadi masing-masing, suka mementingkan kaum masing-masing. Jurang pengenalan antara kaum tu terlampau jauh. Jurang ekonomi apatah lagi. Jadi bila pihak kerajaan berbincang, mereka cuba berfikir ataupun mereka cuba mencari cara bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah ni macam mana kita nak satukan rakyat walaupun kau berbeza kulit walaupun kau berbeza kaum walaupun kau berbeza apa tu agama walaupun kau berbeza bangsa tapi kita kena ada satu matlamat yang sama supaya kaum-kaum ni tak terpisah lagi tak kisahlah kau berbeza macam mana sebabnya apa sebab semasa tragedi 13 Mei itu berlaku orang Malaysia yes banyak berbeza Tetapi mereka tak ada satu pegangan yang sama Mereka tak ada satu ideology yang sama Yang menyebabkan kalau mereka berbeza Mereka nak pertahankan perbezaan itu Bagus mempertahankan perbezaan masing-masing Tetapi mereka tak ada satu perkara Yang mereka jumpa di titik pertemuan Jadi selepas Tragedi itu berlaku Kita cuba cari satu Titik temu antara mereka Dan titik temu itulah rukun negara Okay So dekat sini 5 prinsip rukun negara ni Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Keseluruhan dan Keseluruhan Jadi semua rukun 5 prinsip ini Perlu setiap orang Walaupun awak berbeza warna kulit Berbeza kaum, berbeza agama Berbeza apa segalalah Tak kisah perbezaan tu kita terima Tapi These five pillars of hukum negara kita kena pegang Kau berbeza macam mana sekalipun Kau mesti setia kepada raja dan negara Engkau berbeza macam mana sekalipun, engkau mesti ikut dan mesti hormat ketertinggian ataupun keluhuran perlembagaan. Engkau berbeza macam mana sekalipun, tapi awak dilayan sama rata dengan daulatnya undang-undang negara. Jadi itu contohnya. Kalau awak tanya saya, apa kena mengenai kepercayaan kepada Tuhan? Engkau berbeza macam mana sekalipun, tetapi setidak-tidaknya awak percaya kepada sekurang-kurangnya satu agama. Rakyat Malaysia perlu wajib berpegang sekurang-kurangnya pada satu agama Itulah maksudnya Jadi selama ni awak faham tidak maksud setiap prinsip ni Ataupun awak hanya jerit setiap hari Isnin ataupun hari Yahad Semasa pergi pulang sekolah Itulah masalahnya Kita sukar untuk memahami benda yang kita hari-hari buat Jadi hari ni baru tahu bukan So this is the five principle of pendidikan negara lah. Okay, kita pergi yang keempat, falsafah pendidikan kebangsaan. Okay, so falsafah pendidikan kebangsaan ini dilahirkan menerusi apa idea oleh Dato'Sri Anwar Ibrahim pada masa itu dia menjadi Menteri Pendidikan. Okay, tapi dia tak panggil falsafah pendidikan kebangsaan. Dia panggil sebagai falsafah pendidikan negara lah. Okay, dan dia akan, dia di-rebrand menjadi falsafah pendidikan. Kebangsaan. Okay. So apakah kandungan dalam FPK? Okay. Dalam fasa fah, okay. Dalam bidang fasa fah, pendidikan ini didefinisikan sebagai satu usaha berterusan yang menyeluruh dan bersepadu. Satu usaha untuk menyampaikan ilmu pengetahuan secara berterusan yang menyeluruh dan bersepadu. Okay. Jadi Bila kita sebut berterusan, menyeluruh dan bersepadu itu bermaksud pendidikan ini tidak terjumut dekat sekolah ataupun universiti semata-mata. Tidak. Maksudnya awak belajar daripada lahir sampai lah awak meninggal dunia. Itulah maksud pendidikan secara bersepadu, berterusan dan menyeluruh. Jadi, kita kalau kita nak capai usaha yang berterusan itu kena ada 3-5 penting dalam pendidikan negara. Yang pertama lifelong learning. Maksudnya pendidikan sepanjang hayat. Maksudnya, kalau kita sebut pendidikan kita adalah pendidikan yang berterusan, menyeru dan bersepadu ianya mestilah bersifat lifelong learning. Maksudnya, orang ini tak kisahlah orang tua ke orang muda ke umur 80 tahun ke boleh layak untuk untuk pembelajaran. Boleh tunjuk. untuk yang pengetahuan. Pendidikan tidak lagi diukur berdasarkan umur. Itu maksud lifelong learning. Sampai mati awak belajar. Okey. Dan yang kedua holistic. Okey. Pendidikan ini mestilah bersifat bersepadu. Mestilah menjangkaui segala perkara yang diperlukan oleh seorang rakyat Malaysia ataupun seorang manusia. Bukan sekadar peperiksaan semata-mata. Bukan sekadar ujian semata-mata, tetapi ada hands-on activity, ada penilaian-penilaian bersifat rohani, ada perkara-perkara activity, activity fizikal, maksudnya semua. Kita mesti triggered dalam diri setiap orang yang mempelajari ilmu pengetahuan di Malaysia tersebut. Dan mestilah integrated. Integrated ni bermaksud Penyedikan ini mestilah kita boleh Gunakan di setiap Bidang-bidang yang kita nak masuk Okay, di setiap perkara-perkara Tak kisahlah Kalau, apa tu Integrated Bermaksud kita boleh gunakan Ilmu kita tu di mana-mana kita berada Okay, sebab tu kat sekolah dahulu Subjek kemarah hidup Kini dipanggil sebagai RBT, Reka Bentuk dan Teknologi Jadi, subjek ini sangat penting kerana apa? Untuk melahirkan pelajar-pelajar supaya mereka boleh buat hands-on works dalam kehidupan seharian mereka. Mereka gunakan pada kehidupan seharian mereka. Kita masuk integrated. Jadi, tujuan pendidikan di Malaysia adalah untuk memastikan individu keluaran institusi pendidikan negara adalah seimbang dan harmoni. Okey, seimbang dan harmoni dari segi apa? Okey, dari segi jeri. Okey, J-E-R-I. Okey, apa maksud jeri? Okey, dia berupakan empat komponnya lah. Jasmani, emosi, rohani dan intelek. Maksudnya dekat sekolah ke, dekat universiti ke, tak kisahlah IPTS ke, IPTA ke, sistem pendidikan kita berfungsi untuk melengkapkan empat aspek. yang tadi tu. Kita nak seimbangkan empat aspek. Jasmani, MLC, Rohani dan Interlect. Sebab tu sebenarnya pendidikan dan sekolah tu kan kalau awak perasan kan mungkin awak tak perasan tapi sebenarnya ia menyeimbangkan empat ni. Sebagai contoh kenapa dekat sekolah setiap minggu ada subjek PGPK? Kenapa ada Temasha Merentas Desa, Hari Sukan kan? Satu murid satu sukan punya program. Why? Sebab Mereka nak seimbangkan komponen jasmin ni. Okay. Kenapa dekat sekolah awak kena sertai badan uniform? Kenapa dekat sekolah awak kena sertai club-club persatuan? Sebab nak seimbangkan emosi awak. Nak trigger awak punya kemahiran memimpin. Nak trigger awak punya kemahiran mendengar arahan. Okay. Jadi kenapa dekat sekolah ada majlis baca yasin, solat hajat, ada pendidikan agama Islam, ada pendidikan moral dan sebagainya sebab nak trigger. rohani. Okey, nak seimbangkan rohani awak. Dan awak belajar macam-macam subjek dekat sekolah. Sains, matematik, kalau lukis kejuteraan, pengajian peniagaan semua itu untuk menyeimbangkan aspek intellect awak. Okey, sama juga dekat universiti. Okey, universiti pun mereka berada dalam satu kondisi di mana mereka nak lengkapkan mahasiswa dengan empat J-E-R-I ini. Okey, jasmani, emosi, rohani dan Okay, so bila kita mampu melengkapkan kelima-lima ini, maka akhirnya kita berjaya lah untuk mencapai satu konsep pembelajaran sepanjang hayat. Okay, dan kita dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni serta berkeupayaan untuk mencapai. mencapai kesejahteraan diri yang akhirnya dapat bagi sumbangan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Jadi itulah jeri dalam fasa-fasa pendidikan kebangsaan. Namun demikian bila kita lihat fenomena pendidikan di Malaysia pada masa kini, banyaklah cabaran dia. Yang pertama, kita sering didoktrinkan untuk belajar tinggi semata-mata untuk dapat kerja yang bagus. Okay, pada pendapat peribadi saya, benda ni salah. Sebab apa awak tak boleh nak membandingkan pendidikan dengan pekerjaan. Ini satu perbandingan yang sangat berbeza. Analoginya macam kau pergi bandingkan Proton Saga dengan Honda City. Okay, berbeza. Jadi sebenarnya Terima kasih. Ini adalah satu pemikiran yang salah. Pendidikan ini bukanlah tiket untuk dapatkan kerja yang bagus. Kalau kita pegang kepada situasi yang pertama ini, maka aspek jari nanti akan tak seimbang. Okay, itu dia. Yang kedua, ranking competition. Ini pun benda yang sangat bahagilah. Kita lebih bersifat kejar ranking daripada kita mengejar kemenjadian. Jasmani, Emosi, Rohani dan Intellect Pelajar. Ini pun sukar. Sebagai contoh awak tengok, awak pun sendiri tengoklah, awak dah pernah sekolah, bagaimana kadang-kadang ada semasa-masa sekolah ni sanggup tidak mementingkan aspek-aspek lain, hanya mementingkan ranking sekolah sahaja. Nak memastikan korang dapat nombor satu dalam peperiksaan dan sebagainya. So sebenarnya salah. Ia akan menyebabkan aspek jari tu akan terganggu. examination, ini ada isu kan terlampau menumpukan peperiksaan pun juga tidak bagus tetapi jika tidak ada peperiksaan pun juga tidak bagus sebenarnya pihak yang menguruskan pendidikan negara kita mereka perlu peka dan mereka perlu cari jalan tengah cari jalan tengah untuk umat istiqad, yes pelajar perlu ambil peperiksaan tetapi tidak semuanya bergantung kepada peperiksaan Sebab tu berada dekat universiti kita ada penilaian berterusan, kita ada perbentangan, kerja projek dan sebagainya Dan kita ada examination Tetapi kadang-kadang terlampau fokus pada examination pun akan jadi masalah juga Okay, apa akan jadi jika situasi ni berlarutan? Maka macam saya kata tadi, aspek Jerry tu akan terganggu lah. Maksudnya kita gagal untuk melahirkan orang yang seiman dalam segi jasmani, emosi, ruang, dan iklim. Bayangkan sejak dari sekolah, waktu PJPK asyik diganggu dengan seajak-seajak lain. So budak-budak ni tak ada masa nak bersukan. Bila dah besar jadi orang yang tak sihat. Okay? Dan menyusahkan orang lain. Okay, jadi itu masalahnya. Okay, sebab... pemupukan tentang kesihatan diri itu tidak ada dari sekolah sedangkan ilmu pengetahuan ini masuk daripada sekolah mungkin ibu bapa dekat rumah tidak tekankan ilmu pengetahuan malah seperti mana kita sedia maklum ada je ibu bapa yang tidak pergi bajar tinggi kan tapi mereka memberi kepercayaan sepenuhnya dekat sekolah untuk menjadikan anak mereka itu tetapi kini itulah banyak situasi-situasi yang menyebabkan Aspek-aspek jiri tu seakan-akan terganggu. Okay, kita pergi pada yang terakhir, falsafah sejahtera. Apakah yang dimaksudkan dengan sejahtera? Ini definisi daripada Kamus Dewan lah. Sejahtera ni bermaksud aman dan makmur, senang dan tenteram, terpelihara dari bencana dan sebagainya. Okay, dalam konteks falsafah sejahtera, Sejahtera diri adalah kunci untuk mengawal dan menjaga diri serta menjadikan seseorang itu insan yang sejahtera. Orang yang tidak sejahtera, dia tidak akan dapat memberikan kesejahteraan kepada orang lain. Itu dia punya equation. Engkau sejahtera, engkau akan memberi kesejahteraan kepada orang. Engkau tidak sejahtera, engkau tidak akan dapat memberikan kesejahteraan kepada orang. Dan, Pesualan kat sini, macam mana kita nak memperolehi kesejahteraan tersebut? Itu pesualan. Sebab apa? Tujuan hidup kita adalah untuk kita menjadi seorang yang sejahtera. Sejahtera luar dan dalam. Supaya kita boleh mesejahterakan orang sekeliling kita. Pesualan besar dekat sini, bagaimana nak jadi Isa sejahtera? Maka, terwujudlah falsafah sejahtera. Okay? Jadi seseorang sejahtera itu dia mesti seimbang daripada aspek dalaman ataupun aspek luaran. Dua-dua mesti. Dua-dua mesti seimbang. Mesti seimbang dari aspek dalaman, mesti seimbang dari aspek luaran. Okay. Macam mana nak mencapai keseimbangan ini? Yang pertama kita mesti menyeimbangkan aspek internal dimension ataupun kita panggil sebagai aspek. Aspek mikrokosmik. Dan yang kedua, kita mesti seimbangkan aspek external dimension. Ataupun kita sebut sebagai makrokosmik. So dekat sini kita ada aspek mikrokosmik. Dan kita ada aspek makrokosmik. Apa yang kita perlu seimbangkan dari aspek mikrokosmik? Dia hampir-hampir sama dengan Jerry tadi. Kita mesti seimbangkan kita punya physical, spiritual, emotion, intellect, cognitive dan ethics. Apa yang kita kena seimbangkan daripada aspek mikrokosmik? Culture, ekologi, ekonomi dan juga sosial. So kita boleh lihat dekat sini. Anda, ini semua anda, sekotak ini anda. Apa yang anda kena buat adalah anda nak kena buat dua perkara. Yang pertama anda seimbangkan awak punya internal dimension iaitu aspek mikrokosmik ada enam. Akal, emosi, jasmani, etika, kogniti, hirwani. Pada masa sama anda kena seimbangkan empat aspek yang luar. Barulah awak jadi isa yang sedia teru. Haa. Okay. Haa. Okay. Macam mana untuk seimbangkan dua dimensi ni? Mikro dengan makrokosmik. Haa. Okay. Yang pertama awak kena faham proses ini merupakan proses yang berterusan dan satu proses yang perlu dipupuk. Haa. Okay. Dan awak perlu faham ni dan awak perlu hayati sejak dari awal lagi. Okay. Dan orang ini mestilah dididik. Setiap orang di Malaysia mesti dididik dengan aspek kesejahteraan supaya dia dapat menyumbang. Okay. So apakah sebenarnya bila dia capai insan yang sejahtera? Yang pertama, sentiasa berlayar saing. Okay. Dia akan jadi orang yang sentiasa berlayar saing. Yang kedua, kita... kita akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam maksimal keamanan. Jadi kita boleh mengawal diri dan melawan ansian-ansian jahat. Lepas itu kita boleh berkolaborasi dalam menyumbang kepada pembangunan yang bestari. Serta kita mampu hidup dengan harmoni. Kita mampu menjadi pemimpin yang memberi manfaat kepada semua. Dan kita mampu menjamin keselamatan. Kita mampu menjamin kemaslahatan dan menghindar diri kemudaratan untuk semua. Okay. So, itu sahaja untuk topik yang pertama ni. kita, kalau kita recap tadi, yang pertama kita dah faham maksud falsafah daripada segi harafiahnya, falsafah ni berasal daripada apa, daripada perkataan Greek. Okey, daripada perkataan Greek dan daripada perkataan filosofia yang bermaksud cinta akan kebijaksanaan. Okey, jadi, satu macam kita faham juga maksud falsafah adalah Bagaimana kita nak mendekati atau bagaimana kita nak memahami falsafah? Itu ada tiga pendekatan. Okey, pendekatan pertama, pendekatan kedua dan pendekatan ketiga. Okey, yang ketiga kita dah lihat tentang falsafah rukun negara, bagaimana rukun negara ditubuhkan, apa fungsi rukun negara, kenapa ianya diwujudkan dan apa dia punya kepentingan dan sebagainya. Okey, seterusnya kita dah lihat kepentingan falsafah pendidikan dan kebangsaan di mana fokus utama falsafah pendekatan bahasa itu adalah untuk menjamin keseimbangan empat perkara iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelekt. Okay, lepas tu kita lihat falsafah sejahtera. Di mana antara usaha falsafah sejahtera adalah untuk kita melahirkan insya Allah yang seimbang dan harmoni. Sejahtera. Sejahtera itu adalah seimbang dan harmoni. Seimbang dan harmoni dari segi apa? Dari segi dua perkara. Mikrokosmik dan makrokosmik. Mikrokosmik ada enam. mikrokosmik ada empat perkara. So apabila kita seimbangkan kedua-dua dimensi ini, dimensi mikrokosmik dan dimensi mikrokosmik, maka akhirnya kita akan dapat pelbagai manfaat untuk diri kita, untuk keluarga dan untuk masyarakat. Okay. So Alhamdulillah selesai topik pertama. Semoga kita dapat jumpa lagi pada masa yang datang untuk kita bincangkan topik yang seterusnya. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum dan salam sejahtera.