Pelajar Kebebasan asasi seseorang adalah sesuatu yang tidak boleh dipersoalkan. Dan setiap individu yang lahir di negara kita mempunyai beberapa kebebasan. First of all, kebebasan diri di mana mereka diberi kebebasan untuk bersuara. Yang keduanya, mereka diberi kebebasan untuk beragama, memilih agama yang mereka mahu anuti. Maka mereka tidak boleh dipaksa untuk menerima sesuatu ajaran agama.
Yang ketiganya, mereka diberi hak untuk mendapatkan kebebasan. mendapatkan pendidikan di negara kita di mana mereka tidak boleh didiskriminasi dari segi keturunan, bangsa ataupun agama untuk mendapatkan pendidikan itu dan akhir sekali adalah kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan yang boleh dilakukan oleh seseorang individu itu secara aman dan tidak mengganggu ketenteraan awam.