Transcript for:
Sejarah Kerajaan Alam Melayu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat siang terima kasih semua. Jadi hari ini kita akan lihat sejarah tingkatan dua bab satu kerajaan alam Melayu bahagian yang pertama. Jadi dalam bahagian pertama ini cikgu akan terangkan tentang konsep alam Melayu serta kewujudan kerajaan di alam Melayu.

Manakala dalam video yang seterusnya cikgu akan terangkan tentang kerajaan alam melayu yang masyur serta kerajaan alam melayu dan kerajaan luar yang sezamai. Jadi pertama sekali kita akan lihat konsep alam melayu. Maksud konsep ini ialah apakah yang dimaksudkan dengan alam melayu secara umumnya ataupun secara pandangan daripada tokoh-tokoh tertentu. Dalam konsep Alam Melayu ini kita boleh pegang kepada tiga konsep iaitu yang pertama geografi, yang kedua nanti kita akan lihat dari segi bahasa dan yang ketiga kita akan lihat dari segi budaya. Kita lihat dahulu dari segi geografi.

Geografi ini bermaksud lokasi ataupun kawasan. Jadi untuk kita memahami alam Melayu itu, salah satu caranya adalah dengan kita melihat geografi. Jadi ada lima pandangan tokoh. yang berpendapat ataupun menyatakan pandangan mereka tentang geografi alam Melayu itu.

Pertama sekali ialah Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi, Nik Abdul Rahman iaitu ahli arkeologi, beliau berpandangan bahawa alam Melayu itu meliputi kawasan dari Madagaskar, memasuki tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia. New Zealand, Kepulauan Pasifik sampai ke Taiwan. Okey jadi ini ialah satu kawasan yang sangat luas. Okey daripada Madagascar yang berdekatan dengan Afrika itu sehingga ke Taiwan dan sehingga ke New Zealand. Yang kedua kita lihat pula Abdul Hadi Haji Hassan iaitu ahli akademik beliau berpendapat bahawa alam Melayu merupakan satu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga Selatan Thailand.

Jadi ini ini dia kurang luas sedikit. Dia hingga ke selatan Thailand, di atas Perlis itu sedikit, serta ke Pulau Melayu. Okey. Seterusnya kita lihat pula Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Pandita Dr. Ismail Hussein. Okey iaitu ahli bahasa dan budaya.

Beliau berpendapat bahawa dunia Melayu ini meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenteng Kera, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. Jadi yang ini lebih luas sedikit. daripada Abdul Hadi Haji Hassan kerana ia menjangkaui Kemboja, Vietnam serta Filipina. Okey jadi dia tambah sedikit lah. Okey.

Daripada selatan Thailand, Kepulauan Melayu serta Kemboja, Vietnam dan Filipina. Seterusnya kita lihat Alfred Russell Wallace iaitu seorang barat. Bila berpendapat bahawa Kepulauan Melayu ini meliputi Tanah Melayu hingga Ternasarim dan Kepulauan Nicobar, Filipina, Kepulauan Solomon hingga Papua Nugu ini. jadi kalau kita lihat peta dalam buku tersebut surat 4 dan 5 Efrat punya pandangan ia lebih memanjam daripada Kepulauan Nicobar sehingga ke Kepulauan Solomon tapi pandangan ini tidak sebesar pandangan daripada Madagaskar kerana Madagaskar tu dia lebih luas dia punya liputinnya alright seterusnya dan yang terakhir daripada Profesor Dr. Ding Cheng Ming iaitu pengajar manusia manuskrip Melayu bila berpendapat bahawa kerajaan alam Melayu itu adalah sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand dan Filipina. Jadi kalau kita lihat pandangan Profesor Dr. Ding Chow Ming ini, ia lebih kurang dengan pandangan Profesor Emeritus Tan Sri Dato'Pendeta Dr. Ismail Hussein.

Okey yang nombor tiga tadi kerana ia meliputi bahagian Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand Filipina. Contohnya bezanya dengan yang ketiga tadi ialah tidak memasuki Kemboja dan Vietnam. Okey jadi itu ialah konsep ataupun dari segi geografinya kalau kita nak tahu alam Melayu itu macam mana. Jadi ada pembezaan pandangan di sini namun kita raikan dan kita lihat persamaannya.

Okey. Seterusnya kita lihat daripada aspek bahasa. Aspek bahasa pula menyatakan bahawa bahasa serumpun dalam Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi. Okey di mana bahasa Melayu ini tergolong dalam bahasa Austronesia yang merupakan antara 200 bahasa yang dipetuturkan dalam alam Melayu.

Okey. Jadi banyak bahasa yang dipetuturkan dalam Melayu namun bahasa Melayu ini mempunyai persamaan ataupun serumpun. Okey serumpun itu maksudnya ada persamaan jadi apabila membuat perbandingan bahasa-bahasa serumpun ini terdapat pertalian kekeluargaan bahasa ini dengan bahasa Melayu.

Jadi sifat orang Melayu ketika itu dalam alam Melayu ini mereka maka apabila mereka berlayar mereka mengembangkan lagi bahasa Melayu ke alam Melayu yang kita lihat tadi di mana lokasi alam Melayu itu. Jadi sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari itu membolehkan ia diterima di alam Melayu. Itu pandangan daripada Sultan Takdir Alish Jabana. Baik, jadi kalau kita lihat dalam buku teks ada beberapa bahasa yang lebih kurang sama Seperti bahasa Melayu, Bahasa Jawa, Bahasa Brunei, Tagalog, Melanau, Kajal, Zainalusun Kalau kita sebut empat, Bahasa Jawa sebut papat, Bahasa Melayu, Brunei sebut empat Tagalog sebut apat, Melanau sebut pat, Kajal, Zainalusun sebut apat Jadi ada persamaan yang kita panggil serumpun kat situ Baik, seterusnya kita lihat daripada aspek budaya.

Daripada aspek budaya, sejarawan berpendapat bahawa penulis alam Melayu ini mempunyai budaya serumpun yang cakap kata serumpun itu yang hampir sama yang merangkumi bahasa dan tulisan, perseratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat. Yang ini kita akan lihat dalam bab yang seterusnya. namun kat sini kita boleh lihat contoh-contoh yang ada ialah apabila munculnya kepandaian dalam pesenian seperti pembuatan ganse, seni mempertahankan diri jadi ada negeri ataupun kerajaan-kerajaan alam Melayu yang mempunyai kesenian, seni perubahan diri yang hampir sama.

Jadi ada juga nilai-nilai budaya serumpun yang sama dalam masyarakat seperti gotoroyong serta adanya persembahan wayang kulit yang persamaannya di Kelantan dan Pulau Jauh itu kita dapat lihat. Baik, jadi itu dia tiga aspek ataupun tiga konsep alam Melayu yang kita boleh terangkan kalau orang tanya alam Melayu itu apa. Jadi kita boleh lihat dari segi geografi.

biografi, bahasa dan budaya. Baik seterusnya kita lihat kewujudan kerajaan di alam Melayu. Kewujudan kerajaan di alam Melayu ada tujuh semuanya. Jadi ada kerajaan punan, campak, angkuk, dah tua, ganggana. Negara, Sriwijaya dan Majapahit wajib untuk anda semua hafal sekurang-kurangnya nama supaya kita boleh lebih faham dengan isi kandungan ataupun ciri-ciri kerajaan-kerajaan ini dalam bab seterusnya kerana perlu diingatkan bab satu, dua, tiga, empat kita akan jumpa semua ataupun ketujuh-tujuh kerajaan ini.

Jadi kalau nak mudah ingat sebab dalam peperiksaan mungkin akan tanya lokasi ingat lokasi yang cikgu tunjukkan ini kita ingat dahulu yang ke atas di bahagian kita panggil bahagian Kalau dalam peta sekarang bahagian Vietnam, Myanmar Di bahagian atas sekali kita ada 3 iaitu Champa, Angkor dan Funan Sebenarnya kita lihat di bahagian tengah ada Malaysia Di situ ada Kedah Tua dan Ganggan Negara di bawah sekali kita lihat ada dua di Indonesia sekarang di Sriwijaya dan Majapahit. Jadi ini adalah lokasi kasarnya kerana kerajaan-kerajaan ini sebenarnya wilayah pengaruhnya kadang-kadang ada yang bertindak. Okey.

Mereka wujud ada yang pada masa abad yang sama dan ada abad yang berbeza. Jadi ini secara kasarnya. Jadi untuk subtopik 1.2 ini, apa yang kita perlu tahu tentang kewujudan ini ada tiga perkara yang mudah yang kita perlu tahu lokasi, masa serta pusat kerajaan.

Jadi di step ini kita boleh lihat Baik, jadi kita akan lihat lokasi masa saya terpusat kerajaan bagi setiap kerajaan ini. Okey, pertama sekali kerajaan Funan, lokasinya di Lembah Sungai Mekong. Masanya, kewujudannya ialah pada abad pertama. Ini merupakan antara kerajaan Melayu yang terawal.

Okey. Pusat kerajaan di Viayakura. Okey.

Seterusnya kerajaan Champa. Lokasinya di selatan dan tengah Vietnam. Masa ialah pada abad kedua. Okey.

Seterusnya, pusat kerajaan berada di Inderapura. Baik, seterusnya kita lihat kerajaan yang ketiga, kerajaan Angkor. Okey, berada di lembah sungai Mekong, wujud pada abad ke-9.

Pusat kerajaan di Hari Halaya. Seterusnya, kerajaan... Di tengah di Malaysia, ok iaitu kerajaan kedua tua Lokasi ni Sungai Mas dan Sungai Bujang Masa abad ke-5, pusat kerajaan di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang Selepas ni kita lihat kerajaan gangga negara Lokasi di pantai barat bahagian tengah tanah Melayu Di negeri, kawasan Negeri Perak Ok, masa ialah abad ke-6, pusat kerajaan ialah Pangkalan Alright, seterusnya kita lihat Kerajaan Sriwijaya, lokasinya Lembah Sungai Musi di Sumatera, wujud pada abad ke-7, pusat kerajaan di Palembang. Dan sekali, nombor kerajaan yang terakhir adalah Kerajaan Majapahit, lokasi Lembah Sungai Berantai.

Jawa Timur abad ke-13 Pusat Kerajaan Kota Trawulan Jadi inilah tujuh Kerajaan Alam Melayu yang kita belajar Dan untuk pengetahuan, Kerajaan Melayu Sebenarnya ada lebih banyak daripada Yang kita belajar ini Ada berpuluh-puluh Malah kalau ada pendapat yang kata beratus-ratus kerajaan Melayu yang wujud daripada abad pertama Ada yang mengatakan bahawa sebelum Masihi juga telah wujudnya kerajaan Alam Melayu Okay namun kita fokus untuk tujuh buah kerajaan yang kita belajar dalam seribu sekitar Jadi itu sahaja dalam bahagian pertama ini. Jangan lupa untuk subscribe dan like YouTube Cikgu. Dan kita akan jumpa dalam bab ataupun subtopik yang seterusnya. Terima kasih.